Angkasa Dapat Kelulusan Buka Bank Sendiri
Cadangan penubuhan bank pertama milik Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Islamic Cooperative Bank of Malaysia (ICBM), diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)pada 27 November lepas.
Presiden Angkasa, Datuk Dr Mohd Ali Baharum berkata, buat masa ini bank itu menggunakan nama "Koperasi Masraf Angkasa" memandangkan ICBM masih menunggu kelulusan Bank Negara.
"Pada peringkat awal, pejabat Koperasi Masraf milik Angkasa ini akan beroperasi di Ibu Pejabat Angkasa di Wisma Ungku A.Aziz di Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, Petaling Jaya, sehingga pejabat baru dikenal pasti kelak," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima surat kelulusan ICBM daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di lobi Parlimen, di sini, Rabu.
Katanya, Angkasa akan membuat hebahan dalam tempoh terdekat mengenai tarikh Koperasi Masraf akan beroperasi sepenuhnya untuk memberi pekhidmatan kepada orang ramai.
Dr Mohd Ali berkata, Koperasi Masraf akan menjadi bank koperasi ketiga di negara ini selepas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) dan Bank Persatuan Malaysia Bhd (Bank Persatuan).
"Ciri-ciri Koperasi Masraf ini berkonsepkan Ta'awun (bekerjasama), mengenakan caj kewangan yang berlandaskan syariah, produk berbeza berbanding produk kewangan yang sedia ada.
"Koperasi milik Angkasa ini juga akan memperkenal Skim Pinjaman Perumahan berasaskan Musyarakah Mutanaqisah (akad pindah hak milik)," katanya.
Beliau berterima kasih kepada Ismail Sabri kerana memberi kepercayaan kepada Angkasa untuk menubuhkan Koperasi Masraf.
- MSTAR
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment