Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, March 12, 2011

TPM KATA DAH SELESAI, TAPI DI KKB SEMUA TERBARAI

Komen : Semasa di PRK DUN Tenang, TPM merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yasin telah membuat kenyataan bahawa kes novel Interlok telah selesai dengan penyelesaian terbaru antaranya adalah dengan memasukkan nota kaki dalam novel bagi penjelasan tentang perkataan p???? tersebut. Tapi apa yang berlaku , cikgu sekolah pun tidak dapat menyelesaikan salah faham tersebut hingga Ahli Parlimen minta tolong dengan polis. Sewajarnya teman cadangkan agar Kementerian perlu jelaskan , apa-apa sejarah yang tertulis sekian lama tidak boleh diubah . Dan mulai sekarang Kementerian yang berkenaan perlu buat garis panduan sekiranya buku-buku , novel atau apa-apa artikel yang telah dipaparkan atau telah di tonjol serta telah dijual dan di baca selama lebih 5 tahun tidak boleh dipertikaikan isi kandungannya untuk tujuan ubahan

Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Kubu Bharu dan semua ibu bapa pelajar yang didakwa dicaci oleh guru displin berhubung isu novel Interlok, mengadakan pertemuan dari hati ke hati hari ini bagi menyelesaikan insiden yang berlaku Jumaat lalu.

Pertemuan selama dua jam bermula jam 11 pagi tadi di mana semua pihak berbincang mengenai insiden yang berlaku dan bersetuju untuk menyelesaikannya dan bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah ahli parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan, wakil Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), wakil Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), wakil Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) serta pelajar yang terlibat.

"Semuanya sudah selesai dan tenang. Semua pihak bermaaf-maafan," kata pegawai PPD Mat Jah Roslan ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Menurut Mat Jah lagi, pihak sekolah juga turut menghantar laporan bertulis - seperti yang diarahkan - berhubung perkara tersebut kepada PPD semalam termasuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan JPN semalam.

Menceritakan pertemuan pagi tadi, Mat Jah berkata semua pihak mengadakan perbincangan dan mendapatinya ianya berlaku akibat salah faham.
Menurutnya, susulan keputusan yang telah dicapai, pihak yang terlibat akan menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum itu.

"Ia hanya perselisihan biasa dan salah anggap. Guru perlu bertegas dengan pelajar. Kalau (perkara) salah, mereka perlu menegur (pelajar)," kata katanya.

Sebelum ini dilaporkan tiga pelajar tingkatan lima mendakwa mereka dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Kubu Baru dan disoal siasat selama 10 jam selepas mengambil keputusan memulangkan novel interlok kepada pengetua mereka.

Pada awalnya, tujuh pelajar sekolah itu bercadang memulangkan buku teks sekolah mereka kerana mendakwa tidak berpuas hati dengan kandungannya tetapi dihalang oleh guru disipilin yang kemudian didakwa mencaci mereka.

Susulan itu, pengerusi persatuan ibu bapa sekolah itu, Baktiar Md Rashid, yang juga seorang pegawai polis membawa tiga pelajar yang terbabit itu ke balai polis untuk disoal siasat tanpa kebenaran ibu bapa mereka.

Hal yang demikian menimbulkan kemarahan salah seorang ibu daripada tujuh pelajar berkenaan kerana anak lelakinya dibawa tanpa kehadiran ataupun kebenarannya dan anaknya tidak melakukan apa-apa jenayah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Norel-Azmi Yahya Affendi berkata siasatan mengenai insiden yang berlaku di sekolah berkenaan telah selesai dijalankan.

Katanya, kertas siasatan tersebut telahpun dirujuk kepada bahagian perundangan di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Shah Alam untuk tindakan lanjut.

"Kita sudah merujuk kepada IPK di Shah Alam. Keputusannya, kita tak tahu apa lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

No comments: