
Pilihan raya kecil Kerdau serentak Merlimau 6 Mac gara-gara Najib terdesak mahu adakan PRU13 dengan cepat. Beliau tiada pilihan mahu rekod kemenangan BN berturut-turut ini mahu dijadikan sandaran tanpa beri peluang pada DUN Pelabuhan Klang yang patut dibubarkan apatah lagi DUN Siputeh di Kedah. Memang PAS tersedak skit dan Pakatan Rakyat tersentak dengan keputusan SPR ini namun tidak berganjak dengan semangat lawan tetap lawan, suara rakyat perlu dipertahankan walau PRU13 rasanya Najib nak percepat di adakan.
Pilihan raya kecil kerusi DUN Kerdau, Pahang akan diadakan serentak dengan Merlimau bulan depan. Penamaan calon akan diadakan 26 Februari ini manakala hari pengundian pula pada 6 Mac.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sepatutnya membincangkan perkara tersebut Ahad ini mengadakan mesyuarat khas lewat petang ini untuk memutuskan bahawa pilihan raya kecil Kerdau akan diadakan serentak dengan kerusi DUN Merlimau.
Tarikh pilihan raya kecil Merlimau diputuskan bulan lalu.
The Malaysian Insider difahamkan keputusan mempercepatkan mesyuarat khas diambil ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi yang mencapai keputusan mengenai kes kerusi DUN Pelabuhan Klang petang tadi.
Mahkamah memutuskan kerusi DUN Pelabuhan Klang tidak kosong.
SPR mengadakan mesyuarat khas susulan mesyuarat bulannya di sini petang ini.
Kerusi Kerdau kosong selepas penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, daripada BN, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya pada 12 Februari lepas.
Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.
Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin mendapat 2,520 undi. -TMI
No comments:
Post a Comment