Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, April 17, 2011

GEMPAR ! BUKTI UMNO DITOLAK RAKYAT SARAWAK



Presiden UMNO merangkak Presiden BN terlupa dengan pujiannya sendiri terhadap kemenangan bernasib baik BN dalam PRN 10 Sarawak semalam.
Beliau lupa bahawa UMNO sekian lama masih ditolak oleh Sarawak tidak seperti di Sabah. Malunya menumpang atau takut pada Taib Mahmud. Dari PM sebelum ini termasuk Tun Mahathir tiada siapa Presiden UMNO yang berani membawa UMNO ke negeri Sarawak.
Adakah PM takut Taib akan bawa keluar Sarawak dari Malaysia ... almaklumlah keluasan Sarawak adalah lebih besar dari keluasan Semenanjung Malaysia.

UMNO melalui pemimpinnya dan ahli-ahli dan blogger UMNO patut malu dengan DAP dan PKR yang sudah mendapat mandat di hati rakyat Sarawak dan terus bertapak di Sarawak, malah kalau SPR tidak membelot dari pendiriannya sudah tentu PAS telah menang 2 DUN iaitu di DUN Muara Tuang dan DUN Sadong Jaya.
Kemenangan tanpa bertanding ini adalah sah disegi undang-undang tapi dinafikan oleh Pengarah SPR di kedua DUN tersebut. Calon PAS Sadong Jaya patut menang kerana calon BN kantoi menyerahkan surat perletakan jawatan apabila menjadi calon. Manakala DUN Muara Tuang memang jelas dimenangi Calon PAS kerana calon BN ini juga kantoi bila gagal menyerahkan penyata akaun kepada SPR sehingga tamat tempoh pencalonan.

Hilang 16 Kerusi, Najib Mungkin Tunda PRU-13 ? Pada pendapat teman , Najib kalau ada cukup RM beliau akan terus buat PRU13 , tk kira sumber RM dari mana? Kita harap beliau tidak mengharap pinjaman dari negara Jiran seperti Singapura atau Brunei dengan tawaran 'senyap'.

SHAH ALAM 16 APRIL :Kehilangan 16 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak mungkin menyebabkan hasrat Perdana Menteri Najib Razak membubarkan parlimen tahun ini, terbantut.

Walaupun berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga, ia belum cukup gah untuk memberi jaminan kepada BN bahawa tampuk kekuasaan akan kekal menjadi milik gagasan itu, kata Penganalisis Politik, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau ketika dihubungi menambah, walaupun Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini berkata, PRN Sarawak akan dijadikan inspirasi bagi menentukan pilihan raya umum, namun pada masa kini, Najib perlu memikirkan hal itu sedalam-dalamnya.

"Ramai yang melihat bahawa keputusan PRN Sarawak kali ini, BN tidak akan berani untuk membuat pilihanraya umum dalam masa terdekat. Oleh kerana mereka melihat penentangan segolongan besar pengundi itu masih kekal.

"Dari segi kemenangannya pula saya fikir ia adalah kemenangan yang agak mahal kerana mereka terpaksa membelanjakan banyak dengan membeli secara terbuka di sesetengah tempat," kata Aziz.

"Jadi dalam konteks Sarawak, simpanan tetap itu mungkin lebih sukar lagi kerana ketua menteri yang dilantik itu akan kekal untuk jangka masa tiga hingga empat tahun lagi dan tidak mudah untuk Najib menyingkitkan Taib dengan mudah," tambahnya lagi.

Menurut Aziz, selain perlu memikirkan merosotnya sokongan pengundi di Sarawak kepada BN terutama sekali terhadap Ketua Menterinya, Taib Mahmud, Najib sekali lagi "tersentak" apabila Taib mengumumkan hanya akan bersara "sekitar pertengahan penggal ini".

Taib yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak malam tadi, sekali lagi menzahirkan hasratnya untuk berundur buat kesekian kalinya.

Kenyataan Taib itu bercanggah dengan Najib yang mengumumkan bahawa Taib akan berundur selepas PRN negeri ketika siri kempennya.

"Dengan kata lain, Taib Mahmud akan terus menjadi liabiliti di Sarawak dalam tempoh dua hingga tiga tahun. Dan pilihanraya (pula) terpaksa diadakan dalam tempoh lebih awal dari itu," jelas Aziz, sekaligus mendatangkan masalah kepada Najib.

Oleh itu katanya, kejayaan BN mengekalkan kuasanya di Bumi Kenyalang bukanlah suatu perkembangan positif yang mampu mengekalkan keyakinan rakyat untuk terus setia bersama parti itu.

Dengan kata lain, kemenangan di Sarawak dengan mengekalkan dua pertiga majoriti bukan semestinya baik kepada BN. Khususnya dari segi menjamin kemenangan dalam PRU 13.

"BN tidak boleh lagi menganggap Sarawak sesuatu yang selamat lagi. Pakatan Rakyat semakin kuat dan diterima kerana ia bukanlah satu andaian kerana ia adalah fakta bahawa mereka sudah semakin diterima sebagai satu entiti yang mantap," jelasnya lagi.

Malah kata Aziz, dapat dilihat ketidaksefahaman antara Najib dan Taib apabila Pengerusi BN itu lebih memikirkan kemenangan kepada BN namun Taib sebaliknya mahu kekal di tampuk pemerintahan tanpa mempedulikan keputusan pilihan raya.

Namun ujar beliau, apa yang lebih penting ialah perjuangan dan keinginan memuncak rakyat yang mahukan perubahan.

Rakyat Sarawak dilihat mula membuka ruang kepada pembangkang dan ia merupakan petanda positif bahawa masyarakat di negeri Bumi Kenyalang semakin menerima sistem dua parti di negara ini.

Tambah Aziz, menerusi jumlah kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat pada pilihanraya negeri itu semalam, jelas menunjukkan bahawa ia adalah pencapaian yang mampu menggugat kedudukan BN di Sarawak.

Ini kerana, Pakatan Rakyat bukan sahaja berjaya menangkis permasalahan yang ditimbulkan parti lawan, malah sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri yang berperanan untuk memenangkan BN gagal melemahkan pembangkang untuk membawa perubahan besar kepada rakyat di negeri itu.

No comments: