Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, February 18, 2011

PANDAINYA BERLAKON, YANG DI MANJUNG KENAPA TAK DISANJUNG ?


Inilah loji janakuasa menggunakan arang batu di Manjung, negeri Perak. Kalau ikuti rencana di TV3 akhir tahun lepas mengenai loji letrik ini yang mereka jelaskan tiada masalah timbul pemcemaran malah ikan-ikan dan burung-burung hidup selesa seolah tiada kesan pencemaran. Tapi kenapa sebaliknya di Sabah?

Dunia puji Malaysia pastikan Sabah bebas arang batu? Ini betul--betul ada udang sebalik batu.

18/02/2011 6:47pm

KOTA KINABALU 18 Feb. - Malaysia menerima pujian dari komuniti antarabangsa kerana keputusannya untuk tidak menggunakan arang batu bagi menjana tenaga di Sabah, yang merupakan satu langkah memberikan opsyen kuasa bersih kepada negeri itu.

Ketua Pakar Teknikal Tenaga Diperbaharui dan Keefisienan Tenaga Bank Dunia, Prof. Daniel M. Kammen berkata, langkah itu membolehkan Malaysia memilih untuk melabur di dalam ekonomi dan persekitaran yang sihat bagi Sabah dengan membatalkan cadangan pembinaan loji yang menggunakan arang batu yang diganti dengan opsyen tenaga mampan.

“Ini merupakan satu keputusan yang sepatutnya memuji dan menyokong Malaysia pada persidangan iklim akan datang di Afrika Selatan.

“Saya sangat teruja dengan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan bagi kepimpinan mereka di dalam hala tuju negara dan negeri itu ke arah menghasilkan sumber tenaga campuran.

“Ini akan membantu menstabilkan kos tenaga, membawa masuk usahawan baharu ke bidang tenaga, mewujudkan pertumbuhan pekerjaan dan memotong kesan alam sekitar tempatan dan pertumbuhan pengeluaran gas rumah hijau global,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Green SURF (Sabah Bersatu bagi menyediakan Kuasa Untuk Masa Depan) telah mentauliah Kammen untuk menyediakan laporan opsyen tenaga bagi Sabah sebagai seorang Profesor Tenaga di University of California di Berkeley. - Bernama

No comments: