Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, April 19, 2010

KATA-KATA ZUL KULIM JADI SAMPAH KEMPEN



Pagi tadi teman nak pergi kerja terjumpa cd-cd haram BN ini bersepah di tepi pintu pagar teman dan jiran-jiran di Taman Anggerik Bukit Sentosa 2.Ramai kecewa tapi teman tak layan kerana tiada cd Presiden MCA yang baru.

Rasanya YB Zul Kulim kena tuntut royalti keluaran CD ini yang menggunakanya kata-kata beliau.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang dipecat PKR bulan lalu menafikan akan terlibat dalam kempen membantu Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Zulkifli berkata, sebagaimana telah dimaklumkan sebelum ini kepada The Malaysian Insider beliau tidak akan berada dalam negara ketika tempoh pilihan raya Hulu Selangor dan oleh itu tidak timbul soal akan turun berkempen.
“Saya secara khusus, secara peribadi telah memaklumkan kamu bahawa saya tidak akan terlibat dalam dan tidak akan pergi ke Hulu Selangor sempena pilihan raya kecil sama ada bagi BN ataupun Pakatan Rakyat kerana saya akan berada di luar negara mengikuti lawatan kerja ke Amerika Syarikat dan Emiriah sehingga seawal 25 April (Ahad ini),” kata beliau dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.
Beliau kini berada di New York.
Memetik sumber laporan The Malaysian Insider hari ini menyebut tiga Ahli Parlimen iaitu wakil rakyat Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, Datuk Zahrain Hashim (Bayan Baru) dan Zulkifli akan menyertai kempen membantu Umno-BN.
Ibrahim mengesahkan beliau sendiri akan mengadakan ceramah perdana pada Jumaat selain menyertai Perhimpunan Pemuda Patriotik Hulu Selangor esok.
Zulkifli sebelum ini pernah memaklumkan bahawa beliau tidak akan menyertai aktiviti sedemikian kerana kesibukan dengan urusan lain termasuk lawatan ke Washington.
Malah Zulkifli berkata, beliau juga mahu kekal sebagai wakil rakyat Bebas dan kelihatan Bebas.
“Jadi tidak timbul soal saya akan berkempen untuk BN atau PKR,” katanya.
“Malah, saya juga secara peribadi ada memaklumkan anda bahawa jika pun saya ada di Malaysia, saya tidak akan melibatkan diri saya dengan pilihan raya untuk menyokong BN dan Pakatan Rakyat,” kata beliau.
“Saya juga secara peribadi memaklumkan jika saya mahu membuat apa-apa komen berkaitan dengan pilihan raya kecil, ia adalah penilaian bebas saya dan tidak berkaitan dengan mana-mana pihak,” katanya lagi

FOTO CERAMAH DI MARKAS BUKIT SENTOSA 2 , SEBELUM YB NIZAR & YB AMRI BERUCAP


Alhamdulillah malam tadai suasana Jalan Seroja 1 di bukit sentosa 2 meriah dengan pelbagai peniaga membuka perniagaan seperti pesta lagaknya.Mudahan banyak rezeki yang diperolehi.


Syukur kepada Allah yang mengurniakan bantuan dari PAS Kawasan Subang dan PAS Negeri Sembilan dan PAS Dewan Ulama dalam menjayakan ceramah Kempen Induk Pilihanraya Hulu Selangor malam tadi.







Terliur teman melihat ramai menjamu selera sementara mendengar ceramah awal dan menantikan penceramah YB Nizar.

Terdapat sarang BN dibina bersebelahan markas kami.Inilah tektik Ali Rustam cuba menganngu dan kununya cuba menyaingi kempen kami.

MENDENGAR AMANAT & PESANAN TOK GURU DATO SERI DI MARKAS KASTURI



Markas Pakatan Rakyat ini berhadapan dengan Markas Besar BN berhampiran Masjid As-Salam Bukit Sentosa, Hulu Selangor

Tok Guru DS Hadi tenang menyampaikan amant dan nasihat walaupun dalam keadaan hujan lebat dan api letrik terputus.



MCA DULU SOKONG ZAID BANTAH AKTA ISA, SEKARANG SOKONG KAMAL PRO ISA

Naib Setiausaha Penerangan DAP, Teo Nie Ching meminta agar MCA memberi penjelasan - Mengapa menyokong Zaid Ibrahim untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada seketika dahulu, tetapi kini pula berhempas pulas untuk menyingkirkan suara hati dalam arena politik ini?

Pada 12 September 2008, ketika Teresa Kok (EXCO Senior Selangor), Raja Petra Kamaruddin (blogger) dan Tan Hoon Cheng (wartawan Sin Chew Daily) ditangkap di bawah ISA, pimpinan MCA ketika itu seperti Chua Soi Lek (kini Presiden), Donald Lim Siang Chai (kini Naib Presiden), Gan Peng Sieu (kini Naib Presiden) telah tampil ke depan, dan dengan lantangnya bersuara untuk keadilan, menyatakan sokongan kepada pendirian Zaid Ibrahim untuk memansuhkan ISA.

Menurut laporan media, tiga orang pemimpin ini menyatakan pendirian untuk berganding bahu bersama Zaid Ibrahim pada 16 September 2008:

"Keadilan itu melewati kepartian, penahanan tanpa bicara adalah tidak adil, BN harus mengarahkan agar ISA dimansuhkan." (Blog peribadi Chua Soi Lek pada 16 September 2008)

"Saya menggesa agar kerajaan mengkaji dan memansuhkan ISA dengan segera, malah saya menyokong dan memuji pendirian Menteri Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim, iaitu menggesa agar kerajaan membebaskan Teresa Kok dan Raja Petra Kamaruddin, dan menggunakan saluran perundangan yang lain untuk menyelesaikan kes ini. (Donald Lim, laporan Malaysiakini, 16 September 2008)

"Pemuda MCA akan menyokong sepenuhnya pendirian Zaid Ibrahim dalam isu ISA, malah menyeru agar pihak berkenaan mengkaji semua undang-undang preemption." (Gan Peng Sieu, laporan Sinchew Daily, 16 September 2008)

Teo Nie Ching (ganbar kiri) menggesa agar pemimpin MCA memberi penjelasan dalam tempoh 48 jam - Mengapa mereka menyokong sepenuhnya Zaid Ibrahim pada ketika itu, namun kini pula mengerah tenaga ahli MCA di Hulu Selangor, untuk menyokong calon MIC yang mengangguk kepada ISA, dan bermusuhan dengan Zaid Ibrahim?

Teo Nie Ching menegaskan, seandainya Chua Soi Lek, Donald Lim dan Gan Ping Sieu gagal memberi penjelasan dalam masa 48 jam, maka MCA seharusnya menarik diri tanpa syarat dari kempen untuk BN, keluar dari Hulu Selangor, untuk membuktikan bahawa pendirian MCA dalam pemansuhan ISA dan sokongan terhadap Zaid Ibrahim berkekalan!

*Teo Nie Ching ialah Naib Setiausaha Penerangan DAP merangkap ahli parlimen Serdang. Diterjemah dari kenyataan asal dalam bahasa Cina.

TENTU SPR JAWAB KENAPA TAK SEMAK ? JAWAPAN BANGANG SPR

SIAPA PUNYA KERJA?
Komen : SPR sewajarnya tunjuk bukti pengundi mahu ditukar tempat pengundi.Jangan SPR guna 7 hari semakan SPR daftar suku untuk mengkonfemkan apa yang ada dalam buku daftar selepas 7 hari tersebut.

HULU SELANGOR 18 APR: Seorang pengundi Parlimen Hulu Selangor hari ini membuat pendedahan kepada TV Selangor mengenai namanya yang secara tiba-tiba dipindahkan ke Parlimen Selayang tanpa pengetahuannya.

"Nama saya Mohd Ali bin Ismail, No kad pengenalan 600902-05-5557, mendaftar di Sungai Choh. Saya di luar pengetahuan saya dipindahkan tempat mengundi. Saya semak tadi, nama saya sudah dipindah ke Selayang.

"Alamat saya di Batang Kali, semua di Batang Kali. Selama ini saya mengundi di Sekolah Kampung Tanjung Sungai Choh," katanya yang turut bercadang membuat aduan polis berikutan perkara itu.
Beliau mengadu kepada krew TV Selangor yang sedang membuat liputan di program Karnival Spies di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu, petang ini.
Sebelum ini, Mohd Ali tiga kali mengundi di DUN Batang Kali dan terkejut dipindah ke Parlimen Selayang ketika apabila menyemak daftar pemilih SPR hari ini sedangkan beliau langsung tidak ada harta, rumah ataupun keluarga di Selayang.

"Bukan sekali tapi tiga kali saya mengundi di Kampung Tanjung, tiba-tba saya dipindahkan di Selayang. Saya mahu tahu kenapa saya dipindahkan ke Selayang," katanya.

"Saya minta ditukarkan saya kembali ke alamat saya di Batang kali. Rumah saya, isteri saya..semua di Batang Kali. Untuk apa saya mengundi di Selayang.

"Bukti alamat saya di kad pengenalan ialah Batang kali," katanya sambil menunjukkan kad pengenalannya.

SPR UBAH ALAMAT PENGUNDI MACAM ALAMAT SETINGGAN


Jika kita semak lokaliti-lokaliti buku daftar baru SPR 2009 samada ada perubahan atau tidak memang SPR nampaknya ada buat sesuatu yang memeranjatkan pada data daftar pengundi contoh seperti d Gedangsa lokaliti dihilangkan.
Sepatutnya zaman IT yang canggih ini kita sebagai rakyat Malaysia wajib tahu alamat yang tertera di barong atau dalam buku daftar SPR mestilah sama dengan alamat di dalam Kad Pengenalan sipengundi.


tetapi dengan cara jahat SPR alamat-alamat hilang spesifiknya ,misalnya dulu ada nama jalan sekarang tiada nama jalan tapi hanya nama taman.

Tempoh 7 hari untuk memeriksa ,menyemak dan membuat bantahan adalah terlalu pendek dan SPR memanipulasikan keadaan ini.
Tempoh sebulan adalah terbaik untuk buat penyemakan daftar tambahan selepas suku pertama, suku kedua, suku ketiga dan suku keempat.

Tidak hairan PKR mendakwa pemindahan melibatkan ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri dalam bahagian Parlimen Hulu Selangor.

1) Di DUN Hulu Bernam, ia melibatkan pengundi dari Sekolah Kebangsaan (SK) Hulu Bernama ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Hulu Bernam (35 pengundi), dari Sungai Selisik ke SK Gesir Tengah (331), dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kalumpang ke SRA Kalumpang (235) dan SRA Hulu Bernam ke SK Hulu Bernam (Ladang Ascot) melibatkan 1,085 pengundi.


2) Dalam DUN Kuala Kubu Baru pula, pemindahan melibatkan dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Kuala Kubu Baru ke SMK Dato’ Haji Kamaruddin (2,824) dan SRA Kuala Kubu Baru ke SMK Kuala Kubu Baru Jalan Kolam Air (1,801).


3) Di DUN Batang Kali pula, dari SK Serendah ke SRJK Cina Serendah (751), SRJK Cina Serendah ke SRA Serendah (1,898), SRJK Cina Serendah ke SK Serendah (906) dan SMK Syed Mashor ke SK Bandar Baru Batang Kali (2,270).


4) Selain itu, pusat mengundi baru di SRA Taman Bunga Rakyat melibatkan pemindahan dari daerah mengundi Bukit Beruntung ke SRA Taman Bunga Raya (550i), Taman Bunga Raya ke SRA Taman Bunga Raya (302) dan kawasan sekitar melibatskan 498 pengundi.


Kawasan pilihan raya Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.