Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal anjuran Pasukan Khas Felda Negeri Selangor yang berlangsung di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Hulu Selangor, di Kuala Kubu Bharu ada 2 April ini.
Program yang dijadual dirasmikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dijangka disertai kira-kira 1,000 peneroka Felda/Generasi Kedua dan orang Asal.
Ia adalah konvensyen terbesar pernah dianjurkan untuk peneroka Felda/Generasi Kedua dan orang Asal di negeri berkenaan.
Perasmian konvensyen itu dijadual bermula jam 9 pagi, diikuti pembentangan kertas kerja peguam, Surina Suhaimi yang akan diulas Khalid Samad, Sivarasa Rasiah dan Dr Kamari.
Konvensyen berhenti rehat sebelum bersambung jam 2 petang dengan pembentangan kertas kerja Setiausaha Sekretariat Pasukan Khas, Rebin Birham dan Timbalan Pengerusi Biro Warga Felda dan orang Asal, Bob Manolan
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bakal menyempurnakan penutupan konvensyen itu jam 5 petang.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment