Kos projek MRT mungkin cecah kos melebihi anggaran RM36.6 bilion
Projek aliran transit massa (MRT) yang dijangka mula dibina Julai ini, mungkin mencecah kos melebihi anggaran RM36.6 bilion untuk tiga
laluan.
"Anda harus ingat bahawa RM36.6 bilion adalah anggaran 2009. Ia berpotensi menjadi lebih tinggi, bergantung pada inflasi dan kejayaan dalam sistem nilai," kata ketua pegawai eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), Mohd Nur Ismal Kamal.
Anggaran RM36.6 bilion itu tidak termasuk antaranya kos pengambilalihan balik tanah.
Bagaimanapun, tambahnya, Spad sedang mencari cara untuk mengimbangi kos tersebut, termasuk melalui pembangunan di sekitar stesen MRT, seperti model yang digunakan di Hong Kong.
"(Pemilik projek dan syarikat kaitan kerajaan) Prasarana akan menubuhkan sebuah syarikat pembangunan hartanah untuk tujuan ini," katanya.
Menurut Mohd Nur, tender akan dipanggil untuk keseluruhan projek pada bulan April dan projek pula diberikan pada pertengahan Mei.
Rakan pembangunan projek Gamuda-MMC, tambahnya, akan turut terbabit dalam pemberian tender, tetapi keputusan muktamad adalah di tangan kerajaan.
Projek tersebut adalah di bawah bidangkuasa jawatankuasa pemandu yang dipengerusikan oleh perdana menteri manakala ketua setiausaha negara mempengerusikan dewan eksekutif.
Sebarang tambahan kos akan ditanggung oleh Gamuda-MMC, manakala 'bonus' akan disediakan oleh kerajaan sekiranya syarikat tersebut dalam menyiapkan projek itu mengikut jadual dan di bawah sasaran kos, yang menurut Mohd Nur, tidak boleh didedahkan.
"Prasarana akan melantik jurutera bebas untuk memeriksa kerja yang dijalankan dan untuk memastikan semuanya (dilakukan mengikut) spesifikasi," katanya.
Kos infrastruktur akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, dengan dana dikumpulkan melalui pasaran oleh Perbadanan Kementerian Kewangan.
Tambangnya pula dijangka menampung kos operasi dan pengurusan. -Malaysiakini
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment