Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Wednesday, November 3, 2010
ADUN BN/UMNO DIDAKWA RASUAH LAGI
ADUN Lenggeng Diarahkan Bela Diri Atas Dakwaan Rasuah
Oleh SARBAN SINGH
SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim hari ini diarahkan membela diri atas 3 dakwaan mendapatkan dan menerima rasuah.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Ahmad Nasfy Yasin berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap ADUN penggal pertama itu.
April lalu, Mahkamah Sesyen di sini telah membebaskan Mustafa, 51, daripada tuduhan tersebut bagaimanapun pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan berkenaan.
Beliau dituduh menerima rasuah sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan kepada seorang kontraktor M. Manimaran, 37, bagi mendapatkan permit menjual pasir.
Sebelum ini, hakim Mahkamah Sesyen, Amran Jantan memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
http://www.mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2010/11/3/mstar_mahkamah/20101103104842&sec=mstar_mahkamah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment