Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, January 5, 2010
ADUN BATANGKALI TUNJUK BERANI DENGAN PEREMPUAN LEMAH
Tapak Program Juara Rakyat PM Najib 9 Januari di Bandar Bukit Sentosa,untungnya siapa dapat projek pemasangan kemah yang banyak itu.
BUKIT SENTOSA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim memberi amaran keras kepada Exco Selangor, Elizabeth Wong yang mahu menghalau Barisan Nasional (BN) dari Hulu Selangor.Semalam, Sinar Harian mendedahkan kenyataan Elizabeth yang mahu menghalau BN daripada Hulu Selangor dan akan memastikan PR mengusai Parlimen berkenaan.
Kenyataan itu menimbulkan kemarahan daripada pemimpin BN sehingga menyifatkan kenyataan itu sebagai biadab.
Mohd Isa yang marah dengan kenyataan biadab itu, turut meminta Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu supaya menilai dirinya dahulu sebelum berkata demikian.
“Saya minta Elizabeth cermin diri dahulu dan jangan bercakap ikut sedap mulut.
“Saya cabar dia supaya turun bertanding di kawasan saya atau di mana-mana DUN (Dewan Undangan Negeri) di Parlimen Hulu Selangor ini kalau benar dia mahu halau BN,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmian sebuah program rakyat di sini semalam.
Mohd Isa berkata, pada hakikatnya rakyat di DUN Bukit Lanjan juga mahu menghalau Elizabeth daripada kawasan itu disebabkan rekod buruknya selama memegang kerusi ADUN berkenaan.
Menurutnya, rakyat di Bukit Lanjan sebenarnya malu dengan seorang wakil rakyat yang tidak bermoral malah lantang bersuara tanpa sebarang asas yang kukuh.
Beliau turut menyifatkan ADUN daripada Pakatan Rakyat (PR) itu turut memiliki moral yang rendah sehingga mencatat rekod buruk termasuk gambar aksi kurang sopannya yang pernah tersebar di internet satu ketika dahulu.
Dalam pada itu, Mohd Isa turut menyentuh sikap pengecut PR sehingga sanggup mempertahankan Ahli Parlimen (MP) yang sakit dan tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.
Beliau menyifatkan pengekalan MP itu sebagai bukti ketakutan yang ada dalam barisan kepimpinan PR.
“Mereka tak berani desak MP berhenti sebab mereka tak yakin akan menang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum
Dahulu ada angan-angan dan impian dari BN selangor hendak nilkan pembangkang tetapi didalam PRU 12 baru-baru ini, kerajaan Selangor bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat termasuk kemenangan keatas Parlimen Ulu Selangor.Suasana kekalahan ini membawa mimpi buruk dan trauma yang tak kunjung hilang dari pimpinan BN khususnya UMNO. Pelbagai cara digunakan untuk menggangu gugat dan memporak perandakan Pakatan Rakyat dengan menggunakan lembu-lembu dicucuk hidung dan pelbagai talian hayat.Tetapi yang terjadi ialah berputih mata dan gigit jari apabila convention Pakatan rakyat yang lalu berjaya dengan cermelang dan mengukuhkan lagi kerajaan Pakatan rakyat diselangor.Apa yang hendak dicari oleh mereka diHulu Selangor itu melainkan gelaran Juara 1 malaysia bermula dibumi keramat Bukit Sentosa dan akan dicanang diseluruh pelusuk alam malaysia.Apa yang telah terjadi lebih kurang 50 tahun BN(UMNO)memerintah kerajaan malaysia keatas nasib orang Melayu diPulau Pinang,Pulau batu Putih,Ekonomi negara,sistem kehakiman,masalah sosial remaja,double standard keatas kerajaan negeri pembangkang,kenaikan harga barang,pendapatan rakyat,kes antaltuya dan 1001 macam-macam lagi.Semuanya ini telah mempengaruhi kehidupan rakyat serta minda dan daya intelek mereka sehinggakan timbul semangat untuk menolak BN dan sekutunya diPRU13 akan datang.Bolehkah mereka menjadi juara didalam kemelut yang telah saya sebutkan tadi,didalam keadaan UMNO berpecah,lemah,korup,scandal,kroni dan....Oleh itu diharapkan YB yang disebut oleh penulis ini,banyak-banyak mengoreksi diri dan partinya sebelum melangkah dan berlagak sebagai Juara diatas bumi Bukit sentosa itu.Jangan main-main cakapje dan sakit hati keatas orang yang bakal menguasai parlimen Ulu Selangor pada PRU 13 insyaaalah.
Post a Comment