Inilah kata-kata kurang ajar dari bekas pelakon video luchah dan yang memburukkan keadaan MCA dan BN ialah beliau adalah Presiden MCA dan Ketua Komponen ke 2 Barisan Nasional terbesar "Apa yang HEBAT sangat dengan nilai Islam itu?" - Chua Soi Lek
Soi Lek nampaknya terus berkonfrontasi dalam membela kritikannya terhadap wanita Islam yang memilih untuk tidak berjabat tangan dengan yang berlainan jantina kerana ianya diharamkan di dalam Islam kecuali beralas atau memakai sarung tangan.
Sebelum ini pelakon luchah itu telah mempersendakan tindakan Calon PAS Cikgu Normala yang tidak berjabat tangan dengan jantina yang berlawanan dan membandingkannya dengan amalan yang sama yang dipraktikkan oleh Presiden PKR Dr Wan Azizah.
Pelakon porno itu juga telah berkata "Dia tidak akan datang ke sini (sebuah kuil China), dia bahkan tidak berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang hal ini.
"Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika ia berjabat tangan. Jika anda boleh menerima jenis nilai-nilai Islam ini , teruskan dan pilihlah PAS, "katanya.
Hal ini kemudiannya disambung pula oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Menteri Hal Ehwal Pengguna Tan Lian Hoe dari GERAKAN yang membidas Cikgu Normala dengan berkata amalan Normala itu adalah bukti bahawa PAS bertujuan untuk menubuhkan sebuah Negara Islam yang bercorak melampau.
"Ini adalah perkara yang paling asas ... Tidak hanya dengan laki-laki, tetapi ketika ia berjabat tangan dengan wanita, ia juga perlu memakai sarung tangan, " dakwa Tan yang dihadapannya ketika itu ialah Ismail Sabri menteri dijabatan itu.
"Ini tidak mesra.. ianya menggambarkan seolah-olah dia berfikir tangan kita ini kotor ... saya berharap para pengundi Cina berhati-hati (dengan negara-negara Islam) .. Kami amat bimbang tentang negara Islam. Mereka ingin menubuhkan sebuah negara pelampau Islam," tambahnya lagi..
Biarpun kenyataan dari pelakon porno itu telah menimbulkan reaksi keras dari umat Islam dari kedua-dua belah pihak dan ramai yang mengingatkannya tentang video lucah yang telah dilakonkan oleh pelakon porno itu pada tahun 2008 bahkan Muhyiddin juga telah meminta MCA agar menghentikan memainkan isu berkenaan negara Islam ini bagi memenangi hati pengundi Cina di Tenang.
Namun begitu pelakon porno itu dengan bongkaknya telah membakul sampahkan arahan Muhyiddin itu.
"Tidak ada keperluan untuk Timbalan Perdana Menteri atau media untuk mengingatkan hal ini kepada kami," marah pelakon porno itu seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
'Apa yang begitu Hebat? "
Tanpa memperdulikan kemarahan yang telah ditimbulkannya sebelum ini, pelakon porno itu tetap dengan pendiriannya, mengatakan tidak ada yang hebat tentang mengetahui nilai-nilai agama Islam.
"Jadi apa yang begitu hebat tentang itu Itu adalah nilai agama anda yang saya tidak tahu.. Bagaimana saya tahu tentang nilai-nilai agama itu sedangkan saya tidak mempraktikkan agama itu?"
"Saya punya hak untuk mengatakan bahawa hal itu sikap asas untuk berjabat tangan dengan orang ramai. Itu nilai-nilai saya .. Mengerti? Anda juga harus menilai nilai saya, yang sopan santun, yang meliputi soal berjabat tangan,"
Jadi sekarang apa yang kita telah lihat ialah pelakon porno ini semakin bongkak dan angkuh kerana beliau sedar tidak ada pihak yang berani mengambil sebarang tindakan terhadanya kerana beliau adalah Presiden MCA yang merupakan sekutu UMNO didalam Barisan Nasional.
Nampaknya kini segalanya telah terbalik.. dulu DAP sering dikaitkan sebagai parti Chauvinist Cina yang lantang menolak penubuhan Negara Islam, tetapi setelah mereka rapat dengan PAS mereka mula memahami Islam..
Kini MCA pula kelihatan seperti sebuah parti chauvinist Cina yang amat takutkan Negara Islam biarpun telah melebihi 50 tahun mereka telah bersama UMNO.
Apa yang jelas kepada kita ialah biarpun UMNO dan MCA telah bersama lebih dari 50 tahun, UMNO yang kononnya memperjuangkan Islam telah gagal memperkenalkan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam Islam kepada MCA.
Presiden MCA itu juga telah menunjukkan sikap bodoh sombongnya kerana tidak tahu tetapi tidak mahu bertanya..
Inilah hasil dari tarbiah UMNO? Didikan UMNO?
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
apa nilai apek celaka ni pada umco?. Sampai org umco seperti takde telur nak bagi warning kow kow kat apek celaka ni. Geng songkok tinggi mana....songkok je tinggi tapi otak dok paras lutut. Perkasa takat bagi teguran secara sopan, napa tak demo depan muka apek celaka tu terus?. Kalau bab hina umco, hina melayu(kononnya) hina istana(kononnya) korang bukan main lagi kedepan tapi bila Islam di hina oleh apek dan aso celaka ni, korang senyap...ptuihhhhhh!! Korang mmg melayu celaka yg hidup dgn hasil dari apek celaka ni...ptuihhhhh!!! LGE dtg korang bukan main lagi demo, jgn dengar cakap kafir tapi apek celaka tu korang siap tebas lalang buat jalan utk apek celaka ni berkempen berpesta hina Islam, ye hina Islam yg korang ngaku itu agama korang tapi korang boleh sokong apek tua tu hina agama korang...ptuihhhhhhh! Mana peginya pemuda UMNO yg saban tahun bergema di PWTC melaungkan slogan ketuanan melayu berpidato bersulamkan hadis dan Al Quran, memuja memuji pimpinan kamu sebagai khalifah dan sebagainya. Mana maruah korang mana jatidiri Islam korang....ptuihhhhh!! semoga Allah memberi petunjuk dan hidayat kepada korang semua sebelum malaikat maut dtg menjemput.
assalamualaikum
Teman sokong bubbinban,teman tambah sikit TELOR TAKDA KOT.
Post a Comment