Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, February 4, 2011
MALAM UMNO SOLAT HAJAT, SIANG RAKYAT BN HAMBAT !
Komen : Alhamdulillah kira-kira 5,000 rakyat Malaysia prihatin kesengsaraan rakyat Malaysia ditimpa kenaikan petrol dan harga barang serta prihatin dengan rakyat Mesir yang ditindas turun ke KL bagi melahirkan bantahan kepada Amerika dan juga pada kerajaan Malaysia agar prihatin dengan keadaan sebenar.Dengan ini lebih 11,000 pemuda Islam di Mesir dapat segera dibawa pulang ke Malaysia tanpa rasa prajudis kepada pelajar kita di sana.
Dilaporkan Najib tidak selesa dan risau jika 11,000 pelajar kita pulang ke Malaysia. Beliau dikatakan bercadang mengadakan PRU13 lebih awal akan terrencat dengan kehadiran tenaga muda dari Mesir yg rata-rata dituduh condong kepada Pakatan Rakyat.
Bayangkan separuh dari 11,000 boleh mengundi, siapa yang akan dapat? Dengan sebab itu kita dapat lihat betapa lembab laporan dari kedutaan di Mesir bagi membuat keputusan menyelamat dari Malaysia. Itupun, kalauboleh Najib mahu sebahagian pelajar di hantar ke negara ke 3.wALLAHHUALLAM BISAWAB.
5000 berhimpun bantah Amerika
Harakahdaily melapurkan lebih 5000 rakyat hari ini berhimpun di hadapan Masjid As-Syakirin KLCC bagi menyertai perarakan ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyatakan bantahan terhadap campurtangan negara itu terhadap Mesir.
Himpunan tersebut yang telah memulakan perarakan mereka diketuai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor.
Biarpun pihak polis menghalang laluan menuju ke bangunan kedutaan tersebut, peserta himpunan bagaimanapun berjaya melepasinya.
Turut serta dalam perarakan tersebut, pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat lain termasuk, Salahudin Ayub, Mohamad Sabu, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Suhaizan Kaiat dan shamsul Iskandar Mat Akin.
Ucapan pembakar semangat sebentar tadi turut disampaikan Mohamad Sabu yang mengecam Presiden Mesir Hosni Mubarak.
Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir.
Mereka akan membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.
Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.
Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut.
Bilangan peserta kini makin bertambah apabila mereka yang menunggu di tepi jalan kini menyertai perarakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment