Pada 6 April di BATANG SADONG Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah melihat perkembangan positif khususnya penerimaan pengundi terhadap kehadiran parti itu di Sarawak, jauh berbeza dengan pilihan raya yang lalu.
Ini, katanya setelah PAS membuat tinjauan dengan bertemu pengundi di kelima-lima Dun yang dipertandingkan oleh PAS pada pilihan raya negeri ke-10 ini.
Beliau berkata, PAS meletakkan 40 peratus calon wanita dan 60 peratus calon lelaki dalam pilihan raya negeri Sarawak.
“Walaupun PAS belum memperolehi satu Dun pun di Sarawak, tetapi kali ini kita melihat adanya petunjuk bahawa perubahan akan berlaku dan PAS, insya Allah beroleh kemenangan,” ujarnya.
Justeru, katanya rakyat Sarawak mesti memberi isyarat kepada kerajaan yang telah puluhan tahun memerintah tetapi terus dihimpit kemiskinan dan kekurangan kemudahan infrastruktur.
Beliau yang juga ahli Parlimen Marang menambah, Sarawak kaya dengan hasil bumi kerana tanahnya sangat luas namun tidak dibangunkan dengan adil.
2 comments:
assalamualaikum..
boleh tukartiub boleh komen sikit tentang strategi Pakatan Rakyat Sarawak.
disini saya menyatakan sedikit rasa kesal berkenaan strategi mengumumkan calon ketua menteri sarawak dengan terlalu awal.
berikutan pengumuman ini keluar awal, telah wujud isu terbaru iaitu "sentimen kristianisasi Sarawak". Setelah 30 tahun lebih sarawak dipimpin oleh bumiputera Islam, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, jawatan tersebut terpaksa diserahkan kepada calon bukan Islam (bumiputera). Ini sesuatu yang amat dikesali.
Perkara utama yang dikuatiri berlaku ialah sepertimana Negeri Sabah (satu ketika dahulu). Setelah Joseph Pairin Kitingan dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah, proses kristianisasi giat dijalankan disabah.
Untuk pengetahuan semua, ketika Pairin Kitingan menjadi ketua menteri (kristian) sabah. beliau telah menjalankan misi khas, iaitu menghantar seberapa banyak pemuda-pemuda kristian ke luar negara untuk menuntut ilmu melalui biasiswa negeri.
Tindakan beliau dilihat "sedikit menganaktirikan" kaum-kaum bumiputera selain "beragama kristian". Dan akibatnya. Sehingga kini. Ramai cerdik pandai dikalangan "pemuda kristian terdapat di Sabah" berbanding cerdik pandai "pemuda Muslim". Ini semuanya adalah sebahagian daripada kejayaan misi pairin kitingan.
Saya berharap agar, pakatan rakyat mencalonkan semua "calon ketua menteri sarawak" dikalangan bumiputera Islam samada daripada KEADILAN Sarawak ataupun PAS Sarawak. Ini bagi menjamin survival bumiputera Islam dan agam Islam di bumi Sarawak agar tragedi Sabah (Pairin Kitingan tidak berulang semula di Sarawak).
Saya lebih rela Pakatan Rakyat tewas di Sarawak berbanding mendapat ketua menteri yang merupakan penganut kristian.
wallahualam
orang yang komen ini berpikir sebijik macam melayu kepala bana=umno!
Post a Comment