Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, November 20, 2010

PERHIMPUNAN BERSIH MEMANG SAH BERSIH !


Memang Kerajaan BN/UMNO sengaja menyusahkan rakyat yang cuba meluahkan perasaan dengan cara yang dibenarkan undang-undang.

Rupanya Hakim bukan beragama Islam lebih faham undang-undang dan prihatin pada rakyat yang beragama Islam.
Semua yang di Tahan Sertai BERSIH di bebaskan oleh Mahkamah

Hakim Bukan Islam Bela Umat Islam Di Masjid Kata Tiada Siapa Berhak Halau Mereka Keluar

Dua MP Pakatan antara 17 bebas tuduhan sertai perhimpunan Bersih

KUALA LUMPUR, 19 Nov — Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan 17 orang termasuk dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat - Tian Chua dan N Gobalakrishnan daripada tuduhan menyertai perhimpunan tidak sah anjuran Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (Bersih) tiga tahun lalu.

Turut dibebas tuduhan ialah ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu.

Dalam keputusannya, Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan itu haram dan wujud kecacatan dalam pertuduhan.

Perbicaraan itu mengambil masa tiga tahun.

Dalam pilihan raya yang diadakan lima bulan selepas perhimpunan itu, Chua dan Gobalakrishnan yang bertanding atas tiket PKR, masing-masing menang di kerusi Batu dan Padang Serai.

Antara lain hakim berkata pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan bahawa tertuduh berada di tempat perhimpunan, malah kesemua 17 tertuduh sudah bersurai selepas diarahkan berbuat demikian.

Kesemua tertuduh didakwa menyertai perhimpunan haram yang diadakan di pelbagai lokasi di ibu negara termasuk Masjid Negara dan kompleks membeli-belah Sogo.

Perhimpunan Bersih 2007 telah diadakan pada 10 November 2007 dan tidak mendapat permit polis.

Ia dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan Bersih, yang turut disertai pelbagai parti pembangkang, yang bertujuan mahu menuntut pilihan raya yang adil.

Perhimpunan itu dilaporkan disertai oleh 100,000 orang.

Dalam memorandum tersebut, Bersih mengemukakan empat tuntutan iaitu penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan, penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda, pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara dan akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihan raya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat Malaysia.

Selain Chua, Gobalakrishnan dan Mohamad, turut terlepas daripada pertuduhan itu ialah Mohd Zad Abdullah, Mohd Salim Yeslam, Abdul Razali Abdul Rahman, Razali Abdul, Mohd Asri Ahmad, Mohd Harith Fathillah, Saleh Mohd Tahir, Azahar Yusop, Sulaiman Ahmad, Taib Abdullah, Mohd Shafie Ismail, Mohd Nazreen Mohd Nasir, Mohd Abi Salam Ariffin dan Ishak Othman.

Hakim Jagjit dalam penghakimannya berkata, berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, tertuduh ke-16 iaitu Mohamad dan tertuduh ke-17 iaitu Chua mendapati, pihak pendakwaan hanya bergantung kepada pita rakaman semata-mata dan tiada keterangan saksi menunjukkan kedua-dua tertuduh berhimpun di Istana Negara yang boleh memudaratkan kepentingan awam.

“Kedua-dua tertuduh berada di situ (Istana Negara) untuk menyerahkan memorandum kepada pihak istana dan mereka telah diberikan masa yang secukupnya oleh pihak polis untuk menyerahkan memorandum itu dan selepas menyerahkannya mereka beredar. Maka tidak timbul isu enggan bersurai dan wujudnya perhimpunan haram di tempat itu,” katanya.

Selain itu, penangkapan kedua-kedua tertuduh turut dipersoalkan kerana tangkapan dibuat jauh dari Istana Negara. Mohamad Sabu ditangkap di Tol Juru, Pulau Pinang manakala Chua ditangkap di Johor Bahru.

Bagi tertuduh ke-10 iaitu Gobalakrishnan, Jagjit berkata tiada keterangan oleh mana-mana saksi yang menunjukkan tertuduh terlibat dalam perhimpunan di Jalan Tun Perak di sini kerana pihak pendakwaan hanya bergantung kepada video rakaman semata-mata.

“Dalam video rakaman menunjukkan kehadiran tertuduh, namun tiada keterangan saksi pendakwaan yang mengatakan bahawa tertuduh terlibat dalam perhimpunan itu. Di dalam video itu juga menunjukkan tertuduh tidak berpakaian berwarna kuning ataupun merah yang tertera perkataan “Bersih” ataupun “Unit Amal”. Persoalannya, bagaimana nak mengaitkan tertuduh terlibat dalam perhimpunan tersebut,” katanya.

Bagi 14 tertuduh yang lain yang ditangkap di beberapa lokasi seperti Masjid Negara dan Jalan Raja Laut di sini telah menunjukkan kehadiran mereka di situ, bagaimanapun pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa kehadiran mereka mengganggu ketenteraman awam.

“Saya berpendapat orang awam berhak berada di dalam masjid kerana ia merupakan tempat beribadat dan tiada sesiapapun yang berhak menyuruh mereka keluar daripada masjid dan apa jua halangan daripada berada dalam masjid adalah satu perbuatan yang melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan iaitu melanggar kebebasan beragama,” katanya.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa menyertai perhimpunan itu dan mengingkari arahan polis untuk bersurai di beberapa tempat di sekitar ibu negara seperti Jalan Raja Laut, Jalan Istana Baru dan Jalan Tun Perak antara pukul 1 petang hingga 4 petang, 10 November 2007.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan mengikut Seksyen 27 (4) Akta Polis 1967.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff yang mengemukakan seramai 36 saksi manakala barisan pembelaan diketuai oleh Hanifa Maidin. -TMI

No comments: