Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, January 25, 2011
CALON UMNO ADA KES ! HANCUR UMNO/BN
Calon BN Ada Rekod Mahkamah
LABIS 25 JAN: PAS hari ini mendedahkan bukti calon Barisan Nasional(BN) terlibat dalam kes mahkamah berhubung lelongan tanah di Segamat pada tahun 2003.
Tambahnya, Azahar Ibrahim sebelum ini telah disaman pada 2004 oleh pemilik tanah Mansor Mohamad di Mahkamah Tinggi Muar berikutan melelong tanah milik tanpa kebenaran pemilik.
Pengarah Pilihanraya Kecil PAS DUN Tenang, Salehuddin Ayub berkata kecuaian calon BN itu membuktikan beliau tidak seharusnya diberi mandat membela nasib rakyat di kawasan itu.
"Bukankah kerana kecuaian dan kelalaian calon Umno selaku Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segambut telah mengakibatkan hartanah Mansor Mohamad telah dengan tidak sah dilelong pada 1/12/2003 dengan harga RM 70 ribu," kata beliau dalam sidang media pagi tadi.
Salehuddin turut mempersoalkan isu integriti calon yang diketengahkan BN.
"Pendedahan ini menunjukkan bahawa sejak dari awal Umno dengan sengaja menyembunyikan fakta kerana sedar rakyat akan menolak calon Umno itu," jelasnya lagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang, Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN meninggal pada 17 Disember lalu akibat masalah kesihatan.
Sulaiman mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang pada pilihan raya umum 2008 dan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
BN memenangi 50 kerusi DUN di Johor pada pilihan raya umum 2008 sementara DAP empat kerusi dan PAS dua kerusi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
itu bukan kecuaian.. berdasarkan Kanun Tanah Negara, ADO melakukan mengikut prosedur. Pemilik tanah mempertikaikan notis siasatan tidak diterima oleh beliau. Itu sahaja. Menulis fakta dan fitnah adalh 2 perkara yang berbeza.
Yalah tu , kami rakyat Tenang dianggap bodoh termasuk rakyat Johor .Kamu cakap apa sajer nak sedapkan hati .Abis pasal calon dari Segamat ke Rengit ? ikut prosidur juga?
dia pindah rengit kerana naik pangkatlah.. bodoh... ikut gred.... naik gred....
kalo x tau, jgn fitNh. Dosa Besar...
Post a Comment