
Mesyuarat Agung PAS Cawangan Ampang Pecah Kali Yang Ke12 telah berlangsung pada 20hb. Januari, 2011 Khamis jam 10.00 pagi. Bertempat di balairaya Lembah Bujang Ampang Pecah.Mesyuarat telah dirasmikan oleh NYDP PAS Kawasan Hj Muhamad Idris Bin Ahmad yang antara lain menekankan tentang peri pentingnya persediaan kekuatan pada Cawangan dalam menggarap tugas-tugas Pilihanraya di DUN Kuala Kubu Bharu yang mempunyai 14 Daerah Mengundi; yang 9 darinya terletak di bawah bidang kuasa Cawangan tersebut berserta PAS Cawangan Kg Kelapa dan PAS Cawangan Bandar Kuala Kubu Bharu. Pemilihan pucuk pimpinan baru untuk PAS
Cawangan telah berlansung dalam suasana yang baik yang menampakkan Hj Abdul Sukor Ali kekal sebagai Ketua Cawangan. Naib Ketua Cawangan pula disandang oleh Sdr Syed Hassan. Di dalam ucapan penggulungan Hj Abdul Sukor Ali meminta ahli memikul tanggungjawab bersama dan membantu beliau dalam memikul amanah yang berat ini memandangkan beliau menjawat pelbagai jawatan dalam Parti.
No comments:
Post a Comment