Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, October 18, 2010

USUL BERBISA HARI SELASA


Nantikan usul berbisa dari orang asal Selasa ini di Parlimen.
Tujuan Resolusi :

Adapun kami mewakili Masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia mengemukakan Resolusi ini adalah untuk:

1. Menggesa Pakatan Rakyat membawa Usul Tergempar di Dewan Rakyat meminta agar dibincangkan mengenai tuntutan Masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia supaya ditambah perkataan Orang Asli di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang pada masa sekarang hanya mengiktiraf orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak sahaja.

2. Adapun takrifan Perlembagaan Persekutuan yang ada pada hari ini langsung tidak meletakkan Masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia pada kedudukan yang sepatutnya sebagai penduduk asal di negara ini.

Di sini kami ingin menarik perhatian Yang Berhormat Dato’ Seri mengenai cadangan Masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia kepada Pakatan Rakyat:

Dengan sebulat-suara kami menyeru Kerajaan Persekutuan (di bawah pimpinan Pakatan Rakyat selepas kejayaan menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum Ke 13) dan Kerajaan-Kerajaan Negeri mengambil perhatian bagaimana untuk memberikan pengiktirafan dan perlindungan secara rasmi terhadap tanah adat Masyarakat Orang Asli.

1. Pemberian hak milik tanah secara individu kepada setiap keluarga Masyarakat Orang Asli, meliputi sebidang tanah pertanian seluas 10 ekar, tapak rumah ¼ ekar dan tanah dusun 1 ekar sepertimana rancangan FELDA.

2. Pewartaan bahagian tanah komunal oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri berkenaan, seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang sepertimana yang diperuntukan di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara.

3. Pewartaan bahagian tanah Orang Asli di bawah Akta Orang Asli 134 Tahun 1954, dengan kebebasan yang tiada had masa serta tanpa sekatan ke atas hak-hak untuk mencari sumber makanan melebihi kawasan bahagian tanah komunal yang telah diwartakan.

4. Dalam kes-kes berkecuali, iaitu yang berhubung-kait dengan Masyarakat Orang Asli yang hidup secara nomad atau separa nomad, yang merupakan kumpulan Orang Asli yang paling mudah terjejas. Maka peruntukan hak untuk mencari sumber makanan dengan bebas yang tiada had masa serta tanpa sekatan (selari dengan peluang yang lebih besar bagi mendapatkan pendidikan, bimbingan vokasional ke arah melestarikan sara hidup mereka).

5. Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Pakatan Rakyat hendaklah membuat kajian tentang kegagalan peranan dan fungsi Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA) selama ini. Kita sedia maklum pada masa kini sekitar 10% ke 15% sahaja perjawatan di dalam JHEOA diisi dari kalangan Masyarakat Orang Asli itupun sekadar perkhidmatan sokongan seperti pemandu dan buruh sahaja. Justeru, di bawah pimpinan Pakatan Rakyat, pengisian perjawatan Pegawai-Pegawai JHEOA hendaklah diisi oleh Masyarakat Orang Asli sehingga 80%.

6. Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Pakatan Rakyat hendaklah menjadikan Sambutan Hari Orang Asal Sedunia pada setiap tanggal 8 Ogos sebagai Cuti Umum bagi Persekutuan dan diraikan di seluruh Malaysia. Mencontohi semangat yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor hari ini.

7. Meminta Pakatan Rakyat supaya memberi peluang kepada pemimpin NGO Masyarakat Orang Asli bertanding di kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri dan kerusi-kerusi Parlimen menggunakan logo Pakatan Rakyat di dalam kawasan-kawasan yang mempunyai bilangan pengundi Orang Asli yang besar.

8. Sistem kouta hendaklah diberikan kepada Masyarakat Orang Asli untuk memasuki IPTA, MRSM, Sekolah Berasrama Penuh dan perkhidmatan Awam.

9. Menyeru Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Kelantan (yang mempunyai bilangan Masyarakat Orang Asli yang besar) yang kini di bawah pimpinan Pakatan Rakyat agar melantik pemimpin NGO Masyarakat Orang Asli sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) serta melantik pemimpin NGO Masyarakat Orang Asli sebagai Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan.

10. Menyeru pimpinan Pakatan Rakyat samada di peringkat Parlimen mahupun di peringkat Dewan Undangan Negeri agar melantik Pegawai Khas dari Masyarakat Orang Asli bagi menjaga hal-ehwal masyarakat ini di kawasan masing-masing.

1 comment:

Anonymous said...

How nice and what a superb proposal!