Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, November 1, 2010

KERAJAAN BN BANGKIT MENGUNGKIT BILA SOKONGAN DAH SAKIT

GUA MUSANG 1 Nov. - Kerajaan pusat telah memperuntukkan RM23.5 juta untuk menaiktaraf peralatan perubatan di seluruh Kelantan sepanjang tahun ini.La... ini pun nak cerita juga. memanglah peruntukan ini dah diperuntukan sejak tahun lalu. Mesti nak bagi penyokong terhutang budi la nie? Betul tak? Bangang betul lah Kerajaan BN , nanti bila Kerajaan pakatan rakyat memerintah semua peruntukan adalah peruntukan tak perlu diungkit .Anggaplah dan memang wajib tahu ,itu semua memang tanggungjawab Kerajaan yang memerintah.

Sebanyak RM7.04 juta daripada jumlah peruntukan itu diguna untuk perolehan 24 ambulans, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata, jumlah itu tidak termasuk peruntukan sebanyak RM231 juta untuk pembangunan fizikal yang diberikan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

"Kelantan mempunyai 121 ambulans yang mana pembeliannya dibuat secara kontrak dan hari ini kita menyerahkan tujuh ambulans baru manakala 17 lagi akan menyusul selewat-lewatnya hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan peralatan perubatan terdiri daripada 10 mesin thermal fog, 3 motosikal dan sebuah mesin ultrasound, yang keseluruhannya bernilai RM90,000 kepada Jabatan Kesihatan Negeri di Hospital Gua Musang di sini hari ini. - Bernama

No comments: