
KUALA LUMPUR – Para penonton TV1 yang menunggu siaran Berita Nasional TV1 yang sepatutnya disiarkan pada pukul 8 malam tadi terkejut apabila siaran berita itu terlewat dan hanya dimulakan 12 minit kemudian.
Kelewatan yang agak lama itu menimbulkan kehairanan banyak pihak terutama peminat setia siaran Berita Nasional yang disiarkan oleh RTM kerana biasanya ia ke udara tepat pada pukul 8 malam.Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya berkata, beliau masih belum menerima laporan lengkap mengenai kelewatan itu.
“Saya diberitahu tentang kelewatan itu semasa permulaan siaran dan mengarahkan supaya perkara itu diatasi segera,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Beliau kini berada di Tokyo, Jepun. Ibrahim berkata, beliau belum pasti punca sebenar yang mengakibatkan kelewatan siaran tersebut tetapi memberi jaminan akan menyiasat masalah itu.
Mungkin ini sebahagian rotes sebab tak dapat bonus kot. Mungkin Betul.
Walaubagaimanapun RTM mungkin selamat sebab ramai yg tak perasan mengenai kelewatan berita RTM. Kecuali yang baca dari internet. Itu sebab Internet superb!
Tambahan lagi ramai dari kita setia dengan buletin utama TV3? atau tengok astro jer.
Banyak kelemahan didalam sistem penyiaran RTM. Walaupun boleh dikatakan RTM memiliki sistem yang setanding dengan negara luar, tetapi penyelarasan dan pengunaannya terbatas.
Jurutera RTM tidak benar benar fasih tentang kejuruteraan penyiaran kebanyakan mereka datang dari kejuruteraan elektronik.
Kami PR tak hairan dengan hal kelewatan berita RTM?? RTM ni memang memualkan. Semua rancangan terbitannya kelihatan ketinggalan zaman dari segi audio visual, prop, set studio dan kualiti suara yang memualkan terutama bila iklan mula dikeudarakan,bila commercial break di RTM ni, suaranya tiba2 macam menjerit sehingga boleh mengejutkan orang yang sedang tidur, tapi tak usahlah kita menegur RTM kerana mereka semua lebih handal dan lebih bijak dari orang lain, kalau malu nak belajar dari MEDIA PRIMA, belajarlah dari AWANI yang baru setahun jagung dalam dunia penyiaran tapi lebih maju kehadapan dalam mutu penyiarannya. Rais pula sibuk dengan masalah peribadinya yang tak sudah2. Kesian RTM......
No comments:
Post a Comment