Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, December 8, 2010

BUKAN PENDIRIAN SAJA, PERBUATAN PUN KURANG AJAR


KUALA LUMPUR, 8 Dis. : Pemuda PAS membantah sekeras-kerasnya cadangan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu menjadikan golongan doktor, jururawat,
juruterbang dan wartawan sebagai pengundi pos — tambahan kepada sistem yang ada
sekarang dan dipertikaikan Pakatan Rakyat.

Sayap PAS itu berpendapat menggunakan sistem undi pos terhadap golongan
profesional terbabit menutup lagi ruang demokrasi negara yang kian
dipertikaikan rakyat.
“Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menegaskan undi pos adalah talian hayat
kerajaan Umno-BN.
“Cadangan SPR seakan mahu menambah jangka hayat pemimpin Umno-BN terutama di
kawasan yang mereka tidak selamat. Apakah SPR mahu menjadi sebuah lagi parti
komponen BN dengan menjalankan usaha yang licik buat membantu memenangkan
Umno-BN dalam PRU ke-13?” kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Fadhil Osman dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Sambil menegaskan sistem undi pos telah lama dipertikaikan rakyat, pemimpin
muda ini mempersoalkan apakah jaminan SPR ketelusan undi pos dapat dijalankan
dengan baik memandangkan ada pengalaman anggota tentera yang tidak dapat
mengundi pos semasa mereka bertugas kerana telah diundi oleh pihak atasan
mereka.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar semalam dipetik berkata,
pihaknya sedang menimbang untuk meletakkan golongan yang sibuk bertugas semasa
pilihan raya dalam kategori pengundi pos.
Antara yang ditimbangkan para doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan. Kata
beliau, keutamaan untuk berbuat demikian akan diberikan kepada golongan itu
memandangkan mereka tidak dapat mengundi hanya disebabkan kesibukan membantu
melancarkan rutin masyarakat seharian termasuk semasa pengundian.
Mengikut Akta Pilihan Raya, hanya empat kategori rakyat layak membuang undi pos
iaitu anggota tentera, kakitangan awam yang bertugas di luar negara, pelajar
sepenuh masa dan keluarga kumpulan berkenaan.
“Dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang, daftar pemilih SPR tidak sama dengan
daftar pemilih tentera, serta kertas undi boleh dserahkan di mana-mana termasuk
di kompleks beli-belah.
“Bagaimana kertas undi yang dipos dua hari sebelum mengundi mampu dipulangkan
balik tepat pada masanya tanpa berlau kesilapan,” kata Fadhil sambil menambah,
hampir setiap pilihan raya kecil atau umum, kemenangan besar calon BN diraih
melalui undi pos dan terlalu sedikit yang mengundi calon pembangkang.
“Mungkinkah semua anggota tentera adalah ahli BN atau pengundi tegar BN di
mana-mana kawasan?” katanya lagi.
Dalam kes anggota tentera, kata beliau, pihaknya mempersoalkan keperluan SPR
menjadikan golongan ini sebagai pengundi pos memandangkan suasana negara yang
tidak mendesak sedemikian.
“Dalam keadaan aman dan tenteram sebeginilah, ruang demokrasi perlu dibuka
seluas-luasnya dengan memberi peluang anggota tentera mengundi sebagaimana
pengundi yang lain,” katanya.
Menurut Fadhil, alasan SPR mahu menjadikan kumpulan profesional sebagai
pengundi pos hanya semata-mata mahu memberi peluang kepada mereka untuk
mengundi kerana terlalu sibuk bekerja adalah alasan yang tidak boleh diterima.
“Golongan ini bekerja mengikut jadual dan syif.
“Dewan Pemuda tidak fikir sekiranya mereka turun mengundi mengikut jadual
sepertimana golongan profesional yang lain, menyebabkan operasi kerja mereka
terjejas.
“Kalaulah mereka tidak berpeluang mengundi kerana sedang bekerja, mereka
tidaklah mewakili golongan majoriti yang perlu dijadikan sebagai pengundi pos,”
katanya lagi.
Dalam hal ini, kata beliau, SPR perlu mengelak hari bekerja sebagai hari
mengundi sepertimana yang dibuat ketika beberapa pilihan raya kecil baru-baru
ini.
“Ini lebih menyukarkan semua golongan bekerja untuk turun mengundi,” kata
beliau lagi.
Jelas beliau, sekiranya SPR berkeras juga mahu menjadikan golongan doktor,
jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai pengundi pos, Dewan Pemuda PAS
mengesyorkan agar menjadikan semua golongan profesional sebagai pengundi pos.
“Bukan setakat itu, mahasiswa yang layak mengundi, penoreh getah, pekebun,
pemandu teksi dan bas, nelayan, peniaga dan lain-lain juga boleh dijadikan
sebagai pengundi pos memandangkan semua golongan ini sibuk bekerja dan tidak
mampu meninggalkan tempat kerja mereka untuk turun mengundi.
“Dengan demikian, mudahlah BN meraih kemenangan besar dalam PRU ke-13 akan
datang,” katanya lagi.

1 comment:

Echam said...

Itu petanda BN dh nak berkuburlah tu...