Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, January 5, 2010

BAJET 2010 JELAS RAKYAT SABAH BUKAN ANAK EMAS TAPI ANAK TIRI ?


Mengoptima Muatan Beban Stesen Hidro Elektrik Bakun: Mengapa Tidak ke Sabah?

Salam,
Di sebalik keriuhan Dewan Rakyat dengan bahas Belanjawan 2010, persoalan yang baik muncul di Dewan Negara berkenaan pembekalan elektrik dari Stesen Hidroelektrik Bakun 2400MW(Megawatt). Tarif rumah kita pakai kWj(Kilowatt-jam).

Pemula kata, samada perasan atau tidak kita mungkin biasa sudah terlihat menara talian penghantaran elektrik yang berada di sekeliling Kuala Lumpur dan di bukit-bukit sepanjang perjalanan di lebuhraya. Merata dan Melata mata memandang.
Melihat laporan KeTTHA 2008, projek kabel dasar laut ini mungkin menelan belanja RM10 bilion bagi menghantar bekalan elektrik dari Bakun ke Semenanjung & jarak kabel dasar laut yang akan direntangkan itu adalah sepanjang 676km.

Soalan yang terbit di Dewan Negara pada 21/12/2009 ialah:

6. Datuk Maijol Mahap minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan, kenapakah hidro tenaga di Bakun akan membekalkan tenaga ke Sarawak dan seluruh Semenanjung Malaysia tetapi tidak ke Sabah?

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air [Puan Noriah binti Kasnon]:
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat perancangan untuk menyalurkan bekalan elektrik dari Projek Hidro Elektrik Bakun ke Semenanjung merupakan salah satu perancangan jangka panjang bagi memenuhi keperluan bekalan elektrik di semenanjung, serta mengurangkan kebergantungan kepada sumber bahan api fosil. Pada masa ini Tuan Yang di-Pertua, bahan api fosil membekalkan lebih daripada 90% keperluan bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia.

Kebergantungan yang begitu besar kepada bahan api fosil akan mendedahkan Semenanjung kepada risiko perbekalan serta harga bahan api yang tidak menentu. Ini menjejaskan keselamatan bekalan elektrik bagi Semenanjung Malaysia. Oleh itu kerajaan telah membuat keputusan untuk menyalurkan bekalan elektrik dari Projek Hidro Elektrik Bakun ke Semenanjung bagi menjamin bekalan yang mencukupi, berdaya harap dan menawarkan harga yang berpatutan kepada pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, faktor lain yang menyebabkan kerajaan memutuskan supaya bekalan elektrik dari empangan hidro elektrik Bakun disalurkan ke Semenanjung adalah juga seperti kos bagi menyalurkan bekalan elektrik dari Projek Hidro Elektrik Bakun ke Sabah adalah begitu tinggi disebabkan permintaan bekalan elektrik yang rendah di negeri tersebut iaitu dalam lingkungan 300 megawatt sahaja. Oleh itu, pembinaan stesen-stesen jana kuasa yang lebih efektif dari segi kos adalah lebih wajar dipertimbangkan bagi memenuhi permintaan elektrik di Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah. Pembinaan talian penghantaran yang jauh dari Projek Hidro Elektrik Bakun ke Sabah serta merentasi kawasan yang mempunyai muka bumi yang begitu mencabar turut memberi impak terhadap kos penyaluran bekalan elektrik dari Projek Hidro Elektrik Bakun ke Semenanjung. Dalam perancangan pembangunan tenaga elektrik berasaskan sumber hidro bagi negeri Sabah kerajaan telah mengenal pasti dua stesen janakuasa hidro yang berpotensi iaitu di Ulu Padas dan juga di Liwagu sebagai salah satu usaha untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Secara peribadinya, kakak saudara saya, Kak Ima, mengajar di Kunak, Sabah. Saya simpati dengan keadaan di Sabah. Dalam membangunkan bandar, dalam usaha kita menarik pelabur, dalam persediaan kita dalam meniaga, kemudahan asas adalah yang terpaling penting. Bagaimana orang niaga nak bina kilang dekat Sabah kalau mereka dapat tahu kemampuan bekalan elektrik Sabah itu terhad dan bekalannya tak stabil, tak berdayaharap dan kerap terputus dalam setahun? Kalau nak meniaga restoran kena ada air lah, kena ada letrik lah. Kalau bekalan air letrik putus-putus amacam? Yakin ke tidak nak meniaga?
Belanjawan 2010, jelas memperuntukkan perbelanjaan 5 billion oleh TNB di bawah tajuk Menyediakan Persekitaran Mesra Pelanggan, perkara 27 secara khusus menyentuh soal memperkukuh sistem penghantaran dan pengagihan di Sabah. Pembinaan talian menara penghantaran dari Bakun ke Sabah jugak wajar diambil kira sebahagian daripada usaha memperkukuh sistem penghantaran ke Sabah.

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Dalam dunia perniagaan kos tetap dan kos berubah memainkan peranan didalam mengawali untung rugi sesuatu urusniaga yang dilakukan.Didalam dunia pemerintahan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat perlu diutamakan.Untuk mendatang kesejahteraan dan kesenangan rakyat pada asasnya keperluan minimun rakyat seperti air dan api mesti dibekalkan kerana ia sumber dan kemudahan harian menjalani kehidupan.Tanpanya ia rakyat menghadapi kesulitan dan keperitan serta boleh menimbulkan keresahan rakyat kepada kerajaan pemerintah.Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang sanggup berkorban dan berusaha menyenangkan rakyat walau pun kadangkala terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi demi keperluan rakyatnya.Sebagai permulaan memanglah perbelanjaan menyalurkan atau membekal tenaga lektrik kepada Sabah menelan kos yang tinggi tetapi dapat merendah kos tarikan untuk pelabur luar datang melabur dan pembukaaan kawasan-kawsan industri dari masa kemasa.Ini juga merancakkan permintaan bekalan letrik dari masa kemasa dengan berkembang kegiatan industri dan pembukaan kawasan baru.Sabah berpontesi menjadi negara yang maju kerana sumber aslinya minyak dan kawasan-kawasan hijau berkapasiti tinggi jika dibandingkan denagn jumlah penduduk dan corak pembangunan yang wujud disana.