Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, April 16, 2011

INILAH BUKTI SPR SERIUS ,,,,SERIUS TOLONG BN !

ABTU, 16 APRIL 2011
PKR dakwa SPR tak serah salinan Borang 14
DEBRA CHONG

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menyerahkan salinan Borang 14 kepada ejen pengundian Pakatan Rakyat di dua kerusi ditandingi parti itu.

Ahli Biro Politik PKR Sivarasa Rasiah berkata, Borang 14 adalah borang yang mengesahkan jumlah rasmi yang dikira di setiap saluran undi dan SPR tidak memberikan kepada ejen pengundian Pakatan Rakyat – aduan telah diterima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan dan Asajaya.

“Pakatan (Rakyat) telah menerima maklumat pegawai SPR yang bertugas di pusat-pusat mengundi tidak memberi salinan Borang 14 kepada ejen pengundian Pakatan Rakyat.

“Tujuan Borang 14 ini adalah untuk mengelak daripada berlaku sebarang manipulasi selepas undian dikira. Di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, pegawai perlu memberikan salinan Borang 14 kepada ejen calon yang bertanding.

“Seksyen 4 (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menyebut ia adalah satu kesalahan jenayah. Mana-mana alasan kerana tidak memberikan Borang 14 adalah satu kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pihaknya mengingatkan SPR agar mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai badan itu bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

“Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap SPR dan pegawai-pegawai yang terlibat kerana bertindak begitu.

“Kami juga mahu mengingatkan Barisan Nasional (BN) sebarang percubaan yang bertentangan dengan undang-undang selepas pukul 5 petang akan ditolak,” katanya.

Proses pengundian di kesemua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri yang menyaksikan persaingan sudah berakhir dengan pilihan raya negeri ke-10 kini memasuki fasa seterusnya – proses pengiraan.

Sebanyak 1,413 pusat pengundian telah ditutup setakat 4 petang tadi manakala yang baki sejam kemudian.

SPR menyediakan 1,748 pusat pengundian.

Proses pengundian pada keseluruhannya berjalan dengan lancar tetapi keputusan-keputusan tidak rasmi menunjukkan banyak memihak kepada Pakatan Rakyat tetapi BN disebut-sebut akan mengekalkan kuasa yang diwarisi sejak 1963.

Dicatat oleh ELBI RISALAH

6 comments:

bunbinban said...

hahaha..dah agak dah. Manusia ni bila kena sepak ngan duit atau terbau duit je, maruah kemana, perjuangan kemana. Walau camna pun syabas buat PR. Walaupun gagal menafikan 2/3 namun peningkatan sokongan dan undi membawa harapan cerah di masa hadapan. Wa salute PR. PRU 13 kita sapu parlimen. Mana2 YB2 baru menang dr PR, lu lompat, wa sumpah lu jadi org utan....

Anonymous said...

tahniah Pakatan Rakyat ! Bukan wenang nak menggembirakan Pengerusi SPR. Kalau BN kalah nanti sampai pagi keputusan tidak akan keluar dan tadi beliau (Pengerusi SPR Malaysia) kata hanya keputusan SPR sahaja yang sah, waima PR menang namun kalau SPR umum calon BN yang emanang maka itulah yang sah contoh kes di Perlis. Kena masuk mahkamah barulah PR dapat balik kerusi yang dah dimenangi.

Anonymous said...

SPR dilantik boleh Perdana dipersetujui oleh Yang diPetuan Agong. Oleh kerana itu mereka mesti berkhidmat untuk kerajaan yang memerintah. Bukan kepada rakyat atau parti pembangkang.

Persoalannya mengapa kerajaan harus membuka ruang kepada pihak pembangkang untuk bertindak mengkritik dan menumbangkan kekuasaannya ?

Kerajaan Malaysia khususnya BN mempelajari cara menguasai kekuasaannya melalui pentadbiran antarabangsa.

Sila tunjukkan kerajaan mana dalam dunia ini yang bersikap adil dengan parti pembangkang ?

Kalau masih merunggut tentang SPR berat sebelah.... sila hantokkan kepala bangang itu ke diding pasti akan dapat jawapannya!

zul_neem said...

Assalamualaikum

jawapannya ialah ikut sunnah rakyat Mesir,Turnisa,Yemen,Bahrin,Libya,Syria,Jordan dan Iran.Mereka semuanya memberi jawapan yang baik dan jitu kepada kerajaan dan spr-spr disana.wallahualam adanya

Anonymous said...

ada ke mana pegawai selepas pilihanraya kaya semacam je

Anonymous said...

18000 undi pos itu maklumat yang di ketahui fix deposit untuk menampung mana bahagian yang kurang siapa tahu.