Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, April 20, 2011

PROJEK INI AMAT MEMBAHAYAKAN RAKYAT & MENGIKIS WANG RAKYAT

Kununnya Kerajaan Malaysia yang diperintah oleh Barisan nasional yang berotak dah tak rasional akan menyediakan e-mel percuma di bawah konsep 1Malaysia (1MY) kepada setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas bagi melancarkan komunikasi secara langsung antara warga Malaysia dan kerajaan. PERCUMA ! PERCUMA ? TAKDER KOS TERLIBAT ? ADA ! KALAU ADA SAPA KELUARKAN ATAU TANGGUNG KOS ? JAWAPNNYA MUDA ... RAKYAT YANG TANNGGUNG ! MACAMANA ? WANG HASIL CUKAI DAN PENDAPATAN NEGARA !

PROJEK INI ADALAH UNTUK MENGONGKONG DAN MENGAWAL AKTIVITI RAKYAT. DENGAN CARA INI KERAJAAN DAPAT MENGESAN INDIVIDU EMEL TERSEBUT DAN BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGUGUT RAKYAT DALAM KEADAAN TERTENTU CONTOHNYA SEMASA PILIHANRAYA.

Perkhidmatan itu bermakna hampir 18 juta daripada 27.5 juta penduduk Malaysia akan menjadi pemilik akaun peribadi e-mel 1MY.

SELAMA INI RAKYAT MALAYSIA TAK PERNAH MINTA BANTUAN KERAJAAN SETAKAT NAK CREATE ATAU NAK BINA EMEL , TAMBAH LAGI BLOG DAN LAMAN WEB PUN RAKYAT BUAT SENDIRI. KENAPA TIBA-TIBA NAK BAGI EMEL PERCUMA ? SAPA YANG CAKAP PERCUMA ...MEMANG KAMU JENIS KEPALA ANGGUK !

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif itu juga diharap meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pelanggan dan komuniti perniagaan.

SELAMA NI KONTRAKTOR DAN PELANGGAN TIDAK MEMBERI SOKONGAN TERHADAP PERMINTAAN PBT/KERAJAAN TEMPATAN CONTOHNYA MENYERTAKAN EMEL DALAM LAMAN WEB DAN TENDER, WALAUPUN KONTRAKTOR DAN PELANGGAN SUDAH MEMILIKI ALAMAT EMEL SENDIRI.

"Ia sebahagian daripada penyediaan pusat sehenti untuk perkhidmatan kerajaan, perkhidmatan tambah nilai seperti rangkaian sosial, memeriksa bil secara online dan juga bayaran, serta pembangunan web bagi rakyat dan syarikat,'' kata nAJIB semasa mengumumkan projek pelaburan terkini di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya .

YANG BURUKNYA PERANGAI BN/UMNO NIE MEREKA AKAN GUNA SYARIKAT KANTOI UNTUK MENGUSAHAKAN TENDER INI.

Syarikat Tricubes Bhd yang diberikan kontrak RM50 juta untuk melancarkan perkhidmatan emel 1Malaysia merupakan sebuah syarikat bermasalah.

Syarikat yang tidak berapa dikenali itu merupakan antara 12 buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk."

Menurut garis panduan yang ditetapkan Bursa Malaysia, pengkelasan status GN3 itu akan membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada satu jawatankuasa untuk menstruktur semula hutangnya.

Penyenaraian Tricubes di Bursa Saham mungkin ditarik balik sekiranya syarikat itu gagal meyakinkan bursa berhubung pelan untuk melunaskan kesemua hutangnya.

Kontrak bernilai RM50 juta itu pasti akan memberi nafas baru kepada Tricubes.

1 comment:

bunbinban said...

wang besar bro. setiap urusan dgn gomen kena guna email ni. dari satu segi, nampak mcm syarikat ni dah berkorban 50 juta hengget ( walaupun syarikat ini berada dlm senarai syarikat bermasaalah). Tapi dgn cara ini org ramai terpaksa menggunakan email ini utk urusan dgn gomen maka secara semulajadinya dlm dunia perniagaan, para peniaga berasakan ianya amat efektif utk tujuan pengiklanan atau market produk dorang kerana ramainya pengguna email ini. Dan sudah tentunya, iklan2 yg melibatkan kementerian atau pun apa projek atau kempen yg melibatkan gomen akan di wajibkan membeli portion atau mengiklankannya di situ. Wang besar dan wang mudah bukan?. hahaha...so pasni syarikat ini akan hantar laporan kewangan ke bursa dlm jumlah mukasurat dan angka yg memberansangkan. dan terselamatlah syarikat ini dari bangkrup. errrr...semua kg dah ada internet ke?. Tapi biasalah, berniaga bawah ketiak gomen ni bknnya tahan lama. senang dtg senang pegi...sape ek pemilik syarikat bertuah ni