Katanya UMNO yang sudah hampir 60 tahun bertempek di Malaysia ini. Sewajarnya matang bukan macam binatang. UMNO terus sombong dengan akta ISA , AUKU dan OSAnya. Malah mereka cuba menguasai dari Peguam Negara, mahkamah melalui hakim dan pendakwa raya mereka untuk melawan penentangnya. Walau berada dipuncak kuasa namun rakyat boleh lihat semakin hari semakin menurun kualitinya tapi menaik penggunaan wang dan rasuahnya dalam menyelesaikan permasalahan baik masalah negara mahupun pada masalah parti itu sendiri. UMNO harus tegak bergaya dengan cara kematangan yang sepatutnya dilalui sejak 60 tahun yang lalu.
Bagi rakyat yang berfikiran terbuka tentu rasa pelik dan boleh jadi meluat malah boleh termuntah apabila semasa pilihan raya kecil mereka mengantar semua bala tentera yang patut dan tak sepatutnya untuk memenanginya. Ini belum penggunaan jentera kerajaan, polis, tentera dan jkkkkkknya termasuk bajet terkejut berjuta-juta untuk menawar dan menarik undi rakyat di tempat PRK tersebut. Sepatutnya kalau dan kukuh dan matang serta mantap kalau setakat Pilihan Raya Kecil(PRK) itu di negeri Pahang maka sewajarnya hantar seorang menteri bantu MB negeri itu sudah cukup.
Kita boleh rasa dan lihat semakin jauh UMNO ini aktif maka semakin kebudak-budakkan tindakkan mereka.Bayangkan dan memang mereka telah dan akan dan telah lakukan seolah-olah terpaksa bergantung kepada kes Anwar yang sentiasa dihidupkan dan ditopup-topup pengisiannya untuk kekal berdiri sehingga saat ini.
Cukup memalukan bagi kerajaan BN mahupun didalam UMNO hanya mampu menasihati pemimpin setakat tahap menggerakkan perasaan benci dan tidak langsung mengerakkan minda rakyat.Inilah hasilnya selama 60 tahun kita dididik bagaimana untuk berjaya dalam mengejar impian.Tiada jalan yang murni melainkan menghentam & menganiaya Anwar hingga ke hari ini melalui media massa,blogger UMNO/BN dan di dewan dan parlimen.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment