Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, November 3, 2010

KISAH HITAM DISEBALIK MELAKA MAJU ALI RUSTAM


BELANJA RM329,871 Untuk Kereta nerharga RM117,476

Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) membelanjakan RM329,871 untuk menyenggara sebuah kereta dari tahun 2005 hingga 2009. Sedangkan harga beli kereta tersebut Plet No MM5 ialah RM117,476 pada tahun 2004. Tak ke membazir, kos baiki kereta boleh beli 3 buah kereta baru. Macamana perkara ini boleh berlaku di Jabatan Ketua Menteri Melaka?

Perkara ini didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 untuk Melaka di http://www.audit.gov.my/

Ali Rustam kata kereta Proton tersebut kerap mengalami masalah gear. Kerajaan Negeri Melaka sedang mempertimbangkan untuk guna Honda untuk menggantikan Proton Perdana. Apa sudah jadi ????

2.4.2 Penyenggaraan Kenderaan
Penyenggaraan kenderaan bertujuan untuk memastikan kenderaan dapat berfungsi dengan baik, selamat digunakan dan mengurangkan kerosakan. Bagi tempoh tahun 2006 hingga 2009, JKMM telah membelanjakan sejumlah RM5.12 juta bagi tujuan penyenggaraan kenderaan.

a) Kos Senggaraan Lebih Tinggi Berbanding Perolehan Kenderaan
Analisis Audit terhadap kos penyenggaraan bagi lapan buah kenderaan yang dipilih mendapati kos senggaraan adalah lebih tinggi berbanding kos perolehan kenderaan aitu di antara 142.9% hingga 280.8%. Kos senggaraan yang tinggi adalah disebabkan kenderaan tersebut mengalami masalah kerosakan enjin dan kotak gear.

Pada pendapat Audit, pengurusan penyenggaraan di JKMM adalah tidak memuaskan kerana kos penyenggaraan adalah tinggi berbanding kos perolehan.

No comments: