Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, February 22, 2011

SIAPA TAK SETUJU ANGKAT TANGAN !

Dalam hal ini teman setuju benor bila KWSP Patut Beri Dividen Lebih Besar- Lim Kit Siang
Dividen 5.8 peratus yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat tidak wajar oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana pendapatan kasarnya telah meningkat 40 peratus.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, sepatutnya KWSP memberikan dividen yang lebih besar kerana peningkatan bursa saham adalah sebanyak 19.3 peratus sedangkan dividen KWSP hanya naik 2.7 peratus dari 5.65 peratus tahun 2009 ke 5.8 peratus sahaja untuk tahun lepas.

"Banding dengan pulangan untuk tabung-tabung yang lain sepatutnya lebih tinggi dari apa yang diumumkan supaya pekerja-pekerja dapat satu dividen yang lebih munasabah," katanya.

Beliau berkata, DAP melahirkan rasa terkejutnya dengan pengumuman ini kerana ia tidak selaras dengan kenaikan 40 peratus pendapatan KWSP sebanyak RM24.06 bilion berbanding RM17.22 bilion pada tahun 2009.

"Tak dinafikan bahawa ekonomi kita akan lebih sihat dan mempunyai daya saingan jika kita boleh mengadakan reformasi. Tapi sampai sekarang selepas dua tahun Najib menjadi Perdana Menteri tidak dilihat pelaksanaan yang sepatutnya dilakukan yang dulu kononnya dicadangkan Model Ekonomi Baru(MEB)," jelasnya kepada Tv Selangor.

Dividen KWSP adalah salah satu sumber pendapatan penting kepada 11 juta pekerja di Malaysia.

Semalam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 yang meningkat 15 mata asas, berbanding kadar 5.65 peratus yang dibayar pada 2009.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata, pencapaian itu menggambarkan tahun memberangsangkan yang mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan tersebut mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion.

2 comments:

Anonymous said...

Jika dividen diberi tinggi sangat, macam mana UMNO/BN nak rembat.

Anonymous said...

betul, betul, betul!