Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Sunday, March 6, 2011
BUKIT SENTOSA 2 PERLUKAN BAS !
Alhamdulillah di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor sangat jauh berubah terutama di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung dalam daerah Hulu Selangor.
YDP Majlis Hulu Selangor yang pernah diberi anugerah penyapu oleh Menteri Besar UMNO sebelum 2008 dahulu kin dah banyak tersenyum. Pertama beliau tersenyum kerana puas hati orang yang tidak menghargai kerjanya sedang didakwa dimahkamah atas kesalahan rasuah.Kedua beliau tersenyum kerana di bawah Pakatan Rakyat beliau dihargai dan terus dipuji kerana dapat menjelaskan pembangunan yang mampan demi rakyat Hulu Selangor walaupun beliau bukan dari penyokong Pakatan Rakyat yang tegar.
Kesan kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor, 54 blog rumah pangsa (dibinapun pada zaman BN memerintah Selangor) yang rosak bumbung lebih 5 tahun telah dibaiki oleh Kerajaan BN semasa pentadbiran dan pemerintahan Pakatan Rakyat.
Begitu juga pertambahan penduduk dan penghuni yang terus bertambah ramai.Dengan terbinanya TESCO Transit di sebelah kiri Tol Beruntung dan kemudian Projek kedai/bank ala Taipan di sebelah kanan Tol Beruntung menampakkan pembangunan yang ketara ditambah pembinaan TESCO Supermarket di Bandar Sentosa dan beberapa projek kedai dan dengar kabar projek bina bangunan KFC dan banyak lagi.
Begitu juga dengan pembukaan pusat latihan polis di bekas Kolej Aman amatlah dialu-alukan kerana bukan sebab kehadiran polis yang ramai namun peluang pekerjaan juga akan banyak diujudkan untuk mengendalikan pusat yang besar itu.
Namun semuanya ini tidak akan lengkap jika kemudahan bas atau pengangkutan awam tidak dibina dengan menyeluruh meliputi Bukit Sentosa, Bukit Sentosa 2, Bukit Sentosa 3 , Bukit Sentosa 4 dan Bukit Beruntung 3 serta laluan dari dan ke Pekan Rasa.
Dengan terujudnya kilang pemasangan bas di Taman Telipot (Bukit sentosa 3) sewajarnya disediakan beberapa bas untuk kegunaan dan diberi peluang pengusaha bas mengendalikan bas di laluan yang disebutkan yang akan banyak membantu penduduk yang ingin bekerja di sekitar pembangunan ekonomi Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment