Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, November 25, 2010

MENTANG-MENTANG ADA SEKOLAH TERMENGANDUNG ' NEGERI MAJU'


Komen Teman : harap pihak kerajaan negeri dan kementerian bertanggunjawab sila ambil tindakan kepada pesalah ini seperti kaunseling Agama Islam , memberi kesedaran dan rasa taubat agar tidak buat kemungkaran dan beri bantuan keluarga mereka dan penjagaan bagi anak-anak mereka berdua. Pesanan pada 'negeri maju' ini agar war-warkan kerjakosong dan tindakan perlu pada pengnggur dalam negeri itu.

MELAKA 24 Nov. - Dua wanita masing-masing dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah menukar pengakuan kepada bersalah atas dua pertuduhan melacurkan dua pelajar sekolah pada Mei lalu.

Siti Normaslinda Mohamad Masrol, 22, dan Roslina Md. Snor, 23, mengaku memperdagangkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun bagi maksud eksploitasi di sebuah hotel di Jalan Tun Ali di sini pada Mei lalu.

Bagi pertuduhan kedua, kedua-dua mereka didakwa memperdagangkan seorang lagi remaja perempuan berumur 15 tahun di hotel yang sama antara 30 Jun dan 1 Julai lalu.

Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan ia berjalan berturut-turut.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Pada 19 Julai lalu, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah.

Terdahulu, Siti Normaslinda yang merupakan anak sulung daripada dua beradik dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman dengan alasan perlu menanggung keluarga manakala Roslina pula memberi alasan mempunyai seorang anak lelaki berumur tiga tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff bagaimanapun meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana kesalahan dilakukan melibatkan remaja bawah umur yang dijadikan pekerja seks.

''Selain itu, hukuman yang berat juga sebagai pengajaran kerana telah banyak berlaku kes kanak-kanak dieksploitasi seks kini,'' kata

No comments: