Antara Sebab UMNO dah parah :-
1. Dua(2) Menteri kabinet (PM sebagai Ketua Perhubungan UMNO dan Menteri Asas Tani sebagai Timbalan) kena tanggungkerja jaga UMNO Negeri Selangor.
2. Ketua Pembangkang Selangor - bekas MB Selangor tak guna langsung malah disyakki rasuah.Dan digantung sebagai Ketua Pembangkang.
3. Rakyat Selangor menerima bantuan 20 meterpadu air percuma dengan senang hati dan mahu lebih lagi, tak tahulah penyokong UMNO di Selangor tidak suka air percuma tersebut...al-maklumlah mereka dah kaya dan banyak duit.
4. Sogokan mereka terhadap ADUN PR hanya 2 menjadi di Pelabuhan Klang dan Sementa.
Umno Selangor pilih Satim ketua pembangkang ganti Khir Toyo
Oleh Adib Zalkapli dan G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 7 Jan — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang, Datuk Satim Diman dinamakan sebagai ketua pembangkang baru bagi menggantikan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang kini berhadapan dengan kes mahkamah.
Pemilihan Satim itu, yang dibuat ketika negeri itu berhadapan dengan kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang didakwa dengan pengaruh Umno-BN dan disusuli krisis perlembagaan, dilihat membuka laluan untuk menjadi menteri besar jika Barisan Nasional merampas balik negeri itu.
Umno Selangor memilih Satim, yang sebelum ini merupakan setiausaha badan perhubungan negeri, pada mesyuaratnya malam tadi.
Tempat Satim digantikan oleh bekas Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed.
Rombakan kecil ini dibuat ekoran keputusan Khir melepaskan jawatan tersebut awal bulan lalu.
Semalam, mahkamah menetapkan kes Khir yang didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada sebuah syarikat, akan dibicara di Mahkamah Tinggi Shah Alam Jun ini.
Mengikut pertuduhan, Khir, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya.
Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
“Pelantikan ini diputuskan malam tadi dan tugas saya ialah menyediakan parti mendapatkan balik Selangor,” kata Satim kepada The Malaysian Insider.
BN kehilangan Selangor kepada Pakatan Rakyat pada Mac 2008.
Satim pernah disebut-sebut akan dilantik sebagai menteri besar selepas Tan Sri Abu Hassan Omar meletakkan jawatan pada 2000 tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu perdana menteri dan pengerusi BN telah melantik Khir menerajui Selangor.
Satim dijangka akan mengambil alih jawatan itu secara rasmi apabila Dewan Undangan Negeri mengadakan sidang khasnya akhir bulan ini.
Sidang khas itu diadakan bagi membolehkan perlembagaan negeri dipinda berhubung peranan Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.
Ia juga akan dijangka akan menjadi ujian pertama beliau.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment