Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, October 5, 2010

TUN M SUATU MASA DULU !?!


Memang benor Tun Mahathir yang sedang sakit tidak sepatutnya dihina demikian rupa. Teman juga doakan agar beliau sihat dan terus dapat menyaksikan sehingga tahun 2020 dan jangan lupa Allahyarham Dato Fadhil Noor juga berdoa agar Tun M dipanjangkan umurnya. Orang sedang bertarung nyawa, kita di sini menghina dia memanglah tak beradab walaupun sekadar sepatah kata 'tersungkur' sahaja takkan terasa.
Namun para penyokong Mamak Mahathir anda jangan terlupa, Mahathir pernah memfitnah orang yang sedang sakit malah orang itu adalah taraf Ulama (ulama' adalah pewaris nabi). Orang yang sedang bertarung nyawa bukan didoakan oleh mamak Mahathir tetapi difitnah dan dihina!

Ingattak dahulu Dr Mahathir Mohammad pernah memfitnah Dr Haron Din, beliau memfitnah Ustaz Dr Haron Din di kala Beliau sedang diserang sakit dan terpaksa berubat sehingga ke Australia. lagi sekali KE AUSTRALIA . Pada masa itu Dr Mahathir yang biasanya dianggap pemimpin bijak, mengeluarkan kenyataan yang paling kebudakan memfitnah Dr Haron Din.

Antara dilog tersebut ialah :
"Kalau Haron Din betul pandai ubat orang sakit? Kenapa bila dia sakit dia tak boleh ubat diri dia? Kenapa lari ke Australia?" Kata Mahathir di dalam nada yang sini
s.

Ini pula jawapan balas Dr Harun Din pada masa itu,

Perkara yang sepatutnya tidak jadi isu telah dijadikan isu ke atas saya. Dan ia dibuat oleh PM sendiri. Pada hemat saya tidak patutlah PM bercakap perkara macam ini. Dia menuduh saya mendakwa boleh menyembuhkan semua penyakit manusia. Dan dari situ dijadikan isu, bila saya sakit mengapa saya tidak boleh berubat sendiri? Kenapa lari ke Australia? Sedangkan yang nyatanya tidak pernah dalam hidup saya mendakwa boleh sembuhkan penyakit.

Saya bertolak daripada al-Quran dan Sunnah. Dalam al-Quran ada menyebut, “Bila saya sakit Allah yang menyembuh.” Dalam Hadis Nabi menyebut: “Ya Allah, kamulah maha penyembuh. Tidak sembuh melainkan dengan kamu.”

Saya tidak pernah mendakwa boleh sembuhkan penyakit, kerana itu bercanggah dengan aqidah. Tetapi PM kata saya mendakwa. Satu pembohongan ketara sewaktu saya masih hidup! Saya cabar, bolehkah beliau buktikan saya pernah menyebutnya, dan saya tawar diri untuk masuk Umno. Kalau dia betul, saya rela tidak bertanding dalam sebarang pilihan raya. Tetapi ingat! Kalau dia tidak boleh buktikan demikian, dia kena masuk PAS.

Semua itu tidak betul. Dia pembohong! Dia juga menuduh saya menjual air sejuk, sedangkan yang sebenarnya saya tidak pernah jual air sejuk, atau air jampi. Dia hantar surat kepada saya, mengatakan memang saya tidak percaya adanya dalam dunia ini manusia yang boleh menjampi pada air dan air boleh menyembuhkan penyakit. Itu statement yang ditulisnya kepada saya.

http://milosuam.blogspot.com/2010/10/mahathir-terima-balasan-ambik-kau.html#ixzz11RvQqs3s

1 comment:

Anonymous said...

Ni aku pulak nak tanya,

Mahathirkan doktor, bininya pun doktor... kenapa tak berubat sendiri?