
Malam tadi kata otai UMNO nie yang pernah dikencing UMNO sendiri semasa beliau mengepalai Parti Semangat 46 dulu kata pendekatan beliau dah berjaya mendekati pengundi dengan membuat kempen berkelompok ke rumah-rumah. Yang teman tau memang cara tu dah berzaman dibuat, itu pun bukan berkelompok setiap rumah tapi bertompok-tompok kat kampong ni satu malam kata kampong lain satu ceramah dan bila nak habis?
Memang UMNO kalau buat ceramah besar memang kantoi sebab rakyat dan pengundi tak minat serta meluat dengan isi ceramah . Yang sebahagian rakyat tak meluat bila diberi wang dan hadiah. Itulah kelebihan kempen UMNO hingga la ni. Malah kat Galas pun ada sentiasa. Sehinggakan mula-mula kata tiada projek segera ,tup-tup bukan segera tapi projek 'jelma' pula.
Kesiannyalah dengan Puteri UMNO semasa kempen PRK Galas semalam. Hanya 12 orang sahaja yang turut serta di dalam majlis ceramah mereka, itupun kerana termasuk tuan rumah yang menyediakan tempat berceramah. Mereka terdiri daripada 6 orang Puteri UMNO dan selebihnya pihak tuan rumah. Walaupun mereka mengatakan kononnya lebih 50 orang yang hadir mendengar ceramah Puteri UMNO, gambar ini menyangkal dakwaan itu. Anda boleh lihat sendiri gambar di atas diambil saat ceramah sedang dijalankan, berapa orang sahaja yang hadir menunjukkan sokongan kepada UMNO!
No comments:
Post a Comment