Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Monday, April 4, 2011
MENTERI PERTAHANAN SAHKAN ANAK BUAHNYA TERLIBAT
kOMEN : Tiba-tiba Menteri Pertahanan beria-ia hukum anak buah sendiri kerana nak jaga undi? Para pemimpin Sarawak ler, rakyat Sarawak pun tak sibuk. Sebelumni terdapat kes gambar tentera sedang menyiang monyet dan ular. Hanya kerana ada gambar. Dah memang tentera masa 'survival' kena makan apa saja jumper. Cuma zaman teknologi hp berkamera mudahkan mereka ambil gambar, Yang silapnya dipaparkan ke dalam internet.
BAGAN DATOH - Tindakan sekumpulan anggota tentera yang menangkap dan menyembelih seekor burung enggang di Taman Negeri Royal Belum di Gerik membawa padah apabila berhadapan tindakan oleh Kementerian Pertahanan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid mengesahkan semua anggota tentera terlibat disiasat mengikut Akta Tentera dan didakwa di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.
Menurutnya, pihaknya tidak berkompromi dengan salah laku anggota tentera yang didapati terbabit dalam aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang.
"Dalam siasatan yang dijalankan, seorang pegawai dan tiga anggota lain-lain pangkat dikatakan telah menjumpai burung enggang dalam keadaan separuh mati kerana dipercayai telah menjadi buruan pemburu lain ketika kejadian berlaku.
"Lalu mereka telah menyembelih burung itu dan mengambil gambar menyebabkan ianya telah tersebar di laman web sosial Facebook," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perkasa, Hutan Melintang semalam.
Ahmad Zahid berkata, perbuatan itu amat dikesali dan kementerian tidak akan melindungi mana-mana anggota tentera yang didapati terbabit dalam kegiatan sedemikian.
Sebuah akhbar tempatan semalam, menyiarkan berita bergambar menunjukkan beberapa anggota tentera sedang memegang seekor burung enggang yang didapati telah disembelih dan gambar itu tersebar di beberapa laman web.
Perbuatan itu mendapat bantahan orang ramai termasuk Persatuan Pencinta Alam.
Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman turut kesal dengan kejadian itu dan telah memaklumkan kepada Kementerian Pertahanan.
sumber http://www.bardbahtiar.com/2011/04/tentera-sembelih-burung-enggang.html#ixzz1IStBX1ON
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Zaman kominis dulu memang askar dalam hutan tak cukup makan dan terpaksa cari makan dalam hutan. Belasah ape2 je (Tanya le VAT 69) demi survival. Zaman sains dan teknologi ni demer dah boleh berfacebook dalam hutan. Adekah mereka sedang kebuluran? Apesal sampai nak mutahkedarah burung Enggang?
Sapa boleh dengan mudah masuk dalam hutan tanpa permit? Tak mungkin orang Asli yang tembak burung ni. Orang Asli lebih suka jenis yang melompat dari pokok ke pokok (Ini kata demer). Poachers pulak suka tangkap burung hidup, bukan tembak burung. Jadi Yong langsung tak percaya demer jumpa burung enggang ni dalam keadaan setengah mati lalu demer sembelih. Fikior le dulu sebelum buat keroje yang tak berfaedah.
Bagaimana kelanjutan kes ni?
Bagaimana pula kelanjutan kes ni ?
Post a Comment