Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, January 13, 2011

TERIMA JAM TANGAN HARGA RM30,000 RASUAH, HADIAH JAM TANGAN RM150,000 TAK RASUAH !

Dr Khir Toyo (Maaf pangkat Dato Seri dah diserah sementara kepada Sultan) pernah didakwa terima hadiah jam tangan berharga lebih RM150,000 semasa jadi Menteri Besar selangor lagi. Padahal etika kakitangan kerajaan tak boleh terima hadiah leboh-lebih lagi dengan harga melampau. Kes jam Dr Khir Toyo akhirnya tak dikira rasuah, tapi bagaimana kes Pengurus Besar Sime Darby yang terima jam tangan dengan harga lebih RM30,000? Benar kata DSAI , ada 2 undang-undang dalam Malaysia untuk caj kes yang sama dalam satu masa.Kalau orang biasa hanya beberapa gram dadah disabit kena hukum bunuh manakala polis yang mengambil berkilo dadah hanya dikenakan hukuman tatatertib.

Bekas pengurus besar Sime Darby hadapi tuduhan baru
TERKINI @ 03:20:43 PM 12-01-2011Oleh Melissa Chi January 12, 2011
KUALA LUMPUR, 12 Jan — Bekas Pengurus Besar Kanan Sime Darby Engineering Sdn Bhd di Pasir Gudang, Johor, Mohd Zaki Othman, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua pertuduhan rasuah.

Zaki didakwa meminta rasuah dan bersetuju menerima suapan berupa dua utas jam tangan berjenama berjumlah RM92,980 daripada seorang kontraktor.

Pada 3 Jan lalu, tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen, Johor Baharu terhadap dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM55,300 kerana membantu meluluskan dan mempercepatkan satu kontrak bernilai RM23.9 juta.

Selepas didakwa di sini, Mohd Zaki (gambar) dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan meminta suapan RM30,600 daripada seorang kontraktor bagi bayaran set perabot.

Bagaimanapun Zaki tidak mengaku salah di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah dan dibenarkan ikat jamin RM10,000.

Hakim juga mengarahkan kes itu dipindah dan dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen di sini.

Dalam prosiding di sini, bagi pertuduhan pertama Zaki, 49, didakwa meminta suapan berupa seutas jam tangan berjenama IWC berharga RM32,980 daripada seorang kontraktor (nama dirahsiakan) di Hour Glass Sdn Bhd, Lot G1, S.C Jalan Sultan Ismail, di sini, antara 1.30 hingga 2.30 petang, 13 Mac 2009.

Suapan itu sebagai dorongan membantu kontraktor berkenaan mendapatkan Surat Hasrat bagi projek kontrak kecil, Kumang & Tangga Barat Cluster Development Project (Fasa 1) oleh syarikat milik kontraktor itu yang mengendalikan kejuruteraan minyak dan gas.

Bagi pertuduhan kedua, Zaki, didakwa menyetuju terima suapan berupa jam tangan berjenama Hublot berharga RM60,000 daripada kontraktor yang sama, pada 10 pagi, 15 Mei 2009.

Suapan itu sebagai upah membantu melulus dan mempercepatkan tuntutan bayaran kemajuan berhubung kontrak ‘EPCIC for MOQ Package 16, BE Process and BG Utility Platforms’ di Sime Darby Engineering Sdn Bhd, Pasir Gudang dan projek kontrak kecil, Kumang & Tangga Barat Cluster Development Project (Fasa 1) oleh syarikat kontraktor itu.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Mohd Zaki didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 yang boleh dibaca bersama mengikut Seksyen 24 akta yang sama dan Seksyen 17(a) akta yang sama.

Akta itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Rozilah Salleh membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nik Azrin Zairin Nik Abdullah dan Hizwen Azleena Othman Kamal dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tertuduh diikat jamin RM20,000 bagi kedua-dua tuduhan itu dengan seorang penjamin.

Hizwen juga memohon kepada mahkamah bagi merahsiakan nama dan syarikat kontraktor berkenaan atas alasan individu tersebut akan dikemukakan sebagai saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 11 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Zaki diwakili oleh peguam, T. Vijaya Sandran.

Pada 21 Disember, bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin di Sime Darby Engineering Sdn Bhd, Mazhazmi Jamaludin, 36, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen yang sama, terhadap pertuduhan menerima RM200,000 berhubung pembabitannya dalam penjualan dan pembinaan tiga buah kapal tunda (barge) bernilai AS$134.2 juta (RM467.9 juta). — Bernama

No comments: