Kertas siasatan kes P.I Bala di tutup
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara telah menutup siasatan kes penyiasat persendirian S. Balasubramaniam kerana didapatipercanggahan dalam dua Akuan Berkanun tidak memberi kesan kepada perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata siasatan kes bekas penyiasat persendirian itu telah dibuka di bawah seksyen 199 Kanun Keseksaan.
“Setelah penelitian dibuat dan mengambil kira kesemua keterangan yang telah dikumpulkan oleh pihak polis, Jabatan Peguam Negara telah membuat keputusan menutup siasatan kes ini kerana meskipun wujud percanggahan dalam dua Akuan Berkanunnya, percanggahan itu tidak memberi apa-apa kesan kepada perbicaraan kes Altantuya. “Selain itu, individu berkenaan pula dipercayai masih berada di luar negara,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Balasubramaniam juga melarikan diri ke luar negeri sejurus selepas berbuat demikian.
B
No comments:
Post a Comment