Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, December 2, 2010

ASYIK DAPAT BANTUAN KHAS BAIK PILIH PRESIDEN BARU !


Ntah berapa kali Presiden CUEPACS bertungkus lumus nak dapatkan bonus namun rasernya dah banyak kali dinafikan dengan pelbagai alasan oleh PM. Akhirnya setiap kali minta bonus , bantuan khas sahaja yang ahli dapat.
KUALA LUMPUR, 2 Dis — Pemilihan Cuepacs mula rancak dengan wujud desakan agar Presidennya Omar Osman, yang baru-baru ini disambung semula kontrak perkhidmatan, agar berundur untuk memberi laluan kepada pihak lain memimpin kongres itu.
Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohd Zin yang berganding dengan Omar pada pemilihan tiga tahun lalu berkata, sudah sampai masa bagi Cuepacs memerlukan seorang presiden yang baru.
Pada pemilihan 22 Disember ini, Ahmad Shah akan berganding dengan Ramli Omar iaitu Presiden Kesatuan Kakitangan Mardi Malaysia kali ini.
“Presiden patut ditukar... beliau wajar memberi laluan kepada orang lain sebab Cuepacs memerlukan pemimpin baru, dengan idea-idea yang baru.
“Saya atau barisan kami tidak mengatakan beliau tidak memberi sumbangan, tetapi sudah sampai masanya Cuepacs memerlukan kepimpinan tertinggi yang baru,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Cuepacs mengadakan mesyuarat majlis kongres semalam mengesahkan senarai pencalonan, yang sesinya ditutup Isnin lalu.
Mereka yang dicalonkan perlu mengesahkan penerimaan pencalonan sebelum 15 Disember ini.
“Ini pandangan ahli-ahli akar umbi. Cuepacs mahukan kepimpinan lebih dinamik,” kata beliau.
Ahmad Shah yang mengesahkan akan mempertahankan kedudukannya buat penggal ketiga berkata, kali ini akan bertanding dalam pasukan Ramli yang turut memutuskan mencabar Omar.
Ketika ditanya mengapa tidak berada dalam pasukan Omar, Ahmad berkata, “nampaknya beliau yang tidak mahukan saya.”
“Kesatuan beliau tidak mencalonkan saya pun, untuk jawatan setiausaha agung. Jadi saya menganggap saya tidak diperlukan oleh Omar. Maka, saya bergandingan dengan Ramli,” katanya lagi.
Ramli pula berkata, pihaknya telah menyusun barisan calon dengan memilih Ahmad Shah untuk jawatan setiausaha agung.
“Saya dah memutuskan tanding jawatan presiden sekali lagi. Ahmad Shah akan jadi gandingan untuk jawatan setiausaha agung,” kata Ramli, yang pernah dua kali bertanding jawatan presiden sebelum 2007.
“Saya yakin kali ini selepas dua kali mencuba sebelum ini,” katanya ketika ditanya peluang beliau.
“Cuepacs memerlukan perubahan dan pembaharuan, yang akan membantu kakitangan awam seiring dengan gagasan 1 Malaysia,” katanya.
Cuepacs mengadakan pemilihan terakhir tiga tahun lalu.
September lalu, Omar, 58, memberitahu The Malaysian Insider bahawa kontrak perkhidmatannya telah dilanjutkan tetapi tidak memaklumkan tempoh baru.
Usaha menghubungi beliau masih belum berhasil.
Sumber mendakwa perkhidmatannya hanya disambung enam bulan sejak September lalu.
Beliau juga belum mengesahkan sama ada mahu mempertahankan jawatannya kali ini.
Bagaimanapun rakan-rakannya yang dihubungi mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa Omar, Presiden Kesatuan Kakitangan Universiti Putra Malaysia, akan bertanding lagi.
“Omar sudah memberitahu kami yang beliau akan bertanding lagi,” kata seorang pemimpin kesatuan gabungan Cuepacs.
Cuepacs ada 130 kesatuan gabungan.
Omar memperoleh 48 pencalonan.
Ramli dicalonkan oleh satu kesatuan manakala Azih Muda, kini merupakan Timbalan Presiden Cuepacs, juga menerima satu pencalonan. Ahmad Shah juga menerima satu pencalonan bagi jawatan presiden.
Bagi jawatan setiausaha agung, selain Ahmad Shah, turut dicalonkan Lok Yim Pheng yang menerima 30 pencalonan, Ku Azmi Ku Ibrahim (dua) dan Adnan Mat (satu).

1 comment:

Anonymous said...

salam

semoga gandingan baru kita dapat apa yg kita impikan, kalau gagal tiga tahun lagi kita buat pemilihan hahaha
Setiausaha Agung sekarang bekerja amat rajin, banyak kejayaan dicapai atas usahanya