Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, March 7, 2011

BARU 5 BULAN JADI ADUN DAH TERIMA RASUAH !

Jangan harap ada PRK Lenggeng
Kes ini berlaku pada Ogos 2008, iaitu kira-kira hanya 5 bulan selepas menjadi wakil rakyat. Kes ini seharusnya selesai awal lagi kerana cukup jelas kerana dia ditahan bersama dengan wang 'rasuah'. Namun ramai berpendapat kes ini sengaja dilewatkan dengan melihat ke arah mana polimik dalaman Umno Seremban.

Semalam mahkamah telah menatuhkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mustafa Salim didapati bersalah kerana menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan untuk mendapatkan permit bagi menjual pasir dua tahun lalu
Semua tahu Mustafa Salim merupakan kem yang tak sebulu dengan Datuk Ishak Ismail, Ketua Umno Bahagian Seremban. Dimana Mustafa telah bertanding dikerusi yang Datuk Ishak menang berpenggal lamanya.

Ada teman Umno yang cakap Mustafa kena pun sebab ada 'musuh dalaman' yang bocor kalau tidak tak kan lah rasuah RM2,000 pun jadi masalah. (Menurut laporan kes Mustafa ditahan ketika transaksi RM2000 'rasuah' )

Sebelum keputusan kes ini Mustafa juga telah disaman dan mahkamah mendapati beliau bersalah dan diarah membayar RM18,000 kerana menulis surat menfirnah seorang Imam.

Ini semua bukan kerana benar perang rasuah tetapi polimik dalaman Umno itu sendiri.

Kes ini mungkin hampir sama dengan kes Datuk Norza cuma bezanya Datuk Norza bekas anggota MKT Umno.

Kes ini patut selesai lama tetapi ditangguh. Keputusan salah telah diperolehi tetapi Mahkamah sekali lagi dilihat sengaja menangguhkan pembacaan menjatuhkan hukuman kepada 1 April. Kemudian akan dibawa pula proses rayuan.

Jika tidak silap April ialah tarikh akhir untuk dibolehkan diadakan PRK dalam DUN di Negeri Sembilan.

Jika Pakatan Rakyat Negeri Sembilan gagal menyusun jentera penerangan bagi menjelaskan perkara sebenar dalam isu ini kepada rakyat, maka keputusan mahkamah tersebut akan menjati senjata Umno dengan mengatakan "lihat Umno ikhlas perangi rasuah, YB pun boleh kena..."

No comments: