Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, April 19, 2010

SPR UBAH ALAMAT PENGUNDI MACAM ALAMAT SETINGGAN


Jika kita semak lokaliti-lokaliti buku daftar baru SPR 2009 samada ada perubahan atau tidak memang SPR nampaknya ada buat sesuatu yang memeranjatkan pada data daftar pengundi contoh seperti d Gedangsa lokaliti dihilangkan.
Sepatutnya zaman IT yang canggih ini kita sebagai rakyat Malaysia wajib tahu alamat yang tertera di barong atau dalam buku daftar SPR mestilah sama dengan alamat di dalam Kad Pengenalan sipengundi.


tetapi dengan cara jahat SPR alamat-alamat hilang spesifiknya ,misalnya dulu ada nama jalan sekarang tiada nama jalan tapi hanya nama taman.

Tempoh 7 hari untuk memeriksa ,menyemak dan membuat bantahan adalah terlalu pendek dan SPR memanipulasikan keadaan ini.
Tempoh sebulan adalah terbaik untuk buat penyemakan daftar tambahan selepas suku pertama, suku kedua, suku ketiga dan suku keempat.

Tidak hairan PKR mendakwa pemindahan melibatkan ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri dalam bahagian Parlimen Hulu Selangor.

1) Di DUN Hulu Bernam, ia melibatkan pengundi dari Sekolah Kebangsaan (SK) Hulu Bernama ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Hulu Bernam (35 pengundi), dari Sungai Selisik ke SK Gesir Tengah (331), dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kalumpang ke SRA Kalumpang (235) dan SRA Hulu Bernam ke SK Hulu Bernam (Ladang Ascot) melibatkan 1,085 pengundi.


2) Dalam DUN Kuala Kubu Baru pula, pemindahan melibatkan dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Kuala Kubu Baru ke SMK Dato’ Haji Kamaruddin (2,824) dan SRA Kuala Kubu Baru ke SMK Kuala Kubu Baru Jalan Kolam Air (1,801).


3) Di DUN Batang Kali pula, dari SK Serendah ke SRJK Cina Serendah (751), SRJK Cina Serendah ke SRA Serendah (1,898), SRJK Cina Serendah ke SK Serendah (906) dan SMK Syed Mashor ke SK Bandar Baru Batang Kali (2,270).


4) Selain itu, pusat mengundi baru di SRA Taman Bunga Rakyat melibatkan pemindahan dari daerah mengundi Bukit Beruntung ke SRA Taman Bunga Raya (550i), Taman Bunga Raya ke SRA Taman Bunga Raya (302) dan kawasan sekitar melibatskan 498 pengundi.


Kawasan pilihan raya Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

No comments: