Mahfuz juga membidas Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein yang berkata polis sanggup menyiasat kesahihan video itu jika ada pihak membuat laporan.
Mahfuz berkata Hishamuddin sepatutnya sedar bahawa polis boleh menyiasat tanpa menunggu laporan orang awam.
"Sepatutnya tak perlu buat laporan polis dan polis terus boleh buat siasatan. Tanya pihak Carcosa kenapa boleh benarkan tayangan video berunsur lucah. Ini… seolah-olah tayangan video lucah dihalalkan dalam negara kita,” kata Mahfuz .
“Maka saya minta polis terus menyiasat, tak perlu tunggu laporan dari mana-mana pihak," tambah beliau.
Mahfuz berkata, beliau hairan bagaimana sebuah hotel lima bintang seperti Carcosa Sri Negara membenarkan seseorang individu yang tidak dikenali menayangkan video seks
“Saya nak minta pihak polis siasat bagaimana pihak Carcosa boleh membenarkan satu program tayangan video yang berunsur lucah, sedangkan tiada pun undang-undang g mengatakan hotel yang bertaraf lima bintang atau enam bintang, malah jika tahi bintang pun, boleh tayang video lucah,” tambah beliau.
Mahfuz berkata keengganan pihak di sebalik video itu untuk menyerahkannya kepada pihak berkuasa dan majlis agama amat mencurigakan dan harus menjadi persoalan utama.
“Kalau mereka bertujuan untuk mengatakan ada orang-orang tertentu dalam video tersebut melakukan perlakuan-perlakuan yang sumbang ini, sepatutnya mereka menyerahkan video tersebut kepada pihak berkuasa, atau pihak berkuasa agama kalau membabitkan orang Islam.”kata Mahfuz.
“ Jadi ini yang sepatutnya menimbulkan tanda tanya…. apa agenda sebenarnya yang dibuat oleh pihak penganjur yang membuat tayangan ini," tambah beliau.
Mahfuz membayangkan Anwar sekali lagi menjadi mangsa fitnah Umno dalam usaha parti pemerintah itu memulihkan sokongan daripada pengundi Melayu.
“Saya rasa bahawa ini sesuatu yang malanglah …. di mana Umno merasai kedudukan mereka yang sangat tergugat dan melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu ancaman kepada politik mereka hingga sampai ke satu peringkat di mana mereka sanggup melakukan sebegitu rupa," kata Mahfuz.
Sementara itu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, media dan masyarakat tidak perlu membuang masa untuk membuat pelbagai telahan mengenai video yang tidak diketahui kesahihannya itu.
" Kita tidak tahu siapa yang mendedahkan video ini dan dari mana ia datang? Adakah kita patut membuang masa kita untuk video-video yang kita tidak tahu sumbernya. Kalau pun kita tahu siapa sumber itu, adakah kita tahu ia benar atau tidak?," soal beliau.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Mohon kepada sesiapa yang di luar sana untuk dapatkan pandangan dari Ezam Mohd Noor. Mungkin Ezam boleh mengulas lanjut dalam hal ini. Sebabnya Ezam punya pendirian yang terlalu "rapuh" tetapi mengetahui sesuatu itu dengan bersumpah. Sewaktu menemubual nanti, tolong kira berapa kali ucapan sumpah yang keluar dari mulutnya.
Ada sesiapa yang sanggup ker ???
assalamualaikum
Menjadi kesalahan yang besar jika kita mengaibkan orang yang tidak terlibat didalam perkara-perkara yang haram lagi ditegah oleh agama khususnya agama Islam.Jangan mengikut tokoh porno seperti Mario saleiri yang banyak menerbit movie lucah di Itali sehinggga membolehkan datangnya bala Allah secara cash kepada pihak yang terbabit dan pihak bersekongkol dengannya.
Kenapa Ust Abuya ZulKulim letak gambar binatang mengawan kat webnya.Inikah taraf MP ZulKulim. Adakah binatang lagi baik dri MPni atau MPni lagi baik dari binatang atau dua2 bertaraf binatang
Astagfirulah, astagfirullah ....apa yang Najib buat?
InsyaAllah, insyaAllah ... Pakatan Rakyat menang untuk rakyat Malaysia
Post a Comment