NUBE Desak bonus 80 Bulan Dibayar Kepada 5,000 Anggotanya
Jumaat, 2010 November 19
KUALA LUMPUR 19 NOV : Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) hari ini mendesak bonus sebanyak 80 bulan dibayar kepada 5,000 anggotanya di Maybank, sebagai tunggakan bagi tempoh sepuluh tahun lepas.
Setiausaha Agungnya J. Solomon berkata desakan itu dibuat atas dasar bonus serupa telah dibayar kepada kakitangan eksekutif bank berkenaan bagi tempoh yang sama.
Beliau berkata walaupun NUBE berbangga dengan pencapaian cemerlang perbadanan di Malaysia, namun pengiktirafan serta ganjaran perlu diagihkan secara sama rata kepada semua kategori pekerja.
"Bagi suku pertama tahun ini, keuntungan Maybank melebihi paras RM1 bilion,dan anggota NUBE turut menyumbang kepada situasi ini, maka mereka perlu diberikan ganjaran sewajarnya," katanya kepada Bernama hari ini.
Soloman berkata kesatuan itu telah menulis kepada bank tersebut pada 14 Oktober berhubung perkara tersebut, namun belum menerima sebarang jawapan.
"Ini jelas menunjukkan rasa tidak hormat syarikat berkaitan kerajaan kepada pekerjanya sendiri, yang merupakan warga negara Malaysia.
"Malah, ini bertentangan dengan aspirasi gagasan 1Malaysia dan Model BaruEkonomi yang bermatlamat mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi.
Bagaimanapun, ia perlu memanfaatkan seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya segelintir yang merampas kemakmuran yang diperoleh serta dicipta oleh semuarakyat Malaysia," katanya.
Menjawab desakan NUBE, Maybank dalam satu kenyataan berkata isu ganjaran tahunan untuk kakitangannya dalam kategori perkeranian dan bukan perkeranian adalah berdasarkan perjanjian bersama (CA) antara Persatuan Bank-Bank Perdagangan Malaysia (MCBA) dan NUBE.
Katanya, CA itu dicapai menerusi NUBE, dan dengan jelas mentakrifkan ganjaran yang dipersetujui, termasuk bonus kontrak kepada semua anggota kesatuan tersebut.
Maybank berkata ia sentiasa mematuhi CA tersebut, malah pada tahun ini, bank berkenaan telah memberi bonus tambahan dalam bentuk tunai sebanyak RM1,000 kepada setiap kakitangannya termasuk anggota NUBE, selain bonus kontrak atau bonus berdasarkan prestasi, seperti yang telah dipersetujui.
Katanya, MCBA dalam rundingan mengenai CA sebelum ini telah mencadangkan satu skim bonus berdasarkan prestasi kepada anggota NUBE.
Bagaimanapun, ia berkata NUBE kemudian telah memilih skim bonus kontrak untuk menjadi sebahagian daripada CA tersebut. Maybank berkata ia telah melaksanakan satu polisi pemberian ganjaran yang adil berdasarkan prestasi dan merit sejajar amalan terbaik dan mengatasi purata industri.
Sehubungan itu, katanya, kakitangan Maybank dalam skim bonus berdasarkan prestasi, menerima ganjaran yang menggambarkan prestasi individu serta pencapaian bank.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
2 comments:
tolong jangan saman yang Penyelewengan Tabung Memali :Klik sini
Pendedahan ! Pembohongan besar ,fitnah dan pengkhianatan,betapa kotornya Nik Aziz dan Hj Hadi kepada seluruh khawarij PAS dan umat Islam: klik sini
Pisau kata "walhalalku,walharamu:Dengar cerita ada fatwa ekslusif yang hanya boleh digunakan pakai untuk pemimpin khawarij PAS," BARANG SIAPA YANG BERCERAMAH ,MAKA HALAL BAGINYA BERBELANJA DUIT SADOKAH UNTUK DIRI SENDIRI ,HALAL GUNAKAN WANG TABUNG DERMA UNTUK BELANJA BINI MUDA"ni...
"Dengar cerita..."
Senang je rujuk fakta.. kalau mcm tu nak jatuhkan, nak kalahkan, nak tuduh, nak fitnah org main dengar je cakap...
Kalau satu hari nanti, ahli keluarga kita pula dalam situasi begini, org pun bermusuh dengan dia guna kaedah yang sama...
"Kami dengar adik, isteri, anak awak begini, begini, begini..."
Apalah perasaan kamu masa tu ye...?
Pastikan cukup bukti, saksi dan fakta barulah lapang dada dan hati kita menuduh...
Dalam fiqh jenayah Islam,
البينة على من مدعي، واليمين على من أنكر...
'BUkti bagi yang mendakwa dan sumpah bagi yang (tertuduh) kalau dia takde saksi)'
Tiada bukti si penuduh boleh didakwa seperti hukum kes menuduh wanita mukmin berzina tanpa cukup bukti dan saksi...
Sumpah bagi tertuduh untuk kalau dia takde apa bukti nak pertahankan diri dia.. tapi jika sumpahan palsu, Allah lah yang lebih berkuasa menentukan kesan sumpahnya itu...
(2) Susahnya nak faham, yang boleh keluarkan fatwa ni majlis fatwa saja...
(3) bukan Sadokah... SOdaqoh... tu baru tepat... صَ + دَ + قَة...
Banyak kena tambah ilmu pengetahuan ni, usaha untuk kurangkan ketidak fahaman dan salah faham kerana kita takut kekurangan ini yang akan merosakkan diri kita...
Allahua'lam..
Post a Comment