Perwakilan msayarakat Orang Asli mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menyatakan pendirian mengenai hak kaum itu berikutan kenyataan yang dianggap menghina yang dibuat oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bercakap pada sidang akhbar bersama dengan Majlis Peguam, penyelaras Rangkaian Orang Asli Semenajung Malaysia, Tijah Yok Chopil mahu Najib membuktikan bahawa slogan 1Malaysia bukan sekadar propaganda.
"Saya tuntut 'perdana menteri 1Malaysia' beritahu orang seperti (Mahathir) itu berhenti berlaku sedemikian yang hanya akan menimbulkan kemarahan kami,”katanya.
Mahathir dalam blognya pada 11 Mac lalu berkata tuntutan tanah yang dibuat masyarakat Melayu adalah lebih kuat jika dibandingkan dengan tuntutan Orang Asli yang tidak mempunyai tamadun.
Beliau juga dilaporkan berkata “Orang Asli cuma rakyat biasa kerana rakyat asal adalah Melayu”.
Tijah yang jelas kecewa berkata Najib tidak seharusnya membisu tetapi perlu menyatakan pendirian kerajaan berhubung hak Orang Asli.
"Kami tidak pernah meminta lebih daripada apa yang memang hak kami ataupun pernah menyentuh mana-mana keistimewaan kaum lain di Malaysia.
“Kami tidak pernah menuntut seluruh kepulauan / bumi Malaysia atau Semenajung Malaysia ini diserahkan kembali kepada kami.
Kami juga tidak pernah mememinta mana-mana kaum mengagungkan kami sebagai bangsa yang teristimewa di negara ini,” katanya.
Bagi presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee, selain 'dihina', kenyataan Mahathir itu juga adalah salah dari segi undang-undang mahupun moral.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment