Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, January 5, 2010

BILA AKIL HAYY HEBAT DI PENTAS PAS JB


Alhamdulilah buat pertama kalinya setelah pelbagai kontroversi yang dilemparkan kepada Ustaz Akil Hayy,hari yang bersejarah 13 disember 2009 ustaz akil hayy muncul kembali di pentas PAS di Kg Kurnia Johor Bahru .Kehadiran pada malam itu amatlah ramai dengan kesesakan tempat parking,aku yang hadir jam 9.00 malam pun begitu susah untk ambil parking motor,itu motosikal bayangkan kalau kereta.Kehadiran malam tadi mengambarkan kerinduan orang Johor khususnya orang Johor Bahru dengan Ustaz Akil Hayy.Walaupun pelbagai kontroversi yang melanda ustaz,orang tetap ramai menantikan sehingga habis ceramah Ustaz Akil Hayy.
Ceramah sebelum ini disampaikan oleh Ustaz Abdullah Husin selaku ketua dewan ulama PAS Johor.Ceramah Ustaz Abdullah adalah sekitar maal hijrah dan sebagainya.Ustaz Akil Hayy meneruskan program sekitar pukul 10;15 malam dengan memulakan ceramah dengan mendedahkan peristiwa yang berlaku diantara beliau dengan JAIS.Ustaz menceritakan beliau pernah ditahan oleh JAIS suatu ketika dahulu kerana pernah berceramah tanpa tauliah di Selangor.Tanpa disangka-sangka malam itu ustaz membuat pemberitahuan rasmi mengenai tauliah ini.Ustaz mendedahkan bahawa beliau mempunyai TAULIAH DARIPADA JABATAN AGAMA ISLAM PERAK DENGAN DITANDATANGANI OLEH DATO SERI HARUSSANI ZAKARIA.
Sebelum ini ustaz tidak pernah mendedahkannya,apabila kontroversi mengenai tauliah ini berterusan,ustaz mengeluarkan satu surat kebenaran dari JAIP dan membacakan surat itu dihadapan khalayak ramai .Ini menunjukkan Ustaz Akil mempunyai tauliah dari sebuah negeri di malaysia iaitu Negeri Perak .Beliau hanya tiada tauliah dari negeri Selangor sahaja.Ini bermakna ceramah Ustaz Akil Hayy diktiraf oleh Jabatan Agama Islam Perak
Ustaz juga memberitahu bahawa bermula tahun hadapan ,satu akademik imam akan diadakan distesen berbayar astro dan perbincangan untuk program itu terus berjalan.Ini menjukkan sikap untuk melahirkan bukan sekadar imam sahaja,bahkan imam itu memperolehi pelbagai cara dan kebolehan seperti berceramah dan sebagainya.Seronok juga blogger Suara Hatiku mendengar ceramah Ustaz Akil Hayy sampai dah tak larat nak ketawa,oleh itu diharap Ustaz Akil terus berdakwah untuk memajukan industri dakwah islamiah di negara Malaysiaku yang tercinta ini.Sampaikan olehmu walaupun satu ayat...Sekadar coretan blogger Suara Hatiku
Gambar Ihsan Blogger Suarajohoronline.blogspot

SIAPA AJK UMNO TASEK GELUGOR BERNAMA DATUK MUHAMAD MUSTAFA IDRUS INI ?

AJK Umno Tasek Gelugur Meniduri Lebih 10 Wanita

Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris hari ini mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54,yang juga ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka.

Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya.
"Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya,” katanya hari ini ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh.

Dalam pada itu, Mastura mendakwa Muhamad Mustafa pernah meliwatnya setelah dia enggan tidur bersama.
“Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya.
“Jadi, sebab itu saya tertekan dan ingin memohon cerai fasakh dengannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memukul, menampar dan menendang saya sebanyak tujuh hingga lapan kali apabila mempunyai masalah dan apabila saya bertanya tentang hubungannya dengan wanita lain.
“Apabila saya melarikan diri dari rumah, dia akan pecahkan barang-barang dan pernah melanggar saya dengan kereta sekali,” katanya pada perbicaraan kes tuntutan cerai fasakh terhadap suaminya itu.
Mastura juga memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa dia merupakan isteri keempat ketika mereka bernikah pada 3 Jun 2006.

Namun, dia hanya mengetahui tentang statusnya itu semasa mahu melahirkan anak sulung mereka.

“Ketika bernikah dengannya, saya langsung tidak mengetahui yang saya merupakan isterinya yang keempat. Saya hanya mengetahui yang dia pernah berkahwin dan mempunyai anak-anak.

“Apabila saya nak bersalin anak pertama, baru saya tahu yang saya merupakan isteri keempat," ujarnya.
Beliau berkata, selepas itu suaminya berkahwin dengan tiga wanita termasuk Noraniza.
“Dia sendiri mengaku telah berkahwin dengan ketiga-tiga wanita itu kepada saya setelah saya mengemukakan bukti-buktinya.
Selepas dua tahun berkahwin, tambahnya, Muhamad Mustafa mula jarang pulang ke rumah apabila selepas dia mengetahui suaminya mempunyai isteri lain.
“Kadangkala, seminggu dia tidak pulang ke rumah. Sekitar Mei 2008, dia hanya pulang sekejap dan tidak bermalam di rumah. Saya rasa seperti tempat persinggahannya.
Menurut Mastura, dia bukan sahaja tertekan sehingga trauma untuk tinggal bersama malah lelaki itu juga didakwa tidak memberikan nafkah kepadanya dan anak-anak sejak Disember 2008.
“Sejak Disember 2008, semuanya (pakaian, makanan dan rumah sewa) saya tanggung sendiri dan mendapat bantuan keluarga,” ujarnya lagi yang kini menganggur.
Sebelum ini, Mastura menanggung keperluannya dan anak-anak menerusi pendapatannya bekerja sebagai pembantu jualan di kedai barang kemas My Diamond di The Curve, Damansara termasuk berkerja di pusat rawatan spa Mustika Ratu.
Mastura dan Muhamad Mustaffa bernikah pada 3 Jun 2006 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak dan dikurniakan tiga anak berusia dua hingga lima tahun.
Muhamad Mustafa tidak hadir ke mahkamah dan diwakili oleh peguam syarie Zaidi Ibrahim.
Kes itu ditangguh pada esok, 6, 12, dan 13 Januari di mahkamah yang sama.
Sumber : http://mstar.com.my

MASALAH KESESAKAN KENDERAAN DAN KEMUDAHAN SOLAT JUMAAT PENDUDUK & PELAJAR SEKOLAH BUKIT SENTOSA 2


Selekoh Yang Sungguh Tajam depan Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa di Bukit Sentosa 2.
Sangat merbahaya, terutama semasa hari hujan dan kenderaan laju.

Pandangan Sekolah Menengah Bukit Sentosa 2 dari pintu masuk Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa.

Kesesakan di depan Sekolah Kebangsaan itu sangat ketara diharap pihak berkuasa dapat memperbaiki kekurangan yang ada sperti jalan keluar dari Sekolah Menengah ke jalan menuju Taman Kesumba dan Taman Widuri.

Sewajarnya satu jejantas dibina dari Sekolah Menengah merentasi atas jalan ke sebelah tanah di sebelah Sekolah Kebangsaan tersebut dan Surau Saidina Ali yang merupakan tapak masjid yang telah diluluskan untuk pembinaan tahun 2010.

ADUN BATANGKALI TUNJUK BERANI DENGAN PEREMPUAN LEMAH


Tapak Program Juara Rakyat PM Najib 9 Januari di Bandar Bukit Sentosa,untungnya siapa dapat projek pemasangan kemah yang banyak itu.

BUKIT SENTOSA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim memberi amaran keras kepada Exco Selangor, Elizabeth Wong yang mahu menghalau Barisan Nasional (BN) dari Hulu Selangor.Semalam, Sinar Harian mendedahkan kenyataan Elizabeth yang mahu menghalau BN daripada Hulu Selangor dan akan memastikan PR mengusai Parlimen berkenaan.
Kenyataan itu menimbulkan kemarahan daripada pemimpin BN sehingga menyifatkan kenyataan itu sebagai biadab.
Mohd Isa yang marah dengan kenyataan biadab itu, turut meminta Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu supaya menilai dirinya dahulu sebelum berkata demikian.

“Saya minta Elizabeth cermin diri dahulu dan jangan bercakap ikut sedap mulut.

“Saya cabar dia supaya turun bertanding di kawasan saya atau di mana-mana DUN (Dewan Undangan Negeri) di Parlimen Hulu Selangor ini kalau benar dia mahu halau BN,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmian sebuah program rakyat di sini semalam.

Mohd Isa berkata, pada hakikatnya rakyat di DUN Bukit Lanjan juga mahu menghalau Elizabeth daripada kawasan itu disebabkan rekod buruknya selama memegang kerusi ADUN berkenaan.
Menurutnya, rakyat di Bukit Lanjan sebenarnya malu dengan seorang wakil rakyat yang tidak bermoral malah lantang bersuara tanpa sebarang asas yang kukuh.
Beliau turut menyifatkan ADUN daripada Pakatan Rakyat (PR) itu turut memiliki moral yang rendah sehingga mencatat rekod buruk termasuk gambar aksi kurang sopannya yang pernah tersebar di internet satu ketika dahulu.
Dalam pada itu, Mohd Isa turut menyentuh sikap pengecut PR sehingga sanggup mempertahankan Ahli Parlimen (MP) yang sakit dan tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.
Beliau menyifatkan pengekalan MP itu sebagai bukti ketakutan yang ada dalam barisan kepimpinan PR.
“Mereka tak berani desak MP berhenti sebab mereka tak yakin akan menang.

POLIS SELANGOR DAH TAKDER KERJA KE ?

Jangan salahkan Polis, sebab Polis pun ternanti kerja luar seperti bertugas diPilihanraya kecil seperti di Kuala Terengganu, di Bagan Lalang di Permatang Pauh tahun lalu.Tiba tahun 2010 melelh juga air liur Polis nak bekerja.Ini semua salah BN/UMNO kerana menafikan pilihanraya di Perak , Pilihan Raya di Pelabuhan Klang dan banyak lagi.Kalaulah berlaku pilihanraya tersebut banyaklah kerja Polis.Kalau takder Pilihan Raya maka Polis buat laporan Polis sendirilah.

Satu lagi laporan polis dibuat terhadap ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah pagi ini selepas seorang pegawai polis mendakwa dia terpaksa "merampas" satu kenyataan media dari Ean yang juga exco kerajaan Selangor.
Bagaimanapun, Ean berkeras bahawa dia dengan sukarela menyerahkan kenyataan media itu kepada ASP Ahmad Fauzi Mohamed Zin dari ibupejabat polis daerah Shah Alam ketika dia disoalsiasat pagi ini.
Ean diarahkan hadir berhubung siasatan mengenai kenyataan media yang dibuatnya baru-baru ini, yang dianggap seolah-olah cuba menakut-nakutkan polis.
Sebelum ini satu laporan polis telah dibuat terhadap Ean yang juga pengerusi DAP Selangor berhubung kenyataannya yang secara terbuka meminta polis menghentikan siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaan hasutan.
Ean yang juga pengerusi DAP Selangor, ditemani oleh peguamnya yang juga ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng untuk memberi kenyataan polis.
Dalam surat yang mengarahkan dia hadir pagi ini, Ean diingatkan bahawa dia boleh ditangkap di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 jika gagal berbuat demikian.
Difahamkan polis sedang menyiasatnya di bawah Seksyen 506 (menakutkan secara jenayah)
Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Polis juga menyiasat Guan Eng kerana mendakwa dalam ucapannya di Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam pada 19 Disember lalu, bahawa Teoh Beng Hock - yang ditemui mati selepas jatuh di Plaza Masalam di Shah Alam - telah dibunuh.
Teoh adalah setiausaha politik Ean.

BAJET 2010 JELAS RAKYAT SABAH BUKAN ANAK EMAS TAPI ANAK TIRI ?


Mengoptima Muatan Beban Stesen Hidro Elektrik Bakun: Mengapa Tidak ke Sabah?

Salam,
Di sebalik keriuhan Dewan Rakyat dengan bahas Belanjawan 2010, persoalan yang baik muncul di Dewan Negara berkenaan pembekalan elektrik dari Stesen Hidroelektrik Bakun 2400MW(Megawatt). Tarif rumah kita pakai kWj(Kilowatt-jam).

Pemula kata, samada perasan atau tidak kita mungkin biasa sudah terlihat menara talian penghantaran elektrik yang berada di sekeliling Kuala Lumpur dan di bukit-bukit sepanjang perjalanan di lebuhraya. Merata dan Melata mata memandang.
Melihat laporan KeTTHA 2008, projek kabel dasar laut ini mungkin menelan belanja RM10 bilion bagi menghantar bekalan elektrik dari Bakun ke Semenanjung & jarak kabel dasar laut yang akan direntangkan itu adalah sepanjang 676km.

Soalan yang terbit di Dewan Negara pada 21/12/2009 ialah:

6. Datuk Maijol Mahap minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan, kenapakah hidro tenaga di Bakun akan membekalkan tenaga ke Sarawak dan seluruh Semenanjung Malaysia tetapi tidak ke Sabah?

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air [Puan Noriah binti Kasnon]:
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat perancangan untuk menyalurkan bekalan elektrik dari Projek Hidro Elektrik Bakun ke Semenanjung merupakan salah satu perancangan jangka panjang bagi memenuhi keperluan bekalan elektrik di semenanjung, serta mengurangkan kebergantungan kepada sumber bahan api fosil. Pada masa ini Tuan Yang di-Pertua, bahan api fosil membekalkan lebih daripada 90% keperluan bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia.

Kebergantungan yang begitu besar kepada bahan api fosil akan mendedahkan Semenanjung kepada risiko perbekalan serta harga bahan api yang tidak menentu. Ini menjejaskan keselamatan bekalan elektrik bagi Semenanjung Malaysia. Oleh itu kerajaan telah membuat keputusan untuk menyalurkan bekalan elektrik dari Projek Hidro Elektrik Bakun ke Semenanjung bagi menjamin bekalan yang mencukupi, berdaya harap dan menawarkan harga yang berpatutan kepada pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, faktor lain yang menyebabkan kerajaan memutuskan supaya bekalan elektrik dari empangan hidro elektrik Bakun disalurkan ke Semenanjung adalah juga seperti kos bagi menyalurkan bekalan elektrik dari Projek Hidro Elektrik Bakun ke Sabah adalah begitu tinggi disebabkan permintaan bekalan elektrik yang rendah di negeri tersebut iaitu dalam lingkungan 300 megawatt sahaja. Oleh itu, pembinaan stesen-stesen jana kuasa yang lebih efektif dari segi kos adalah lebih wajar dipertimbangkan bagi memenuhi permintaan elektrik di Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah. Pembinaan talian penghantaran yang jauh dari Projek Hidro Elektrik Bakun ke Sabah serta merentasi kawasan yang mempunyai muka bumi yang begitu mencabar turut memberi impak terhadap kos penyaluran bekalan elektrik dari Projek Hidro Elektrik Bakun ke Semenanjung. Dalam perancangan pembangunan tenaga elektrik berasaskan sumber hidro bagi negeri Sabah kerajaan telah mengenal pasti dua stesen janakuasa hidro yang berpotensi iaitu di Ulu Padas dan juga di Liwagu sebagai salah satu usaha untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Secara peribadinya, kakak saudara saya, Kak Ima, mengajar di Kunak, Sabah. Saya simpati dengan keadaan di Sabah. Dalam membangunkan bandar, dalam usaha kita menarik pelabur, dalam persediaan kita dalam meniaga, kemudahan asas adalah yang terpaling penting. Bagaimana orang niaga nak bina kilang dekat Sabah kalau mereka dapat tahu kemampuan bekalan elektrik Sabah itu terhad dan bekalannya tak stabil, tak berdayaharap dan kerap terputus dalam setahun? Kalau nak meniaga restoran kena ada air lah, kena ada letrik lah. Kalau bekalan air letrik putus-putus amacam? Yakin ke tidak nak meniaga?
Belanjawan 2010, jelas memperuntukkan perbelanjaan 5 billion oleh TNB di bawah tajuk Menyediakan Persekitaran Mesra Pelanggan, perkara 27 secara khusus menyentuh soal memperkukuh sistem penghantaran dan pengagihan di Sabah. Pembinaan talian menara penghantaran dari Bakun ke Sabah jugak wajar diambil kira sebahagian daripada usaha memperkukuh sistem penghantaran ke Sabah.

BANGKITLAH PAKATAN RAKYAT ! MANTAPKAN KHIDMAT PADA RAKYAT & PENGUNDI ,JANGAN TERLEKA DENGAN SANDIWARA JUARA JUAL RAKYAT !

Perang Saraf UMNO Menjadi Dah Mengena?
Harap Pakatan Rakyat gagalkan dengan cara jangan layan sangat contoh 1.
Projek mereka buat terbengkalai, lepastu mereka selesaikan walaupun dah berzaman dan akhirnya media BN akan paparkan BN Juara Rakyat kira hero penyelesai masalah rakyat.
Sekarang ini mereka guna kes perkataan "ALLAH" ,teman bersyukur dengan keputusan PAS yang berfikiran terbuka dan istiqamah dalam perjuangan ISLAM.UMNO/BN tidak wajar bersangat dan bersemangat hanya dalam perkataan Allah tetapi tidak kesah suruhan Allah seperti mengawal dan menhapuskan arak & Judi serta murtad.
"

Kepada semua RAKYAT dan PEMIMPIN-PEMIMPIN PR dan semua PENDOKONG- PENDOKONG yang cintakan NEGARA ini, sedarlah wahai kamu semua bahawa kamu semua sedang ditipu oleh PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNOBN laknatullah.


UMNOBN memasang strategy dan melakukan PERANG SARAF dan mengadu domba RAKYAT untuk bersama-sama memusuhi agama kristian yakni agama Allah s.w.t jua. Pada ketika ini nampaknye mereka menjuarai PERANG SARAF INI namun sehebat hebat perancangan mereka hebat lagi perancangan Allah s.w.t.
UMNOBN cuba mengalih segala pandangan RAKYAT dengan berbagai bagai masalah yang sedang mereka lalui sama ada di dalam parti mahupun kerajaan. Masalah KALIMAH ALLAH ini hadir bukan sebagai satu kebetulan tetapi sebagai satu PERANCANGAN YANG RAPI, TERATUR, BERSTRATEGY DAN PERANG SECARA TERBUKA untuk menipu dayakan segala muslihat dengan erti kata untuk menutupi segala kelemahan, kegagalan dan kejahatan yang dilakukan oleh mereka.
INGAT seperti yang saya nyatakan, ini adalah satu PERANCANGAN ATAU PEPERANGAN YANG RAPI, TERATUR DAN BERSTRATEGY. kerana apa saya berkata demikian, ini adalah kerana UMNO akan melancarkan KEMPEN UMNO JUARA RAKYAT pada 9 January 2010. Dan percayalah isu ini akan lenyap dan selesai dalam jangka masa yang ditetapkan oleh mereka. UMNOBN akan mencanangkan keseluruh pelusok negara bahawa merekalah yang berjaya menyelesaikan masalah KALIMAH ALLAH ini dan benarlah merekalah JUARA RAKYAT yang sebenarnye.
Wahai RAKYAT sedarlah UMNOBNlah yang MENOLAK HUKUM HUDUD. UMNOBNlah yang memesongkan HUKUM HAKAM kepada bangsa bangsa lain di negara ini. UMNOBNlah yang mengatakan bahawa suatu hari nanti ramailah dikalangan RAKYAT negara ini yang kudung tangan kerana mencuri jikalau HUKUM HUDUD ini dilaksanakan.
UMNOBN melalui DR M pernah menghina JANGGUT NABI pada suatu ketika dulu. UMNOBNlah meghalang HUKUMAN SEBAT yang ditetapkan oleh MAKAMAH SYARIAH NEGERI PERAK keatas seorang wanita yang bernama SITI KARTIKA yang meminum arak di khalayak ramai. UMNOBNlah yang menghalang perlaksanan HUKUMAN oleh MAHKAMAH SYARIAH ini. INI dilakukan kerana bukannye SIMPATI tetapi kerana RAMAI DIKALANGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNOBN yang BERAGAMA ISLAM YANG MEMINUM MINUMAN ARAK. Mereka cukup gusar sekiranye hukuman ini dilaksanakan maka ia akan menjadi satu benchmark untuk diheret ke MAHKAMAH SYARIAH.
UMNOBN melalui DR MASHITAH suatu ketika dulu mengatakan bahawa WANITA ISLAM BOLEH MELACUR di dalam keadaan DARURAT.
KERAJAAN UMNOBNlah yang menyebabkan ramainye GENERASI MUDA MURTAD sehingga di katakan hampir 250 ribu RAKYAT ISLAM negara ini yang sudah MURTAD.
UMNOBNlah yang menghapuskan TULISAN JAWI, sehiggakan hampir semua GENERASI MUDA negara ini BUTA TULISAN JAWI.
UMNOBNlah yang meminggirkan SEKOLAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT dengan menganaktirikan berbanding SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN. UMNOBlah yang tidak menyalurkan segala bantuan yang diperlukan oleh SEKOLAH SEKOLAH AGAMA ini sehinggakan menjadi daif TANPA BANTUAN BANTUAN MODEN DAN ALAT ALAT PENGAJARAN YNAG BAIK.
UMNOBNlah yang menghapuskan nama ISLAM di dalam KAD PENGENALAN KITA SEMUA.
UMNOBNlah yang membuat MASJID dengan menggunakan DANA TABUNG RASUAH sehinggakan MASJID yang dibina RUNTUH. UMNOBNlah yang membuat MASJID yang begitu CANGGIH DAN BESAR LAGI CANTIK tanpa digunakan sepenuhnye. KALAU PENUH PUN ketika SOLAT JUMAAT.
UMNOBNlah yang membenarkan ARTIKEL 121 (A) DIPERTIKAIKAN oleh SEMUA ORANG YANG BUKAN ISLAM UNTUK MENIDAKKAN AGAMA ISLAM.
UMNOBNlah yang menyalahgunakan TABUNG ZAKAT untuk KEPENTINGAN KRONI KRONInye.
APA LAGI yang hendak ditulis. TOLONG BERITAHU SAYA dimanakah UMNOBN YANG MEMBELA AGAMA ISLAM. Ini semua adalah RETORIK semata mata hanye untuk mengaburi mata RAKYAT akibat segala kelemahan dan kejahatan yang dilakukan oleh mereka.
MANA MENGHILANGNYE ISU-ISU ENGINE JET PEJUANG, mana perginye isu RASUAH BERBILION BELION RINGGIT WANG PKFZ, siapa yang hendak menuntut bela KEMATIAN ALTANTUYA SHARIBU DAN TEO BENG HOCK?
DIMANA PERGINYE SPRM keatas RUNTUHNYE MASJID DITRENGGANU, apa cerita STADIUM SULTAN MIZAN YANG RUNTUH, macammana pula dengan keruntuhan STESEN BAS?
Apa sudah jadi dengan kes PERWAJA STEEL sehingga matinye Tan peng king?
Apa sudah jadi dengan kes VIDEO LINGAM dimana DR M DAN SEMUA HAKIM HAKIM terlibat? TERLEPAS begitu sahaja?
Bagaimana dengan GST? Bagaimana dengan kenaikan gula baru baru ini? Dengar dengar cerita INTERNET JALUR LEBAR akan dinaikkan harga?
Apakah semua ini bukan satu PERANCANGAN ATAUPUN PERANG SARAF hanye untuk MENIPU RAKYAT SEMATA MATA?
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya mejadi berita dan isu hangat yang mewarnai kedatangan taHUN 2010.
Siapa yang menang dalam masalah ini saya kira perkara kedua yang perlu diperkatakan terlebih dulu. Yang lebih utama dan menjadi kekesalan yang saya rasakan mendapat perhatian banyak pihak ialah Hakim bukan Islam Lau Bee lan yang mengendalikan dan memutusan keputusan penting ini.
Tidak adakah lagi hakim berbangsa Melayu dan beragama islam yang boleh diputuskan oleh pihak yang terbabit untuk mendengar dan memutuskan perkara tersebut. Sedangkan Implikasi yang sangat besar kepada agama Islam. Bila ianya diputuskan oleh hakim yang bukan Islam tentunya saya melihat sesuatu yang tidak kena sekali lagi dalam sistem kehakiman di negara kita..
Rantaian penghakiman yang menyebabkan kepercayaan kepada sistem kehakiman negara yang semakin tidak dihormati adalah sesutu yang tidak boleh dinafikan lagi. Tambahan pula dalam kes perkataan Allah ini telah menambah banyakkan koleksi tersebut.
Bagi saya kesan yang besar akan berlaku dalam sisitem beragama di negara kita hasil dari keputusan tersebut ialah anggapan masyarakat pada satu masa nanti di mana semua agama akan dikatakan sama sahaja.
Realiti tersebut telah berlaku di negara Indonesia dan apakah kita sanggup berdepan dengan keadaan itu dalam keadaan sistem beragama di Malaysia yang saya kira sudah cukup baik apabila semua pihak sudah menerima pakai perkataan Allah itu adalah milik agama islam.
Sebenarnya semacam ada pengaruh pihak tertentu dan pihak luar yang cuba memporak perandakan sistem beragama di Malaysia yang sekian lama diguna pakai.
Persoalannya siapakah yang ingin dipersalahkan, adakah hakim yang bukan Islam yang memutuskan perkara tersebut atau pihak mana yang sebenarnya bertanggung jawab dan patut dipersalahkan.
Sebenarnya inilah kelemahan UMNO yang menunjangi kerajaan yang ada pada masa ini. Kerana UMNOlah sebenarnya agama Islam di bumi tercinta yang subur dengan Islam satu masa dulu telah dimusnahkan.
Kemusnahan dan kehancuran Islam di Malaysia adalah lahir dari sikap pemimpin negara sendiri yang lemah pengamalan Islamnya. Agenda Islam cuma bermain dibibir namun jauh sekali dalam perlaksanaan kehidupan seharian.
Realitinya kepada usaha pengamalam Islam yang lebih syumul sentiasa disekat dan dilemahkan di negara kita.Islam yang lebih liberal dan bercelaru sentiasa didokong oleh kerajaan.
ah pada satu masa PM Malaysia sendiri memperkenalkan Islam bentuk baru iaitu Islam Hadhari. Jelas UMNOlah yang salah dalam persoalan ini.

BANTAHAN PEMUDA UMNO TERBANTUT BILA NAJIB KATA TAK WAJAR

HARGA GULA MASIH TERENDAH DI ASEAN
Meskipun kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram baru-baru ini, ia masih terendah berbanding negara-negara ASEAN lain.

Berbanding gula di Malaysia yang kini berharga RM1.65 sekilogram, bahan itu dijual dengan harga RM2.25 sekilogram di Thailand dan Indonesia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, sehubungan itu, adalah tidak wajar peniaga di negara ini mengambil kesempatan untuk menaikkan harga makanan dan minuman selepas kenaikan harga gula di pasaran. - Utusan

PERJUANGAN DEMO BESARAN PEMUDA UMNO SELANGOR TAK JADI KERANA LEBIH MENGHORMATI SARANAN

Pergerakan Pemuda Umno Selangor menangguhkan perhimpunan besar-besaran bagi membantah penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald yang dirancang diadakan di masjid seluruh Selangor Jumaat ini.

Ketuanya, Suhaimi Mohd Ghazali berkata keputusan itu sebagai menghormati saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta semua umat Islam bertenang dan tidak mengambil tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

"Kami menghormati saranan Perdana Menteri yang tidak mahu isu itu penggunaan
kalimah Allah) diburukkan lagi dengan pelbagai demonstrasi ataupun perhimpunan,"
katanya dalam satu sidang akhbar di Shah Alam, yang turut hadiri oleh beberapa pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda Umno Selangor., lapor Bernama.


Khamis lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar
mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan hari ini terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Komen : Mana boleh tangguh ,ini kerana pertahankan perkataan Allah.Kes Dato Zamry boleh buat rayuang hanya beberapa jam sahaja dan beliau memenanginya.Yang ini lagi penting dan berprofile tinggi kata seorang peguam UMNO.

SEPATUTNYA PENDEMO & NGO YANG TERLEBIH UMNO SILA BACA PESANAN HANIPA INI

Isnin, 2010 Januari 04
Hanipa Maidin : Di Mana Silap Dan Betulnya Hakim Lau Bee Lan?.
Sebagai seorang peguam dan pemimpin PAS saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menberikan pandangan saya tentang keputusan Yang Arif Datuk Lau Bee Lan dalam kes penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar Herald yang diterbitkan oleh kristian Katholik. Bagaimanapun ulasan saya di sini hanya dari pesperktif undang-undang semata-mata.
Secara ringkasnya fakta kes tersebut adalah pada 18 Mac 2009 pemohon iaitu Paderi Roman Katholik di Kuala Lumpur iaitu Murphy Pakiam telah memfailkan permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) ke atas Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia kerana memutuskan melarang akhbar the Herald dari menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan edisi bahasa Malaysia akhbar itu.
Sebelum ini Kerajaan telah mengisytiharkan bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja dan pihak Kerajaan telah mengancam akan menutup akhbar itu jika ia tidak mengendahkan larangan tersebut .

Dalam samannya ke atas Menteri Dalam Negeri ( MDN ) Paderi Pakiam yang mewakili pihak Herald telah memohon Mahkamah bagi mendapatkan perintah antara lain perintah perisytiharan bahawa keputusan MDN melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald adalah keputusan yang tidak sah dan terbatal.
Beliau juga memohon Mahkamah mengisytiharkan bahawa akhbar Herald berhak menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitannya dan kalimah Allah tidak hanya ekslusif kepada Agama Islam sahaja. Selain itu Paderi Pakiam juga meminta Mahkamah membatalkan keputusan MDN yang melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald tersebut.
Sepertimana yang dilaporkan di dalam akhbar Hakim Datuk Lau Bee Lan telah pada 30 Disember 2009 yang lalu telah memutuskan membenarkan saman Paderi Pakiam dan memutuskan bahawa keputusan MDN yang melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald adalah keputusan yang tidak sah , terbatal dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum saya memulakan ulasan saya terhadap keputusan Datuk Lau Bee Lan tersebut saya perlu menyatakan di sini sebagai seorang peguam saya dididik untuk hanya mengulas sesuatu keputusan seorang Hakim itu hanya setelah membaca keputusan penuh seorang hakim itu supaya ulasan saya benar-benar hanya menyentuh keputusan sebenar Hakim tersebut dan bukannya dari tokok tambah dari mana-mana sumber selain keputusan itu sendiri.
Di sini saya ingin menyatakan bahawa seperti para pembaca saya hanya mengetahui intipati keputusan Hakim tersebut dari laporan akhbar sahaja. Dengan anggapan laporan itu adalah benar sepertimana yang dinyatakan oleh Hakim tersebut maka saya berpendapat keputusan itu adalah betul dari satu segi tetapi tersilap dari segi yang lain.
Bagi saya Hakim Lau Bee Lan boleh dipuji kerana keberanian beliau membuat keputusan yang membatalkan keputusan seorang Menteri . Mengapa saya kata beliau adalah seorang yang berani ? Hujah saya bersandarkan kepada alasan bahawa jika kita melihat Akta Penerbitan & Mesin Cetak yang digubal oleh Kerajaan BN, Akta tersebut memberikan satu kuasa dan budibicara yang mutlak kepada MDN untuk memutuskan membatalkan atau mengenakan sebarang syarat terhadap mana-mana akhbar yang ingin diterbitkan di negara ini.
Jika dilihat kepada Akta tersebut ia menyatakan keputusan MDN tidak boleh dicabar di Mahkamah. Di dalam undang-undang peruntukkan yang memberikan kekebalan kepada MDN itu dipanggil ouster clause.


Kes yang diputuskan oleh Hakim Lau Bee Lan melibatkan isu Perlembagaan atau secara spesifiknya isu kebebasan beragama. Pengalaman saya mengendalikan kes kebebasan beragama iatu kes tiga pelajar dibuang sekolah kerana memakai serban menyakinkan saya bahawa kes sebegini memang secara relatifnya adalah kes yang boleh dikategorikan sebagai kes “panas” dan pasti merimaskan mana-mana Hakim yang ditugaskan mendengar dan memutuskan kes tersebut.
Secara mudahnya bagi pihak Herald mereka merasakan bahawa sebagai pengganut Kristian di negara ini mereka berhak mengamalkan dan menyebarkan agama mereka ( to practice and propagate their religion ) seperti yang dijamin oleh Perkara 11 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan.. Oleh itu bagi pihak Herald termasuk hak mengamalkan dan menyebarkan agama itu adalah hak mereka untuk menerbitkan apa sahaja penerbitan yang boleh menjadi alat untuk menyebarkan agama itu. Oleh itu mana-mana tindakan yang boleh mengancam dan menggugat hak tersebut adalah dikira bertentangan dengan prinsip kebebasan beragama yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Bagi pihak Herald meskipun Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menjadikan Islam sebagai agama teras di dalam negara ini, Perkara 3 itu sendiri tidak menghalang pengganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka dengan aman dan harmoni yang boleh ditafsirkan tanpa sebarang gangguan yang tidak munasabah dari mana-mana pihak Oleh yang demikian pihak Herald merasakan larangan menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar itu adalah bercanggah dengan Perkara 11 dan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Saya berpendapat keputusan Lau Bee Lan adalah betul di sisi undang-undang dan Perlembagaan apabila beliau memutuskan bahawa kalimah Allah tidak terhad atau hanya ekslusif bagi orang Islam sahaja. Saya berpendapat keputusan itu adalah tidak bercanggah dengan mana-mana ajaran Islam kerana Allah bukan sahaja Tuhan kepada manusia ( Islam dan bukan Islam ) malahan Tuhan kepada seluruh alam . Allah adalah tuhan kepada mahkluk yang halal dimakan dan Allah juga Tuhan kepada mahkluk yang haram dimakan.
Di dalam pengajian Tauhid orang Islam diajar dengan Tauhid Rububiyyah di mana Tauhid ini membawa maksud mana-mana manusia meyakini Allah itu sebagai Rabb iaitu Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam ini. Tauhid Rububiyyah, tidak seperti Tauhid Uluhiyah, diyakini bukan sahaja oleh orang Islam tetapi juga orang bukan Islam.
Saya juga berpendapat keputusan Lau Bee Lan yang menyatakan bahawa keputusan MDN yang melarang menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar di Herald adalah bercanggah denga hak untuk menyebarkan agama tersebut sepertimana yang dijamin oleh Perkara 11 ( 1 ) adalah juga keputusan yang betul.

Ini kerana meskipun hak untuk menyebarkan agama adalah terhad kepada orang bukan Islam iaitu mereka tidak boleh menyebarkan ajaran Kristian kepada mana-mana orang Islam tetapi di dalam kes ini tiada bukti bahawa Herald telah disebarkan kepada mana-mana orang Islam. Perkara 11 ( 4 ) hanya melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang –orang Islam sahaja. Ini bermakna jika akhbar the Herald hanya tersebar kepada orang-orang Kristian sahaja ianya tidak bercanggah dengan Perkara 11 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun saya berpendapat keputusan MDN melarang menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar Herald masih boleh dipertahankan jika ianya , meskipun tidak salah di sisi Islam atau di bawah Perkara 11 ( 1 ) dan 11 ( 4 ), masih boleh dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana berpotensi untuk menjejaskan kenteraman awam ( public disorder ) dan keharmonian agama..
Saya berpendapat sepatutnya Hakim Lau Bee Lan sepatutnya memutuskan bahawa tindakan akhbar the Herald menggunakan kalimah Allah di akhbar itu tidak boleh lari dari sekatan dan halangan Perlembagaan yang dinyatakan di bawah Perkara 11 ( 5 ) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 ( 5 ) melarang mana-mana amalan agama hatta kepada amalan agama orang Islam sendiri jika amalan tersebut boleh menjejaslan ketenteraman awam ( public disorder ).
Apabila sesuatu amalan beragama berpotensi menjejaskan ketenteraman awam isu sama ada amalan itu selari dengan agama atau tidak tidak lagi timbul. Saya tidak pasti sama ada isu perlanggaran kepada Perkara 11 ( 5 ) dihujahkan oleh pihak peguam Kerajaan atau tidak , namun saya tetap yakin jika Kerajaan ingin menjustifikasikan larangan penggunaan kalimah Allah, satu-satunya hujah yang boleh digunakan adalah Perkara 11 ( 5 ) tersebut.
Mungkin Kerajaan juga boleh berhujah hatta jaminan kebebasan agama lain selain Islam boleh diamalkan di negara ini yang dilindungi di bawah Perkara 3 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan juga tertakluk amalan tersebut dipraktiskan dengan harmoni dan aman tanpa sebarang indikasi ia boleh menjejaskan keharmonian tersebut.
Hakim Lau Bee Lan menyatakan tiada sebarang bukti dikemukakan oleh pihak Kerajaan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah menjejaskan keselamatan negara. Memanglah Mahkamah terikat dengan bukti dan keterangan. Nampaknya Hakim Lau Bee Lan cuba mengelak untuk memutuskan atau menafsirkan Perkara 11 ( 5 ) itu dengan berselindung di sebalik alasan keterangan dan bukti.


Dengan hormat saya berpendapat dalam menafsirkan mana-mana peruntukkan Perlembagaan Mahkamah tidak harus dikawal oleh bukti dan keterangan semata-mata. Penafsiran Perlembagaan tidak sama seperti menafsirkan seperti mana-mana Akta atau Enakmen.
Dalam hal ini Hakim Lau Bee Lan seharusnya menafsirkan apa yang dimaksudkan dengan istilah menjejaskan ketenteraman awam di dalam Perkara 11 ( 5 ) Perlembagaan Persekutuan. Bagi menafsirkan frasa tersebut Hakim Lau Bee Lan tidak boleh lari dari memahami ketinggian nilai kalimah Allah dari perspektif orang Islam yang mana ianya hanya bermaksud Tuhan yang esa.
Oleh itu penggunaan kalimah itu di dalam maknaya yang lain sudah pasti berpotensi tinggi mengundang kemarahan orang Islam sekaligius berpotensi mewujudkan satu ancaman kepada ketenteraman awam.
Orang Kristian tidak seharusnya resah jika kalimah Allah itu tidak dibenarkan digunakan atas alasan kepentingan awam. Mungkin pada masa hadapan penggunaan kalimah ini, yang dibenarkan oleh ajaran Islam, tidak menjejaskan ketenteraman awam sekaligus boleh dibenarkan.
Sebelum ini orang Islam juga pernah dikecewakan dengan larangan amalan beragama kepada wanita Islam iaitu amalan pemakaian purdah oleh kakitangan awam ( kes Halimatusadiah ) di atas alasan menjaga kepentingan awam.
Yang peliknya pada masa itu kita tidak dengar pula mana-mana pemimpin UMNO yang berkokok seperti ayam jantan seperti sekarang ini.

Ulasan Musafirlalu......
.
Apa pun yang berlaku adalah kerana kesalahan kerajaan yang sememangnya fobia dengan Islam. Islam didalam perlembagaan hanyalah agama rasmi sahaja. Apabila PAS memohon pernerbitan akhbar harian, bermacam-macam alasan diberikan. Begitu juga dengan majalah-majalah yang berbentuk keIslaman, pasti akan disekat.
Yang menjadi kemusykilan kenapa pemohonan akhbar Herald didalam versi Melayunya dibenarkan. Bukankah KDN mempunyai kuasa untuk menarik lesen setiap terbitan. Semuanya adalah kerana sikap Umno sendiri yang tidak berapa suka bila orang Melayu/Islam cuba memahami Islam yang syumul dengan lebih mendalam. Seperti yang saya telah tuliskan, bahawa Islam tidak akan didaulatkan di Malaysia selagi Umno memerintah kerana Umno sebenarnya pengkhianat Islam yang nyata.

Kerana kepentingan politik perkauman/sekular yang menebal yang ada pada Umno, mereka sanggup melakukan apa saja agar Islam dipinggirkan. Yang pasti, Umnolah punca segala kekalutan yang belaku sekarang ini. Bila sudah tidak dapat membendung tentang isu tersebut, maka mereka akan menyeret Raja-Raja Melayu. Itulah Umno dulu....... kini dan akan ditalkinkan.

INILAH KENYATAAN PEGUAM NEGARA YANG PERNAH BERJANJI AKAN BERMATI-MATIAN SIASAT KES HILANG 2 ENGIN RM100 JUTA

Malaysia antara negara paling pelik di dunia apabila 'Prebet' atau askar berpangkat rendah boleh meloloskan enjin jet di jual ke luar negeri.

Biasanya kita tahu anggota berpangkat rendah ini tidak boleh 'speaking' dengan baik bagaimana mereka boleh berurusan untuk menjual enjin tersebut.

Biasanya 'prebet' ini tiada akses untuk masuk tempat-tempat sulit dan terlarang.

Tapi lain pula di Malaysia ini. 'Prebet' dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya pula berjaya mencuri enjin dan memperdayakan boss-boss mereka. Hairan.

Tapi itulah kenyataan pelik yang dilaporkan media hari ini di mana Peguam Negara, Abdul Gani Patail mendedahkan bahawa tidak ada pegawai kanan tentera udara yang terbabit dalam kecurian dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM dari pangkalan tentera di Sungai Besi pada 2007.

Katanya, hanya anggota pangkat rendah yang terbabit dalam kehilangan enjin buatan Amerika Syarikat yang bernilai RM100 juta itu.
Tambahnya mereka akan didakwa tidak lama lagi.

"Siasatan masih dijalankan," kata Abdul Gani dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.
Beliau tidak mendedahkan berapa ramai yang disoalsiasat oleh pihak polis.

Beliau juga mendedahkan bahawa destinasi terakhir dua enjin tersebut dibawa ialah Uruguay.
Abdul Gani tidak pasti sama ada enjin itu masih berada di sana atau sama ada telah dipindahkan ke tempat lain.

"Keutamaan sekarang ialah mencari enjin tersebut," katanya.

JAWAPAN SETPOL MB JELAS DAN ADA KELAS

Komen teman : Dr Sivamurugan kalau nak suruh PAS & UMNO duduk semeja sebab Tuntuntan RM800 juta ,beliau juga kena suruh UMNO duduk semeja semasa mengubah royalti kepada wang ehsan serta suruh UMNO duduk semeja dengan MB Kelantan berkenaan Wang Royalti Hak Kelantan berjumlah RM1 bilion atau lebih.

SETPOL MB KELANTAN MENJAWAB KOMENTAR

Negeri Kelantan diarah bayar RM800 juta. Maka, timbullah komen dan cadangan yang tidak tepat oleh seorang pensyarah kanan USM, Dr Sivamurugan Pandian. Lihat keratan berita berikut.
Apa yang hendak dinyatakan, ia tersasar dari fakta sebenar. Berikutan jawapan yang wajar:

FAKTA TUNTUT RM800 JUTA – TIMBERMINE vs KERAJAAN KELANTAN

Jawapan kepada komentar Dr. Sivamurugan Pandian (Sinar Harian, Ahad 3hb. Januari 2010 : N4) bertajuk ”UMNO dan PAS harus duduk semeja.”

Hakikat keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu meluluskan saman Timbermine Sdn. Bhd berjumlah RM800 juta tidak wajar diseret ke peringkat penyelesaian politik sehingga menggesa ’UMNO dan PAS duduk semeja.’ Paling tidak wajar lagi, apabila ditohmahkan dengan kenyataan yang tidak berfakta dan tersasar daripada landasan akademik. Sedangkan fakta yang berlaku semasa penghakiman mahkamah itu tidak dikaji terlebih dahulu.

Apa yang perlu difahami adalah Kerajaan Negeri Kelantan sekarang berdepan dengan keputusan mahkamah yang perlu diselesaikan melalui saluran mahkamah. Maka, kenyataan Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar untuk memfailkan rayuan adalah wajar. Asasnya, pihak Kerajaan Negeri mempunyai hujah bagi membuktikan tidak wajar saman dibayar dan ia sebenarnya adalah saki-baki warisan Kerajaan BN semasa berkuasa dahulu.
Justeru itu, fakta-fakta berikut (disertakan di bawah) adalah bacaan ’wajib’ yang boleh menidakkan komentar Dr Sivamurugan Pandian (Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM) atau mana-mana pihak yang seumpama beliau. Sehubungan itu, dicadangkan agar pihak academician atau mana-mana pengkaji politik boleh hadir sendiri untuk meninjau kedudukan sebenar isu tersebut di mata rakyat Kelantan. Hakikat yang terbina, tiada niat bagi Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar untuk ’menuduh’ atau ’memuakkan’ rakyat dalam soal kepentingan Negeri dan rakyat Kelantan.

Latar belakang isu

Suatu hakikat, Kerajaan PAS di zaman Almarhum Datuk Mohd Asri sentiasa menghadapi diskriminasi daripada Kerajaan Pusat sehingga program pembangunan negeri terhalang.

Namun tanggungjawab membangun Negeri demi kepentingan rakyat mesti diteruskan.

PAS yang mula memerintah Kelantan mulai 1959, iaitu pada pilihan raya pertama selepas negara mencapai kemerdekaan. Bagaimanapun banyak halangan diterima kerajaan daripada kerajaan pusat.

Namun, komitmen Kerajaan PAS Kelantan tetap untuk meneruskan aktiviti pembangunan Negeri. Mengambil kira faktor tersebut Kerajaan Negeri berusaha mencari sumber alternatif iaitu kekayaan sumber hutan bagi mendapatkan wang untuk membangunkan Kelantan.

Alternatif itu berlaku melalui Timbermine Sdn Bhd yang bersedia menguruskan indutsri berasaskan balak. Maka, syarikat tersebut dirundingi dan diberi konsesi kawasan pembalakan di Hulu Kelantan. Hasil daripada perjanjian tersebut Kerajaan Negeri mendapat sumber kewangan yang kemudiannya dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan prasarana untuk faedah rakyat, antaranya;

. Jambatan Sultan Yahya

. Stadium Sultan Mohammad Ke IV

. Projek saliran

. Pembukaan tanah dan pembangunan tanah pertanian di kawasan Hulu Kelantan

. Pembesaran Pusat Yayasan Pengajian Islam Kelantan

. Pembiyaan pelajar Kelantan ke luar negara dan universiti tempatan

. Mengemaskini gaji guru-guru agama

Bagaimanapun semasa Kerajaan Campuran-BN mulai 1974, banyak dasar-dasar dan keputusan Kerajaan Negeri dipengaruhi dan dibayangi oleh pemimpin Umno. Atas fakta inilah bermulanya episod pertikaian Timbermine Sdn. Bhd. dengan Kerajaan Negeri.

Antaranya, pihak Kerajaan Pusat pernah membawa kes Timbermine ke Mahkamah Persekutuan dengan mendakwa Kerajaan Kelantan menggadai sejumlah kawasan hutan yang luas kepada sebuah syarikat asing.

Mahkamah membuat keputusan ada bukti perjanjian dibuat dengan Timbermine dan mengesahkan gadaian tersebut. Di samping itu, Mahkamah turut memberi pandangan sekiranya syarikat melanggar perjanjian, Kerajaan Negeri boleh membatal perjanjian tersebut.

Kerajaan Negeri kemudian menubuh satu jawatankuasa khas bagi mengkaji perjanjian tersebut. Tindakan membatal dicadangkan sekiranya ada perlanggaran terma perjanjian. Akhirnya, Kerajaan Negeri mengambil keputusan mahu membatalkan perjanjian, namun terhalang kerana Menteri Besar bertukar selepas pilihan raya umum 1974.

Selepas itu kawasan seluas 30,000 ekar telah diserah kepada Felda untuk dibangunkan. Kerajaan Negeri juga membayar saguhati kepada Timbermine sebanyak RM3.5 juta yang dipinjamkan Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan tuntutan Timbermine.

Kes tersebut dianggap selesai oleh Kerajaan Negeri setelah membayar RM3.5 juta kepada Timbermine. Tetapi pihak Timbermine kemudian telah mengemukakan kepada Menteri Besar ketika itu (14.11.1989) beberapa maklumat berkenaan kepentingan mereka berkaitan penyelesaian yang dimaksudkan.

Namun kepentingan itu gagal diselesaikan oleh Kerajaan BN pada masa itu. Justeru itu, syarikat tersebut kemudian memanjangkan pendekatan penyelesaian dan fakta-fakta yang gagal diselesaikan oleh Kerajaan BN sebelum itu kepada Kerajaan Negeri pimpinan PAS. Seterusnya Timbermine telah memfailkan semula tuntutan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 2004 untuk menuntut ganti rugi.

Kesan daripada tuntutan tersebutlah berlakunya penghakiman yang mengarahkan Kerajaan Negeri membayar RM800 juta kepada Timbermine. Walau apapun, Kerajaan Negeri telah mengumumkan akan merayu keputusan mahkamah tersebut. Ruang merayu dijangka dapat merungkaikan beberapa fakta yang mungkin pihak mahkamah boleh meneliti semula beberapa eksibit. Mudah-mudahan ia bakal memberi keadilan sewajarnya kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Laporan Kes Mahkamah Tinggi Kota Bharu Guaman Sivil No. 22-5-2004 Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn. Bhd melawan Kerajaan Negeri Kelantan.

Fakta latar belakang kes berdasarkan keterangan dan eksibit yang dikemukakan di mahkamah.

1. Plaintif dan Defenden telah memasuki satu perjanjian konsesi pembalakan (perjanjian utama) di Kawasan Ulu Kelantan pada 20.7.1964 bagi kawasan seluas 510 239 ekar bagi tempoh 33 tahun mulai tarikh perjanjian. Bayaran sebanyak RM 1 Juta telah dibayar sebagai sebahagian bayaran premium yang berjumlah RM 2 Juta telah dibuat selepas perjanjian ditandatangani. Perjanjian utama dieksibitkan sebagai aksibit P1.

2. Melalui satu perjanjian tambahan yang ditandatangani di antara kedua-dua pihak pada 6.11.1965 kawasan konsesi telah dikurangkan kepada 280 000 ekar. Perjanjian tambahan ini telah dieksibitkan sebagai eksibit P2.

3. Walau bagaimana pun perjanjian konsesi tersebut telah ditamatkan oleh pihak Defenden atas alasan pihak plaintif telah gagal memenuhi obligasinya sebagaimana di bawah Klausa 5(b) perjanjian konsesi (eksibit P1) dan pihak defenden telah menjalankan hak untuk menamatkan perjanjian sebagaimana di bawah Klausa 5(b) perjanjian yang sama. Surat pihak Defenden kepada pihak plaintif berkenaan pekara ini adalah satu surat bertarikh 18.3.1975 yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri pada ketika itu. Surat ini dieksibitkan sebagai eksibit P6

4. Plaintif telah menerima surat di atas dan telah dijawab oleh Plaintif melalui surat peguam mereka bertarikh 21.4.1975. Surat ini menyatakan bahawa pihak Plaintif mencabar keputusan Defenden. Surat dieksibitkan sebagai eksibit P7.

5. Pihak-pihak telah kemudiannya berunding untuk menyelesaikan kes. Pada 17.6.1975 suatu mesyuarat telah diadakan. Mesyuarat dipengerusikan YBM Tengku Ahmad Rithaudeen Menteri Penerangan dan Tugas-Tugas Khas pada masa itu. Pihak kerajaan negeri dan pihak Plaintif turut hadir mewakili kepentingan mereka. Perbincangan di dalam mesyuarat diangap dibuat “without prejudice” terhadap apa-apa tindakan undang-undang antara Kerajaan Negeri (Defenden) dengan pihak Timbermine (Plaintif).

6. Di dalam mesyuarat tersebut pihak Kerajaan Negeri telah mencadangkan penubuhan suatu syarikat usahasama untuk mengusahakan perusahan perkayuan di kawasan “concession” yang dahulunya dipegang oleh Syarikat Timbermine. Kerajaan Negeri telah pun bersetuju untuk mengadakan usahasama dengan Syarikat Timbermine berdasarkan pemilikan saham 70% oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan 30% Syarikat Timbermine.

7. Datuk Kang Kock Seng wakil Syarikat Timbermine menyatakan:

a. Bersetuju dengan penubuhan syarikat usahasama dengan pegangan saham tersebut.

b. Bahawa hak “concession” yang dipegang oleh Timbermine hendaklah terus dianggap sebagai hak Timbermine dan

c. Nilai “concession” dan harta-harta syarikat Timbermine hendaklah diberi nilai yang berpatutan bila diambil alih oleh syarikat usahasama.

8. Kerajaan Negeri sukar untuk bersetuju untuk anggap “concession” yang telah diberikan sebagai harta Timbermine kerana ianya diberikan dengan percuma dan hasil hutan adalah harta negeri. Walau bagaimanapun pertimbangan sewajarnya akan diberikan atas nilai harta syarikat Timbermine. Minit mesyuarat yang diadakan ini telah diesksibitkan sebagai eksibit P12.

9. Rundingan lanjut juga telah diadakan diantara Timbermine dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas mengenai Syarikat Kemajuan Timbermine dengan wakil-wakil syarikat Timbermine pada 22.9.1976 dan hasil rundingan telah dimaklumkan kepada YAB Menteri Besar Kelantan melalui satu surat rahsia bertarikh 28.9.1976.

10. Surat tersebut menyebut bahawa pihak Timbermine bersetuju dengan bayaran “goodwill” sejumlah RM3.5 juta (wang ini sudah diterima oleh pihak Plaintif). Bayaran adalah kerana ingin memupuk pertalian yang baik dengan syarikat Timbermine dan tidak bersangkut paut dengan tindakan pembatalan perjanjian dan dibuat “without prejudice” kepada tindakan yang telah pun dibuat oleh Kerajaan Negeri. Surat itu juga menyatakan bahawa pihak Kerajaan Negeri boleh mengadakan rundingan atas cadangan untuk wujudkan syarikat usahasama bagi menjalankan rancangan perkayuan. Timbermine tidak akan membuat sebarang tuntutan atas kerajaan negeri hasil dari pembatalan perjanjian konsesi. Kilang papan kepunyaan syarikat di Gua Musang dan semua harta syarikat di luar kawasan “concession” akan terus menjadi milik syarikat. Surat ini telah dieksibitkan sebagai aksibit P19.

11. Lanjutan daripada surat di atas, Menteri Besar Kelantan pada ketika itu telah menulis surat kepada Syarikat Timbermine bertarikh 28.11.1976. Surat tersebut telah merujuk kepada surat eksibit P19 dan menyatakan persetujuan Kerajaan Negeri atas terma yang terkandung di perenggan 3, 4 dan 5 eksibit P19. Surat dari Menteri Besar Kelantan itu telah dieksibitkan sebagai aksibit P20.

12. Seterusnya pihak Saksi Plaintif yang pertama SP1 telah memberikan keterangan bahawa selepas daripada kedua-dua pihak bersetuju atas terma, maka bayaran sebanyak RM3 juta telah dibayar oleh Kerajaan Negeri sebagaimana terma penyelesaian di perenggan 3 eksibit P19 kepada Plaintif.

13. Walau bagaimana pun penyelesaian ini tidak kesampaian (frustrated) dan hanya terma bayaran “goodwill” RM3.5 juta sahaja yang telah dipenuhi oleh Defenden. Syarikat usahasama yang telah dipersetujui penubuhannya telah tidak menjadi kenyataan.

Kes Plaintif

1. Kes plaintif adalah bersumber dari dua pekara utama iaitu, yang pertama, pecah kontrak perjanjian konsesi (di eksibitkan sebagai P1 dan P2) sebagaiman dan yang kedua, pecah kontrak perjanjian penyelesaian yang dibuat.

2. Plaintif mencabar penamatan perjanjian konsesi dan menegaskan bahawa penamatan tersebut adalah tidak sah berdasarkan kepada 3 pekara utama iaitu:

i. Defenden telah menamatkan perjanjian berdasarkan klausa 5(b) (i) Perjanjian Konsesi atas alasan kegagalan Plaintif untuk membalak kawasan konsesi bagi fasa pertama tanpa mengambil kira bahawa klausa 5(b) (iii) memberikan kelonggaran jika kegagalan mengusahakan kawasan konsesi tersebut adalah akibat langsung dari “civil commotion, war, enforcement agency regulation, floods and other Acts of or that great economic hardship would be suffered by the company by such compliance to perform theaforesaid obligation.” Saksi Plaintif pertama memberi keterangan bahawa kelewatan mereka dalam mengusahakan mereka adalah akibat “political dispute”, konfrontasi dengan Indonesia, perpisahan S’pore dengan Malaysia (plaintif pada masa itu adalah syarikat Singapura). Dalam masa yang sama Plaintif telah “on many occasion” telah gagal mendapatkan kebenaran Kerajaan Negeri untuk menjalankan kerja di kawasan konsesi. Saksi Plaintif yang pertama telah memberikan keterangan kawasan konsesi termasuk dalam kawasan komunis oleh yang demikian selain dari permit/lessen membalak pihak Plaintif juga memerlukan “security passes” untuk memasuki kawasan konsesi. Surat bertarikh13.2.1968 iaitu syarat permohonan perlanjutan masa dieksibitkan sebagai eksibit P3, manakala satu surat yang bertarikh 12.4.1975 yang menunjukan bahawa permohonan Plaintif untuk bekerja dalam kawasan lesen telah ditolak oleh Jawatankuasa Keselamatan Negeri dieksibitkan sebagai eksibit P4.

ii. Penamatan Perjanjian konsesi ini tidak boleh dibuat apabila Syarikat Plaintif telah pun membangunkan satu “intergrated timber industry”. S.6 Perjanjian Tambahan yang dieksibitkan sebagai eksibit P2 dirujuk. Satu surat dari Plaintif kepada Defenden bertarikh 30.6.1973 yang memaklumkan bahawa Defenden telah membina kilang papan, kilang “veneer, plywood and moulding” dikawasan konsesi telah dikemukakan sebagai eksibit P8. Gambar-gambar kilang sewaktu dalam fasa pembinaan dan setelah ianya siap dieksibitkan sebagai eksibit P27 A hingga R dan P28 A hingga H. Gambar-gambar mesin-mesin juga dieksibitkan sebagai eksibit P29 A hingga S. Senarai pembelian mesin-mesin dieksibitkan sebagai eksibit P9 manakala “sample” surat-surat daripada bank minta menjelaskan bayaran mesin-mesin dieksibitkan sebagai eksibit P30(a) dan (b).

iii. Tiada sebarang notis diberikan tentang penamatan tersebut sebagaimana klausa 11(A) Perjanjian eksibit P1.

3. Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas pihak Plaintif juga bahawa Defenden telah pecah kontrak penyelasaian. Saksi Pertama Plaintif dalam keterangannya menyatakan bahawa setelah persetujuan penyelasaian dicapai sebagaimana minit mesyuarat pada 17.6.1975 yang telah dieksibitkan sebagai P12, Plaintif telah menerima satu surat daripada Jabatan Perdana Menteri yang meminta Plaintif mengemukakan kertas cadangan tentang syarikat usahasama. Plaintif telah mengemukakan cadangan berkenaan penubuhan syarikat usahasama itu yang telah dieksibitkan sebagai eksibit P16.

4. Saksi pertama Plaintif selanjutnya memberi keterangan bahawa beberapa sesi perbincangan telah di adakan di antara pihak-pihak yang membuatkan Plaintif percaya bahawa penubuhan syarikat usahasama itu akan menjadi kenyataan. Satu mesyuarat telah diadakan di antara pihak Plaintif dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada 22.9.1976. Dalam mesyuarat tersebut syarat penyelesaian dan penubuhan syarikat usahasama sebagaimana yang dicadangkan dalam mesyuarat seperti minit dieksibit P12 telah dipersetujui. Pekara yang dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat tersebut telah dimasukkan dalam satu surat peguam Plaintif pada ketika itu kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah bertarikh 22.9.1976. Surat ini dieksibitkan sebagaimana eksibit P18. Susulan daripada itu YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah menulis satu surat kepada YAB Menteri Besar Kelantan pada ketika itu sebagaimana eksibit P19 memaklumkan terma dan syarat penyelesaian. Surat rahsia ini telah dijawab oleh YAB Menteri Besar Kelantan yang menyatakan persetujuan terma dan syarat penyelesaian sebagaimana dalam surat beliau kepada Plaintif bertarikh 28.11.1976 yang telah dieksibitkan sebagai P20.

5. Saksi pertama Plaintif selanjutnya menyatakan bahawa Plaintif telah menerima satu surat bertarikh 28.7.1977 daripada Setiausaha Kerajaan Negeri pada masa itu yang mengesahkan penyelesaian yang dibuat di antara kedua-dua pihak.

6. Selanjutnya Saksi Pertama Plaintif memberikan keterangan bahawa terdapat beberapa sesi perbincangan telah diadakan sejak 1984 hingga 1988 berkenaan penyelesaian dan pada 1989 satu mesyuarat telah diadakan dengan YAB Menteri Besar Kelantan pada ketika itu yang telah meminta pihak Plaintif memberikan maklumat berkenaan kepentingan Plaintif berkait penyelesaian. Plaintif telah mengemukakan satu surat bertarikh 14.11.1989 kepada YAB Menteri Besar yang mana telah dieksibitkan sebagai eksibit P22.

7. Saksi Pertama Plaintif seterusnya memberikan keterangan bahawa Plaintif telah menulis pula kepada Defenden berkenaan penyelesaian melalui surat peguam Plaintif kepada YAB Menteri Besar bertarikh 24.1.1995 dieksibitkan sebagai P24.

8. Saksi Pertama Plaintif juga telah merujuk kepada surat mereka bertarikh 16.2.2002 (eksibit P39) yang mana surat tersebut merujuk kepada syarat peguam mereka di P23 dan surat Setiausaha Sulit Menteri Besar dieksibit P24. Ini adalah surat “reminder” berkenaan dengan persetujuan penyelesaian sebagaimana surat YBM Tengku Razaleigh Hamzah di P19 dan juga persetujuan Kerajaan Negeri atas penyelesaian tersebut. Tiada perkembangan susulan atas berkenaan surat ini.

9. Surat-surat (correspondence) di antara kedua-dua pihak berkenaan pekara yang sama dieksibitkan secara kolektif sebagai P25 (a) hingga (h) juga telah dirujuk oleh Saksi Pertama Plaintif. Keterangan beliau tertumpu kepada Eksibit 25(g) iaitu satu surat yang ditulis oleh YB Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar bertarikh 13.8.2002 mencadangkan suatu mesyuarat diadakan berkaitan surat peguam Plaintif bertarikh 1.8.2002 tersebut yang telah dieksibitkan sebagai aksibit P25(e). Walau bagaimanapun mesyuarat yang dicadangkan itu tidak dibuat.

10. Plaintif kamudiannya telah membuat satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Gua Musang sebagaimana GM Rpt No. 834/2004 kerana beranggapan bahawa pihak Defenden telah memperdayakan mereka (melakukan frod) kerana kawasan yang sepatutnya menjadi kawasan syarikat usahasama yang dipersetujui itu telah diusahakan oleh pihak lain. Keterangan berkenaan kedudukan kawasan konsesi dan pihak semasa yang mengusahakan tanah di kawasan konsesi tersebut adalah melalui Saksi Kedua Plaintif.

Kes Defenden

1. Pembelaan pihak Defenden pula juga bersumber kepada 2 pekara iaitu yang pertama, menamatkan perjanjian konsesi adalah selaras dengan (s. 5(b)(i) syarat perjanjian konsesi (eksibit P1) dan kedua bahawa perjanjian penyelesaian adalah tidak mengikat (not binding) ke atas Defenden kerana tiadanya perjanjian bertulis bagi perjanjian penyelesaian ini.

2. Berdasar pembelaan di atas Defenden telah memfailkan satu Saman Dalam Kamar di bawah Aturan 18 Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 untuk mengenepikan Wirit Saman dan Penyata Tuntutan Plaintif. Walau bagaimanapun permohonan ini telah ditolak oleh mahkamah. Tiada rayuan dibuat terhadap keputusan ini.

3. Fakta berkenaan perjanjian konsesi dan penamatan perjanjian itu tidak dipertikaikan. Apa yang dipertikaikan adalah isu kandungan undang-undang sama ada penamatan itu sah atau tidak. Pihak Defenden tidak memanggil saksi berkenaan pekara ini. Cabaran dibuat di mahkamah sewaktu perbicaraan selaras dengan pembelaan yang difailkan.

4. Cabaran atas interpretasi dokumen yang dikemukakan khasnya interpetasi mini mesyuarat dieksibit P12 adalah sebagaimana pembelaan yang difailkan. Pembelaan Defenden tidak menafikan bahawa suatu mesyuarat telah diadakan pada 17.6.1975 yang dipengerusikan oleh YBM Tengku Ahmad Rithauddeen. Cabaran dibuat sewaktu pemeriksaan balas Saksi Pertama Plaintif atas minit mesyuarat yang dikemukakan. Walau bagaimanapun Saksi Pertama Plaintif menyatakan bahawa beliau sendiri menghadiri mesyuarat itu bersama-sama mendiang abang beliau Dato’ Kang Kock Seng dan En. Nik Hussein bin Ali mewakili Syarikat Plaintif.

5. Minit mesyuarat ini tidak sebenarnya mengikat mana-mana pihak. Pihak Defenden telah menghujahkan bahawa jika dirujuk pula kepada surat YBM Tengku Razaleigh Hamzah kepada YAB Menteri Besar Kelantan (P19) di perenggan 3, 4 dan 5 langsung tidak menyebut tentang kawasan “concession” merupakan sebahagian dari “subject matter” penyelesaian. Persetujuan kerajaan negeri berkenaan cadangan penyelesaian adalah khusus merujuk kepada surat YBM Tengku Razaleigh Hamzah ini (P20) dan bukan minit kepada mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBM Tengku Ahmad Ritahuddeen yang diadakan pada 17.6.1975. Persetujuan penyelesaian ini tidak dijadikan satu perjanjian bertulis. Selanjutnya jika diteliti surat P19 dan P20 dapat dilihat bahawa penyelesaian yang dipersetujui itu (mengadakan syarikat usahasama) tidaklah melibatkan apa-apa balasan berharga (valuable consideration). RM3.5 juta yang dibayar bukanlah balasan berharga bagi maksud penyelesaian tersebut (rujuk perenggan 3, 4, dan 5 P19). Oleh yang demikian persoalan yang timbul adalah sama ada penyelesaian ini boleh diterimapakai (enforceable) di bawah undang-undang kontrak. Seksyen 26 Akta Kontrak 1950 memperuntukan seperti berikut:

Section 26. Agreement without consideration, void, unless –

An agreement made without consideration is void, unless –

It is in writing and registered

(a) it is expressed in writing and registered under the law (if any) for the time being in force for the registration for the promisor, and is made on account of natural love and affection between parties standing in a near relation to each other ;

Or is a promise to compensate for something done

(b) it is a promise to compensate, wholly or in part, a person who has already voluntarily done something for the promisor or something which the promisor was legally compellable to do; or

Or is a promise to pay a debt barred by limitation law.

(c) it is a promise, made in writing and signed by the person to be charged there with, or by his agent generally or specially outhorized in that behalf, to pay wholly or in part a debt of which the creditor might have enforced payment but for the limitation of suits.

Berdasarkan peruntukan seksyen 26 Akta Kontrak 1956 di atas dan juga memandangkan bahawa persetujuan penyelesaian ini tidak dijadikan perjanjian bertulis, pihak Defenden telah menghujahkan bahawa persetujuan penyelesaian di antara Plaintif dan Defender ini adalah “void”.

6. Seterusnya hujah juga telah dibuat terhadap keterangan mengenai penubuhan syarikat usahasama di mana keterangan diberikan bahawa pegangan ekuiti syarikat itu adalah 70% bagi Kerajaan Negeri dan 30% bagi Syarikat Timbermine. Keterangan yang menyatakan bahawa jumlah RM3.5 juta itu merupakan konsiderasi pegangan ekuiti dalam syarikat usahasama adalah daripada keterangan SP1 di mana keterangan ini sama sekali bercanggah (sebagaimana dalam eksibit P39) dengan kandungan P19 dan P20. Mohon merujuk kepada seksyen 91 Akta Keterangan 1950.

Section 91. Evidence of terms of contracts, grants and other dispositions of property reduced to form of document.

When in terms of a contract or of a grant or of any other disposition of property have been reduced by or by consent of the parties to the form of a document, and in all cases in which any matter is required by law to be reduced to the form of a document, no evidence shall be given in proof of the terms of the contract, grant or other disposition of property or of the matter except the document itself, or secondary evidence of its contents in cases in which secondary evidence is admissible under the provisions here in before contained.

Exception 1 - When a public officer is required by law to be appointed in writing, and when it is shown that any particular person has acted as such officer, the writing by which he is appointed need not be proved.

Exception 2 - Wills admitted to probate in Malaysia may be by the probate.

Explanation 1 - This section applies equally to cases in which the contracts, grants or disposition of property referred to are contained in one document and to cases in which they are contained in more documents than one.

Explanation 2 - Where there are more originals than one, one eriginal only need be proved.

Explanation 3 - The statement in any document whatever of a fact, other than the facts referred to in this section, shall not preclude the admission of oral evidence as to the same fact.

ILLUSTRATIONS

(a) If a contract is contained in several letters in which it is contained must be proved.

(b) If a contract is contained in a bill of axchange, the bill of exchange must be proved.

(c) If a bill of exchange is drawn in a set of three, one only need to proved.

(d) A contracts in writing with B for the delivery of pepper upon certain terms. The contract mentions the fact that B had paid A the price of other pepper contracted for verbally on another occasion.

Oral evidence is offered that no payment was made for the other pepper. The evidence is admissible.

(e) A give B a receipt for money paid by B

Oral evidence is offered of the payment.

The avidence is admissible.

Oleh yang demikian keterangan Saksi Pertama Plaintif1 (bahawa bayaran “goodwill” adalah sebenarnya nilai ekuiti 70% Kerajaan Negeri dalam Syarikat Usahasama yang dicadang ditubuhkan) yang merujuk kepada P39 tidaklah boleh digunakan untuk mengubah atau menambah maksud yang terkandung dalam P19 dan P20. Sebagai menyokong hujah mohon untuk merujuk kes Citi Bank NA v Mohd Abdullah Ang Swee Kang & Ors (1992) 1 CLJ 296 di mana dipetik pernyataan Y.A Hakim di dalam kes tersebut;

“For the 3rd defendend it was contended that it was the intention of the parties that the guarantee had reference to only the RM1 million overdraff facility. This contention contradicts what is stated in the guarantee. It was attempted to bolster this contention by reference to certain letters. Section 91 and 92 of the Evidence Act does not permit this unless one of the provisos to s. 92 can be called to aid which was not the case here”.

7. Selain dari itu Defenden juga telah menghujahkan tentang keterangan Saksi Pertama Plaintif yang menyatakan bahawa lanjutan daripada itu pembayaran RM3.5 juta oleh pihak Defenden kepada Plaintif dibuat. Selain daripada bayaran itu sebahagian daripada premium yang telah dibayar oleh plaintif untuk kawasan “concession” telah dikembalikan (refunded). SP1 di dalam keterangannya pada 8.3.2009 jelas menyatakan pekara ini. Beliau selanjutnya menyatakan jika sekiranya kontrak ditamatkan maka tidak sepatutnya premium dibayar balik (refunded) dan oleh kerana itu penamatan kontrak sebenarnya tidak berlaku. Adalah dihujahkan bahawa apabila bayaran premium dibayar balik, maka kedua-dua pihak kembali ke status quo asal sebelum kontrak dimeterai. Oleh yang demikian, secara lojiknya plaintif tidak lagi mempunyai apa-apa hak atas baki “concession” yang belum diusahakan. Apa yang tinggal di antara plaintif dan defenden hanyalah persetujuan untuk mengadakan syarikat usahasama.

8. Selain dari mencabar keterangan berkenaan perjanjian asal dan juga persetujuan penyelesaian cabaran juga telah dibuat terhadap keterangan berkenaan jumlah gantirugi yang dituntut. Adalah tidak dinafikan bahawa kilang plaintif mengunakan pekerja-pekerja dalam menjalankan operasinya dan plaintif menuntut gantirugi atas kos yang ditanggung olehnya menggaji pekerja-pekerja tersebut sementara menunggu syarikat usahasama diwujudkan.

9. Walau bagaimanapun, keterangan plaintif berkenaan perkara ini adalah tidak memadai kerana hanya jumlah besar yang diberikan mengenai kos tersebut tanpa perinci (jumlah pekerja, tangga gaji, elaun, bonus dsb) yang perlu bagi mahkamah menilai sama ada jumlah besar itu adalah jumlah sebenar kos yang ditanggung. Tiada keterangan tentang berapa ramaikah pekerja yang berkaitan, apakan jumlah gaji yang dibayar bagi setiap pekerja, dan berapa lamakah mereka diambil bekerja. Tiada sebarang keterangan sokongan seperti slip gaji, caruman KWSP atau PERKESO dikemukakan.

10. Defenden juga telah mencabar pekara mengenai cara Saksi Pertama Plaintif membuat perkiraan kerugian “loss of earnings” sebagaimana dalam Jadual di eksibit P41. Setelah disoal balas Saksi Pertama Plaintif bersetuju bahawa Jadual yang beliau sediakan itu bukanlah berdasarkan harga kayu, tetapi berdasarkan “profit margin” yang dianggar semata-mata.

11. Cabaran juga dibuat terhadap Saksi Ketiga Plaintif yang memberikan keterangan sebagai seorang saksi pakar. Keterangan beliau disokong oleh satu laporan yang beliau sediakan sendiri. Keterangan yang diberikan adalah berkaitan nilai kayu kayan yang lazim bagi kawasan sebagaimana di kawasan konsesi.

12. Keterangan beliau sewaktu soal balas menunjukkan bahawa beliau telah memberikan harga purata bagi nilai kayu mulai dari tarikh konsesi hingga masa sekarang (1965 hingga 2009). Beliau tidak dapat berikan nilaian sebenar harga kayu sebelum dari tahun 1985 kerana kekurangan maklumat berkenaan dengannya yang boleh diperolehi. Harga purata yang diberikan pula hanyalah berdasarkan nilaian tahun 2008 sahaja. Defenden mempersoal kewajaran mengambil nilaian tahun 2008 ini bagi mewakili harga kayu dari tahun 60an sehingga tahun 2008 hanya berdasarkan nilaian harga kayu tahun 2008? Telah dihujahkan bahawa nilai purata yangdiberikan ini tidaklah mengambarkan nilai sebenar kayu di kawasan konsesi pada tahun sebelum tahun 2008 lebih-lebih lagi bagi tahun tahun 60an, 70an, 80an dan 90an.

13. Saksi Ketiga Plaintif juga memberi keterangan bahawa nilai keuntungan yang akan diperolehi dari satu kawasan konsesi berkait rapat dengan jenis kayu yang ada di kawasan konsesi. Walau bagaimanapun, keterangan beliau jelas menunjukan beliau tidak pernah pergi ke kawasan konsesi tersebut dan apa-apa keterangan beliau berkenaan jenis kayu dan peratusannya hanyalah merupakan anggapan atau anggaran beliau semata-mata berdasarkan kawasan konsesi yang lain yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Keterangan ini boleh dikatakan Cuma satu “educated guesswork” dan Defenden mempersoalkan kewajaran keterangan ini dijadikan panduan oleh mahkamah dalam menilai harga kayu di kawasan konsesi yang menjadi pertikaian. Telah dihujahkan bahawa keterangan ini juga adalah tidak memadai untuk mahkamah membuat nilaian harga kayu pada setiap hektar kawasan konsesi.

Jumlah Tuntutan Gantirugi

1. Plaintif menuntut gantirugi kehilangan pendapatan RM840 juta (atas dasar RM3 000 seekar x 280 000 ekar x 30% ikuiti atas dasar perjanjian penyelesaian dianggap sebagai sah) atau RM11,485 seekar x 280 000 ekar = RM3,215,800,00.00 (atas dasar 100% akibat pecah kontrak).

2. Gantirugi Khas RM13.6 juta.

3. Gaji yang dibayar kepada pekerja RM1.74 juta.

4. Faedah dan

5. Kos

Fakta Laporan disedut daripada apa yang disediakan oleh Penolong Penasihat Undang-Undang, Negeri Kelantan.

Wan Nik Yusuf
Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Kelantan