Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, April 19, 2010

KATA-KATA ZUL KULIM JADI SAMPAH KEMPEN



Pagi tadi teman nak pergi kerja terjumpa cd-cd haram BN ini bersepah di tepi pintu pagar teman dan jiran-jiran di Taman Anggerik Bukit Sentosa 2.Ramai kecewa tapi teman tak layan kerana tiada cd Presiden MCA yang baru.

Rasanya YB Zul Kulim kena tuntut royalti keluaran CD ini yang menggunakanya kata-kata beliau.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang dipecat PKR bulan lalu menafikan akan terlibat dalam kempen membantu Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Zulkifli berkata, sebagaimana telah dimaklumkan sebelum ini kepada The Malaysian Insider beliau tidak akan berada dalam negara ketika tempoh pilihan raya Hulu Selangor dan oleh itu tidak timbul soal akan turun berkempen.
“Saya secara khusus, secara peribadi telah memaklumkan kamu bahawa saya tidak akan terlibat dalam dan tidak akan pergi ke Hulu Selangor sempena pilihan raya kecil sama ada bagi BN ataupun Pakatan Rakyat kerana saya akan berada di luar negara mengikuti lawatan kerja ke Amerika Syarikat dan Emiriah sehingga seawal 25 April (Ahad ini),” kata beliau dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.
Beliau kini berada di New York.
Memetik sumber laporan The Malaysian Insider hari ini menyebut tiga Ahli Parlimen iaitu wakil rakyat Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, Datuk Zahrain Hashim (Bayan Baru) dan Zulkifli akan menyertai kempen membantu Umno-BN.
Ibrahim mengesahkan beliau sendiri akan mengadakan ceramah perdana pada Jumaat selain menyertai Perhimpunan Pemuda Patriotik Hulu Selangor esok.
Zulkifli sebelum ini pernah memaklumkan bahawa beliau tidak akan menyertai aktiviti sedemikian kerana kesibukan dengan urusan lain termasuk lawatan ke Washington.
Malah Zulkifli berkata, beliau juga mahu kekal sebagai wakil rakyat Bebas dan kelihatan Bebas.
“Jadi tidak timbul soal saya akan berkempen untuk BN atau PKR,” katanya.
“Malah, saya juga secara peribadi ada memaklumkan anda bahawa jika pun saya ada di Malaysia, saya tidak akan melibatkan diri saya dengan pilihan raya untuk menyokong BN dan Pakatan Rakyat,” kata beliau.
“Saya juga secara peribadi memaklumkan jika saya mahu membuat apa-apa komen berkaitan dengan pilihan raya kecil, ia adalah penilaian bebas saya dan tidak berkaitan dengan mana-mana pihak,” katanya lagi

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Jika kita menonton filem barat iaitu Mission Impossible,dimana heronya sebelum menjalankan tugas atau mission beliau telah dibekal dengan cakera padat atau filem khas dan selepas mendengarnya cakera dan filem khas itu akan terbakar dengan sendirinya.Jadi saya rasa lebih baik pihak penerima baik pengundi atau pun bukan pengundi berhak membuat sesuatu keatasnya.Tapi sekiranya saya yang menerimanya ,saya akan bakar didepan rumah saya.Kerana pemilihan keatas calun berdasarkan sumber yang sahih,berita yang benar,saluran yang baik,program-program yang membantu penilaian dan cerita yang betul.Para pengundi diHulu selangor perlulah bijak dan smart untuk menentu calun mereka.Jangan melupai keatas kehandalan dan kebaikan PAKATAN RAKYAT yang memerintah 4 buah negeri dimalaysia ini.