TAPAH, 17 Jan — Enam daripada 35 pelajar perempuan Universiti Institusi Teknologi Mara (UiTM) Arau mengalami cedera ringan selepas bas yang mereka naiki terbabas dan tercampak ke dalam longkang di tepi lebuhraya KM334.1 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini pagi ini.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek Amad berkata pemandu bas itu bersama pembantunya turut mengalami cedera ringan dalam kejadian pada kira-kira pukul 4.15 pagi itu.
Beliau berkata semua mangsa yang cedera berusia dalam lingkungan 20-an diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tapah dan mereka dibenarkan keluar tengah hari tadi.
“Ketika kejadian, semua pelajar itu dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Arau, Perlis, selepas menghadiri program usahawan pintar di Dewan MCA, Jalan Ampang, anjuran koperasi Shamelin semalam,” katanya di sini hari ini.
Roslan berkata bas itu dikatakan gagal dikawal semasa tiba di tempat kejadian lalu terbabas sebelum tercampak ke dalam longkang di tepi lebuh raya berkenaan, dan semua pelajar itu menaiki bas gantian untuk pulang ke UiTM tengah hari tadi.— Bernama
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment