Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, April 4, 2011

KUBU ALFRED JABU BN HAMPIR JADI ABU , POLIS JADI PENYELAMAT



Polis ganggu lagi ceramah Anwar

Polis mengganggu ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kali ketiga berturut-turut - malam ini di ceramah terbesar parti itu di Betong - yang merupakan kubu kuat Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Alfred Jabu.

Majlis makan malam dan ceramah itu - yang diadakan di medan selera terbuka di Betong, sebuah pekan kecil yang terletak 70km di utara Sri Aman - bermula dengan lancar dengan pemimpin PKR tempatan, termasuk empat calon, menyampaikan ucapan kira-kira lebih sejam tanpa sebarang gangguan.

Anwar tiba pada jam 9.30 malam dengan disambut oleh hampir 1,000 penduduk pelbagai kaum berserta laungan "Reformasi".

Bagaimanapun, apabila Anwar bercakap kira-kira 10 minit, seorang anggota polis beruniform mendekati ketua pembangkang itu dan memintanya berhentikan berucap, menyebabkan timbul ketegangan di kalangan hadirin.

Selepas rundingan ringkas, Anwar bersetuju memendekkan ucapannya.

Dipetik dari: http://www.malaysiakini.com/news/160536

2 comments:

Anonymous said...

Ada tanda-tanda menunjukkan negara ini dipimpin oleh para autokratik kuku besi.

zul_neem said...

assalamualaikum

Diserawak apa yang terjadi terutama dikalangan anak -anak muda atau golongan muda tidak kisah dari suku mana pun apa yang saya temui dibandar bintulu ,miri dan kuching semua bercakap macam dialek anuar ibrahim,membantah macam anuar ibrahim,menentang macam anuar inbrahim,tunjuk perasaan macam anuar ibrahim dan kadang-kadang tunjuk genggaman tangan macam anuar ibrahim.Patutlah layanan istimewa yang diberikan oleh kuncu-kuncu BN keatas Anuar Ibrahim adalah akibat respon yang baik dari golongan muda inilah yang menjadi harapan negara Serawak dimasa hadapan.Buat peringatan orang tua serawak.