Komen : Kalau yang meragui dan sibuk nak korek perjumpaan Tok Guru Dato Nik Aziz ialah orang BN/UMNO memang tak hairanlah, tapi kalau orang PAS sendiri atau ahli Pakatan Rakyat sendiri maka elok hentikan. Kamu semua memang termakan tektik laga media BN. Kita harus ingat , Tok Guru pernah terkonteng-konteng jadi ahli Parlimen sorang. Dan sehingga hari ini beliau tak berganjak dari perjuangan kecualilah UMNO boleh meletakkan alquran sebagai perlembagaan dan rujukan dan amalan serta undang-undang.
Kalau nak berpaling tadah , dah lama dah. Tapi kerana perjuangan beliau bepaksikan Allah dan rasul maka sehinga kini dengan umurnya sekian banyak walau tak setua Tun Mahathir , beliau setia dengan perjuangan.
PERTEMUAN DI ISTANA - NIK AZIZ TEGAS DENGAN PRINSIPNYA SELAMA INI
Nik Aziz minta Pakatan tidak khuatir
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pemimpin Pakatan Rakyat dan ahli PAS supaya tidak bimbang mengenai pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di ibu negara baru-baru ini yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Nik Aziz berkata tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana beliau memperkatakan perkara yang sama dengan apa yang sering dikatakannya sebelum ini.
"Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, sikap saya sama saja sama ada bercakap di dalam atau di luar," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.
Katanya tidak timbul soal beliau perlu memberi penjelasan kepada penyokong-penyokong PAS dan Pakatan Rakyat bagi menjelaskan pendirian parti itu berhubung perjumpaan itu.
Sebelum ini, beliau menjelaskan, pertemuannya dengan Tuanku Mizan tiada kaitan dengan isu politik dan pemergiannya adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka Baginda.
Semalam, sebuah akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz akan memberikan penjelasan mengenai isu pertemuan '24 Disember' kepada pemimpin Pakatan Rakyat dalam tempoh sehari dua lagi bagi mengelak spekulasi terus berlegar./Malaysiakini
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
1 comment:
setuju, memang bingai siapa yang ragu dengan tgna.
cuma bingai dengan mereka yang cuba gambarkan/kaitkan kehadiran tgna di istana dengan UG.
Post a Comment