Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, October 18, 2010

KALAU SABIT MEMANG TIGA-TIGA BUNGKUS DAN BOLEH DILUPUS TERUS

1, NST 2. UM 3. BH
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan Khamis depan bagi keputusan kes seorang pengurus pemasaran produk yang memfailkan saman fitnah RM18 juta terhadap media berkaitan laporan kes bunuh eksekutif pemasaran Noritta Samsuddin.

Mikko Kauko Johannes Jarva, 35, warga Finland, memfailkan saman terhadap beberapa syarikat akhbar dan editor mereka berhubung penyiaran artikel serta gambarnya dalam laporan kes bunuh Noritta kira-kira tujuh tahun lepas.

Pada 9 April 2004, Jarva menamakan New Straits Times Press, New Straits Times Sdn. Berita Harian Sdn. Bhd., Utusan Melayu Berhad dan beberapa wartawan sebagai defendan-defendan.

SEDIKIT CETUSAN DIVIDEN & BONUS ZAMAN KHIR TOYO







Permodalan Negeri Selangor Berhad, yang dimiliki oleh Perbadanan Menteri Besar Selangor, penuh dengan dakwat merah (rugi). Tetapi itu tidak menghalang mereka
dari menganugerahkan kedudukan Pengerusi, Pengarah, kakitangan pengurusan, juga
kakitangan eksekutif dan bukan eksekutif, pakej pelancongan mencecah jutaan ringgit. Dan semua ini berlaku tahun demi tahun hinggalah syarikat itu tak tentu arah.

PADAH ASYIK DEDAH KES LIWAT, LANSUNG LEWAT



KUALA LUMPUR – Para penonton TV1 yang menunggu siaran Berita Nasional TV1 yang sepatutnya disiarkan pada pukul 8 malam tadi terkejut apabila siaran berita itu terlewat dan hanya dimulakan 12 minit kemudian.

Kelewatan yang agak lama itu menimbulkan kehairanan banyak pihak terutama peminat setia siaran Berita Nasional yang disiarkan oleh RTM kerana biasanya ia ke udara tepat pada pukul 8 malam.Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya berkata, beliau masih belum menerima laporan lengkap mengenai kelewatan itu.

“Saya diberitahu tentang kelewatan itu semasa permulaan siaran dan mengarahkan supaya perkara itu diatasi segera,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Beliau kini berada di Tokyo, Jepun. Ibrahim berkata, beliau belum pasti punca sebenar yang mengakibatkan kelewatan siaran tersebut tetapi memberi jaminan akan menyiasat masalah itu.

Mungkin ini sebahagian rotes sebab tak dapat bonus kot. Mungkin Betul.
Walaubagaimanapun RTM mungkin selamat sebab ramai yg tak perasan mengenai kelewatan berita RTM. Kecuali yang baca dari internet. Itu sebab Internet superb!
Tambahan lagi ramai dari kita setia dengan buletin utama TV3? atau tengok astro jer.

Banyak kelemahan didalam sistem penyiaran RTM. Walaupun boleh dikatakan RTM memiliki sistem yang setanding dengan negara luar, tetapi penyelarasan dan pengunaannya terbatas.
Jurutera RTM tidak benar benar fasih tentang kejuruteraan penyiaran kebanyakan mereka datang dari kejuruteraan elektronik.
Kami PR tak hairan dengan hal kelewatan berita RTM?? RTM ni memang memualkan. Semua rancangan terbitannya kelihatan ketinggalan zaman dari segi audio visual, prop, set studio dan kualiti suara yang memualkan terutama bila iklan mula dikeudarakan,bila commercial break di RTM ni, suaranya tiba2 macam menjerit sehingga boleh mengejutkan orang yang sedang tidur, tapi tak usahlah kita menegur RTM kerana mereka semua lebih handal dan lebih bijak dari orang lain, kalau malu nak belajar dari MEDIA PRIMA, belajarlah dari AWANI yang baru setahun jagung dalam dunia penyiaran tapi lebih maju kehadapan dalam mutu penyiarannya. Rais pula sibuk dengan masalah peribadinya yang tak sudah2. Kesian RTM......

TIBA-TIBA DI PRK GALAS ADA PULA RM UNTUK UMNO GALAS

Dakwaan PAS bahawa Umno telah membuat janji 'projek MEE segera' di Galas adalah ADALAH benar(Teman yang kata) kerana Projek Perumahan Rakyat yang diumumkan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini sudah lama diluluskan kerajaan pusat TAPI kenapa pula akan diumumkan pada 24 Oktober 2010. Sepatutnya masa ini masa PM atau Ahli Parlimen Gua Musang resmikan.

"Tunggulah pengumuman Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mengenai projek perumahanbernilai RM300,000,000 itu di Galas pada 24 Okt ini. Tidak semua yang kita umumkan itu adalah segera dan mungkin apa yang kita umumkan itu sudah lama dalam perancangan atau sudah diluluskan.

USUL BERBISA HARI SELASA


Nantikan usul berbisa dari orang asal Selasa ini di Parlimen.
Tujuan Resolusi :

Adapun kami mewakili Masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia mengemukakan Resolusi ini adalah untuk:

1. Menggesa Pakatan Rakyat membawa Usul Tergempar di Dewan Rakyat meminta agar dibincangkan mengenai tuntutan Masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia supaya ditambah perkataan Orang Asli di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang pada masa sekarang hanya mengiktiraf orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak sahaja.

2. Adapun takrifan Perlembagaan Persekutuan yang ada pada hari ini langsung tidak meletakkan Masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia pada kedudukan yang sepatutnya sebagai penduduk asal di negara ini.

Di sini kami ingin menarik perhatian Yang Berhormat Dato’ Seri mengenai cadangan Masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia kepada Pakatan Rakyat:

Dengan sebulat-suara kami menyeru Kerajaan Persekutuan (di bawah pimpinan Pakatan Rakyat selepas kejayaan menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum Ke 13) dan Kerajaan-Kerajaan Negeri mengambil perhatian bagaimana untuk memberikan pengiktirafan dan perlindungan secara rasmi terhadap tanah adat Masyarakat Orang Asli.

1. Pemberian hak milik tanah secara individu kepada setiap keluarga Masyarakat Orang Asli, meliputi sebidang tanah pertanian seluas 10 ekar, tapak rumah ¼ ekar dan tanah dusun 1 ekar sepertimana rancangan FELDA.

2. Pewartaan bahagian tanah komunal oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri berkenaan, seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang sepertimana yang diperuntukan di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara.

3. Pewartaan bahagian tanah Orang Asli di bawah Akta Orang Asli 134 Tahun 1954, dengan kebebasan yang tiada had masa serta tanpa sekatan ke atas hak-hak untuk mencari sumber makanan melebihi kawasan bahagian tanah komunal yang telah diwartakan.

4. Dalam kes-kes berkecuali, iaitu yang berhubung-kait dengan Masyarakat Orang Asli yang hidup secara nomad atau separa nomad, yang merupakan kumpulan Orang Asli yang paling mudah terjejas. Maka peruntukan hak untuk mencari sumber makanan dengan bebas yang tiada had masa serta tanpa sekatan (selari dengan peluang yang lebih besar bagi mendapatkan pendidikan, bimbingan vokasional ke arah melestarikan sara hidup mereka).

5. Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Pakatan Rakyat hendaklah membuat kajian tentang kegagalan peranan dan fungsi Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA) selama ini. Kita sedia maklum pada masa kini sekitar 10% ke 15% sahaja perjawatan di dalam JHEOA diisi dari kalangan Masyarakat Orang Asli itupun sekadar perkhidmatan sokongan seperti pemandu dan buruh sahaja. Justeru, di bawah pimpinan Pakatan Rakyat, pengisian perjawatan Pegawai-Pegawai JHEOA hendaklah diisi oleh Masyarakat Orang Asli sehingga 80%.

6. Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Pakatan Rakyat hendaklah menjadikan Sambutan Hari Orang Asal Sedunia pada setiap tanggal 8 Ogos sebagai Cuti Umum bagi Persekutuan dan diraikan di seluruh Malaysia. Mencontohi semangat yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor hari ini.

7. Meminta Pakatan Rakyat supaya memberi peluang kepada pemimpin NGO Masyarakat Orang Asli bertanding di kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri dan kerusi-kerusi Parlimen menggunakan logo Pakatan Rakyat di dalam kawasan-kawasan yang mempunyai bilangan pengundi Orang Asli yang besar.

8. Sistem kouta hendaklah diberikan kepada Masyarakat Orang Asli untuk memasuki IPTA, MRSM, Sekolah Berasrama Penuh dan perkhidmatan Awam.

9. Menyeru Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Kelantan (yang mempunyai bilangan Masyarakat Orang Asli yang besar) yang kini di bawah pimpinan Pakatan Rakyat agar melantik pemimpin NGO Masyarakat Orang Asli sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) serta melantik pemimpin NGO Masyarakat Orang Asli sebagai Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan.

10. Menyeru pimpinan Pakatan Rakyat samada di peringkat Parlimen mahupun di peringkat Dewan Undangan Negeri agar melantik Pegawai Khas dari Masyarakat Orang Asli bagi menjaga hal-ehwal masyarakat ini di kawasan masing-masing.

WAHAI MB JOHOR, RAKYATMU BUKAN UMNO SAJER!


Penyewa-penyewa kedai di alamat 1-B, Lorong 2, sebelah panggung Wayang Iswaria, Jalan Dato’ Toh Ah Boon seramai enam orang telah diberi arahan lisan keluar daripada premis masing-masing oleh pihak Johor Corporation, anak syarikat Kerajaan Negeri Johor. Mereka telah menyewa di premis tersebut sejak 40 tahun yang lalu. Selama tempoh masa tersebut mereka telah sama-sama membangunkan kawasan tersebut daripada kampung kepada sebuah kawasan perniagaan Pekan Tampoi yang dikenali ramai sehingga kini. Kumpulan peniaga ini telah menyerahkan rayuan kepada Dato’ Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor pada hari khamis 14hb Oktober 2010 jam 11 am. Pihak Menteri Besar Johor telah di wakili oleh En. Ahmad Nazir Bin Mohd Nasir, Setiausaha Pembangunan Pejabat Menteri Besar Johor.
Rayuan mereka adalah :
Membenarkan mereka berniaga di kawasan ini sehingga bulan Febuari 2011. Tempoh ini dipohon kerana mereka akan menyambut perayaan tahun baru Cina pada awal bulan Februari 2011. Perpindahan selepas tahun baru Cina akan mengurangkan tekanan dan memberi peluang kepada mereka untuk mencari tempat altenatif.
Bagi mengurangkan bebanan pihak mereka dan menghargai sumbangan mereka yang telah sama-sama membangunkan kawasan ini maka adalah sangat wajar mereka diberi pengecualian sewaan dalam tempoh peralihan ini iaitu di antara Oktober 2010 – Februari 2011.
Mereka juga pernah ditawarkan secara lisan daripada pihak Syarikat Johor Corporatian saguhati perpindahan sebanyak RM1,500 bagi sebuah kedai. Mereka memohon jasa baik pihak Kerajaan Negeri Johor dapat memberi bantuan saguhati perpindahan selayaknya bagi memudahkan proses perpindahan tersebut.
Mereka memohon kepada pihak kerajaan agar memberi keutamaan kepada mereka untuk menyewa atau membeli lot-lot kedai yang akan dibangunkan selepas ini.
Sebelum ini mereka telah menandatangani beberapa dokumen pihak Johor Coperation tanpa kerelaan mereka kerana mereka tidak mengetahui isikandungannya. Mereka telah diasak menandatangani dokumen tersebut dengan segera. Malah pegawai terbabit telah memberi amaran agar jangan berhubung dengan pimpinan PAS dan DAP untuk menyelesaikan masalah tersebut.

oleh SUHAIZAN BIN KAIAT