Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, January 25, 2011

UMNO MELAYU GAGAL MENDAULATKAN KUASA SULTAN SELANGOR

Syukur alhamdulillah kerana Dewan Undangan Negeri Selangor telah mengemukakan usul untuk meminda fasal 52 perlembagaan negeri Selangor dan walaupun tidak berjaya hasil kerja durhaka adun-adun UMNO/BN namun rakyat dan penyokong tegar dan tidak tegar UMNO sudah celik dari tidur dan nampak keburukan pemimpin UMNO Selangor serta Adun Komponen BN yang lain yang lupa Sultan memerhati perangai dan sikap mereka yang kununya memperjuangkan dan mempertabatkan Sultan sebagai Raja Melayu.

Kecacatan tidak dapat dikembalikan lagi hasil pindaan perlembagaan yang dibuat secara paksa oleh UMNO pada tahun 1993 dahulu.

Rakyat juga patut tahu bahawa buat masa ini segala kuasa telah dipusatkan kepada Perdana Menteri dan sebahagian besar dari peruntukkan dalam perjanjian persekutuan pada 2hb Februari 1948 telah dicabuli dan diperkosa tanpa sebarang ‘mercy’ terhadap institusi Raja-Raja Melayu, satu institusi yang penting dalam sebuah negara Raja Berpelembagaan.

Walaupun usul ini telah tidak dapat diluluskan dengan majority 2/3 tetapi hakikatnya kerajaan Selangor telah melangkah setapak kehadapan dengan berusaha meminda bab 52 pelembagaan negeri Selangor. Walaupun telah gagal ianya membawa erti yang sangat besar bagi rakyat Selangor yang berani tampil melaksanakan tanggunjawab sebagai rakyat dan menunjukkan kepada dunia bahawa masih ada rakyat yang sedar tentang pencerobohan kepada sistem sebuah negara Persekutuan yang telah ditanda tangani pada 2hb Februari 1948.

Penolakkan dari ADUN-ADUN UMNO dan BN itu memang telah dijangkakan dan dengan tindakan Ahli-Ahli Dewan Undangan dari BN itu sekali gus menunjukkan yang mereka tidak mahu mengembalikan kuasa yang telah elok dibahagi-bahagikan semasa pembentukkan Persekutuan Malaya 1948 dan Perjanjian Malaysia pada 1963 dahulu. Sikap PERKASA dan NGO Melayu yang bersengkokol dalam demonstrasi menentang pindaan itu sangat memalukan perjuangan orang Melayu dan ini menunjukkan sifat bermuka-muka mereka dudah disedari rakyat bukan sahaja diSelangor tetapi juga seluruh Malaysia.

Sekarang UMNO tempang bila melaungkan slogan-slogan kedaulatan Raja-Raja lagi.Ini kerana UMNO hanya berpura-pura menghormati Raja-Raja semasa kes pengambilan alih kuasa diPerak 2 tahun dahulu dalam mana UMNO telah berselindung dicelah ketiap Sultan untuk mengelirukan rakyat. Sikap berdolak-dalik ini mulai difahami oleh ramai rakyat dan tentunya rakyat akan tahu bagaimana untuk bertindak semasa datangnya pilihanraya umum yang akan datang.

Dalam hal ini kerajaan Selangor telah berjaya membuktikan siapa yang berbohong dalam isu mendaulatkan Raja-Raja Melayu ini.

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Dizaman kegermilangan kesutanan Melayu Melaka apa yang tercatit didalam buku sejarah Melayu karangan Tunsrilanang telah menceritakan bagaimana kasih sayang dan kesetian rakyat baik dari pimpinan atasan seperti bendahara,laksamana,shahbandar,panglima-panglima dan tokoh-tokoh utama menumpah taat setia kepada sultan kecuali selekar kisah mengenai Hang Jebat mendehaka sultan Melaka(Sultan Mahmud) dan ditamat riwayatnya oleh HangTuah.Apa yang menariknya jika terjadi penderhakan oleh rakyat atau pimpinan atasan terhadap sultan jawapannya senang hukum bunuh seperti Tun Ali dan Tun Jana Khatib yang menerima nasib apa yang diceritakan oleh buku sejarah Melayu ini.Perdehakaan mereka bukan macam geng 20 baru-baru ini tetapi sebab menyinggung perasaan Sultan lalu menimbulkan kemurkaannya.Berbalik kepada penolakan wakil rakyat( UMNO) yang siang dan malam asyik berkokok memperjuangkan nasib orang Melayu dan Institusi raja-raja Melayu didalam dewan undangan negeri mengenai bab 52 perlembagaan negeri Selangor telah terselah sikap derhaka kepada sultan dan kesetiaan mereka kepada kedaulatan negeri Selangor boleh dipertikaikan.Jikalau geng 20 hidup dizaman pemerintahan Sultan Mahmud(lebih kurang 500 tahun yang lalu) dan bertindak demikian,apatah nasib tubuh badan mereka,entah ketimur entah kebarat.