Secangkir Teh di Simpang Tiga Sg. Manik
1. Bang Riffin, imam surau Simp. 3 duduk mengirup teh manis sendiri di kedai Kak Leha. Sudah lama aku tidak ke kedai minum ini. Sudah lebih empat tahun. Kuih muihnya banyak. Dulu semasa aku tinggal di Taman Manik, selalu juga ke sini untuk cari kuih buat sarapan pagi.
2. Seperti biasa macam dulu, bang Riffin yang jauh berpengalaman tentang politik akan bersyarah. Aku memang pendengar yang setia. Setuju atau tidak. Aku tetap dengar. Barangkali sebab itu, dia selalu bercerita tentang politik dulu-dulu pada aku setiap kali kami bertemu. Sudah lama tak jumpa, maka bercurah-curahlah idea yang terpendam selama ini diberikan kepada aku.
3. 'Kau cuba tengok. Dulu masa pilihanraya pertama lepas merdeka (1959), orang Cina yang mengundi jauh lebih kecil dari sekarang. Samalah dengan jumlah menteri dari kalangan orang Cina. Orang Melayu sekarang takut DAP akan perintah Malaysia. Takut jadi macam Singapura.' Bang Riffin mulakan mukadimah syarahan pagi Isnin.
4. 'Aku tak da lah angkanya. Cuba kau cari' Satu assignment untuk aku! 'Dulu aku simpan tapi la ni entah hilang kat mana'. Tambahnya lagi.
5. Sekarang ni, orang Cina dah takut dengan PAS. Mereka yakin dengan PAS berbanding dengan UMNO, MCA. Malah mereka lebih yakin PAS daripada PKR dan DAP! Cuma sekarang Melayu masih terus ditakut-takutkan dengan DAP. Macamlah DAP itu teruk, jahat dan memusuhi Melayu. Aku mengangguk-angguk sahaja sambil menghirup teh yang sangat-sangat manis tu. Susu pekat manisnya setengah inci! Bismilah lah banyak-banyak semoga dielakkan daripada kencing manis.
6. Sekarang ni, orang Melayu mahu PAS tak payah-payah kongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Takut kepentingan orang Melayu terhakis. Kita mahu PAS melaksanakan Islam. Melayu didaulatkan. Kalau macam itu, aku sokong PAS! Bang Riffin kata itulah statement dari perbualan orang-orang Melayu di pasar. Aku diam.
7. Bagus juga tu. kalau PAS lone ranger untuk dapatkan kuasa tapi soalnya dimana logiknya pendekatan itu boleh dilakukan. Hampir mustahil.
8. Mencipta-cipta metos (kemustahilan) politik hanyalah helah untuk mengekalkan kuasa. Aku berfikir sendiri sewaktu memandu pulang selepas bersembang dengan Bang Riffin. Lagu Maher Zain menenggelamkan lamunan aku.
POSTED BY MUHAIMIN SULAM
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment