Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, January 30, 2011

INSYALLAH & BARAKALLAH HUJAN IRINGI KEMENANGAN MALA



LABIS, 30 Jan — Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang hari ini berlangsung dalam hujan lebat sejak awal pagi. Ekoran cuaca buruk ini dijangka 14,753 pengundi dan 18 pebgundi pos di kawasan itu dijangka akan menghadapi kesukaran untuk keluar mengundi terutamanya di kawasan kampung dan ladang.Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tigaFelda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Selepas pusat mengundi ditubuh, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.
Jika keadaan ini berterusan, peratusan keluar mengundi dijangka kurang 50 peratus. Tinjauan The Malaysian Insider mendapati beberapa kawasan petempatan penduduk dinaiki air, malah jalan keluar dilalui penduduk juga tidak dapat digunakan.
Di pusat-pusat mengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan pengundi membawa masuk payung sebaliknya hanya boleh menggunakan payung agensi kerajaan itu.
Walaupun hujan, penyokong kedua-dua parti tetap meneruskan usaha meraih undi daripada pengundi. Sementara itu Pegawai Pengurus Pilihan Raya Md. Asri Amir ketika dihubungi berkata keadaan masih lagi terkawal walaupun hujan lebat.
“Keadaan di sini (Tenang) masih lagi ok, tiada masalah. “Pusat-pusat mengundi bebas dari banjir,” katanya.
Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala Sudirman, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.
Semalam Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meminta supaya pengundi di DUN Tenang agar menunaikan tanggungjawab mereka pada sebelah pagi bagi mengelakkan hujan lebat yang dijangka berlaku pada sebelah petang.
Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca pagi ini mendung manakala hujan lebat pada sebelah petang. Abdul Aziz berkata semua 12 pusat yang mempunyai 32 saluran mengundi adalah selamat daripada kemungkinan dilanda banjir kerana terletak di tempat tinggi.

No comments: