Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, November 11, 2010

BILA LIHAT SENARAI KONTRAKTOR, RAKYAT TAHU SIAPA YANG KOTOR


K'jaan P Pinang keluar senarai kontraktor Umno
Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengakui mengeluarkan sepucuk surat kepada semua ketua jabatan kerajaan negeri yang menyenaraikan kontraktor yang ada hubung kait dengan Umno.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama Islam Abdul Malik Abul Kassim memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri bahawa kerajaan negeri telah menerima pelbagai aduan daripada kontraktor-kontraktor terutamanya kelas F bahawa masih ada kontraktor yang mendapat layanan berbeza disebabkan kaitan mereka dengan Umno.
"Senarai kontraktor yang terkandung dalam surat itu bukan bermakna untuk menyenarai hitam mereka yang ada hubungan dengan Umno tetapi adalah untuk pengetahun semua jabatan dan agensi kerajaan negeri," katanya.
Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2011, Abdul Malik berkata kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk menambah baik dan membangunkan kontraktor kelas F, antaranya dengan menubuhkan Majlis Perundingan Kontraktor Kelas F untuk menyelesai masalah kontraktor berkenaan.

Terdahulu Shahbudin Yahaya (BN-Permatang Berangan) meminta penjelasan kenapa kontraktor-kontraktor lain di Pulau Pinang tidak disenaraikan dan hanya kontraktor yang ada hubung kait dengan Umno Pulau Pinang disenarai.

"Saya berpendapat itu adalah sepucuk surat yang berniat prejudis dan jahat untuk mempergaruhi mana-mana pihak supaya tidak memberikan kontrak projek kepada kontraktor berkenaan," katanya.
Abdul Malik menjawab: " Itu adalah aduan yang dibuat oleh kontraktor-kontraktor Kelas F dan pihak kerajaan hanya menyenaraikan kontraktor berkenaan dalam kepilan surat tersebut."
Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) bingkas bangun dan menyoal sama ada betul apa yang dikatakan dalam surat tersebut bahawa masih terdapat ketua-ketua jabatan yang juga kroni Umno.
Abdul Malik berkata bahawa walaupun kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka, tetapi jabatan dan agensi kerajaan negeri yang merupakan kroni-kroni Umno, masih mendapat projek lagi.
Apabila Shahbudin bertanya kenapa kontraktor-kontraktor lain termasuk yang bukan Bumiputera dan kontraktor daripada parti politik selain Umno, tidak disenaraikan dalam surat itu, Abdul Malik tidak menjawab dan meneruskan dengan penggulungannya.

No comments: